Assalamualaikum,
Cerita pasal umrah banyak tertunggak ni tapi mana yang aku sempat aku cerita lah ya. Seronok bila menaip dalam blog sambil terbayang-bayang masa kat sana. Dah berbulan barulah aku tahu apa ertinya bila merindui Tanah suci Mekah dan Madinah. Semasa kat sana ada banyak benda baru yang aku tak pernah alami eh sebenornya benda tu tak baru pun tapi sebab masa kat malaysia tak pernah buat dan ada yang memang harian kita buat tapi di sana tak buat jadi macam jakun le sikit. Ala kita orang kampung ler tu yang jakun sikit. Ini cerita ceriti aku ya. hehehehe
Solat Jenazah.
Sepanjang berada di Madinah banyak benda yang aku pelajari dan temui. Selain daripada cara solat yang pelbagai gaya mengikut mahzab , aku juga temui jemaah daripada pelbagai negara dan sebagainya. Tapi yang utama sekali ialah ni lah pertama kali aku buat solat jenazah. Sebelum ni kalau di malaysia selalunya orang lelaki je yang solat jenazah kan tapi kali ini pada setiap kali waktu solat, selesai je solat yang 5 waktu akan ada solat jenazah. Rasanya setiap kali lepas solat wajib mesti ada solat jenazah. Beruntung lah sesiapa yang meninggal di Madinah dan di Mekah sebab berjuta orang menyembahyangkan mereka.
Sebelum nak pergi ada kawan maklumkan berkenaan solat jenazah ni. Dia kata ambil lah peluang buat sebab hanya di Madinah dan di Mekah je yang kita akan dapat rasai membuat solat jenazah ni. Maklumlah hukum solat jenazah adalah fardu kifayah, bermaksud ianya wajib keatas umat Islam asalkan ada orang yang melakukannya.. Ini bermaksud jika ada sebahagian umat Islam telah melakukannya, maka kewajipan ke atas umat Islam yang lain pun turut gugur. Sebaliknya jika tiada sesiapa yang melakukannya maka semua akan berdosa.
Mula-mula tu macam cuak juga tapi ada buku panduan hah belajarlah macamana nak buat. Tapi kali pertama aku tenguk masa solat subuh hari pertama di Madinah. Ingatkan buat solat sunat sekali eh napa tak ada rukuk dan sujud.... laaaaa baru aku ingat ni namanya solat jenazah. Padahal akak aku dah ingatkan pun sebelum solat subuh... Imam akan maklumkan jenazah perempuan ke lelaki tapi dalam bahasa Arab kan mana lah aku nak paham ...(nampak sungguh aku tak perihatin tentang kebagusan bahasa Arab ni. huhuhuhu sedar diri sekejap)
Jadi hari pertama solat subuh aku tak buat solat jenazah.... tapi selepas dari itu memang akan ikut serta buat. Sambil solat jenazah dalam hati terdetik ..... Ya Allah sungguh bertuah sesiapa yang meninggal di Madinah dan di Mekah. Bayangkanlah semua jemaah dalam Masjid akan solatkan jenazah arwah.
Dan yang mendapat peluang tersebut ialah Adik Kak hasnah juga merupakan anak saudara Abang ipar aku yang meninggal di Madinah. Meninggal dalam tidur dan sepatutnya pada hari tu nak balik Malaysia. Masa kami dapat perkabaran tersebut , kiranya seminggu selepas kami pulang dari menunaikan umrah. Aruah Ikhwan sampai di Mekah pada minggu kami nak balik malaysia. Aruah mengunakan pakage Umrah Syarikat Travel yang lain. Aruah pergi bersama isteri dan Mak mertuanya. Aruah di kuburkan di perkuburan Baqi. Al fatihah buat Aruah Hj Ikhwan Hj Abu.
S: Apakah keistimewaan meninggal dunia di Tanah Suci Makkah?
J : Tidak dinafikan Tanah Suci Makkah mempunyai kelebihan berbanding tempat lain. Ini kerana terdapat banyak kenangan sejarah Rasulullah SAW dan kebangkitan Islam di Madinah dan kota Makkah.
Selain itu, Tanah Suci juga mempunyai kelebihan bagi mereka yang meninggal di sana. Ia berikutan terdapat riwayat menunjukkan Nabi SAW memuji mereka yang meninggal di Tanah Suci.
Sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Sekiranya terdapat dalam kalangan kamu yang terpilih meninggal dunia di Madinah (Tanah Suci), maka bergembiralah. Sesungguhnya sesiapa yang terpilih (oleh Allah) untuk mati di Madinah, Aku akan menjadi saksi dan syafaat untuknya pada hari kiamat kelak." (Riwayat al-Tabrani: Hasan Sahih).
Hadis ini secara jelas menunjukkan memang terdapat kelebihan kepada mereka yang meninggal dunia di Tanah Suci seperti Madinah dan Makkah. Namun, galakan seperti ini jangan disalah tafsir sehingga ada pula nanti yang sanggup membunuh diri hanya semata-mata ingin mati di sana.
Menurut al-Tabrani, mati yang dimaksudkan oleh Nabi SAW itu adalah mati yang tidak dirancang atau disengajakan, tetapi ia lebih kepada mati disebabkan sakit, musibah kemalangan dan seumpamanya.
Mungkin akan ada yang bertanya, bolehkah kita sentiasa berdoa agar pengakhiran hidup kita di satu daripada dua Tanah Suci ini? Jawapannya, boleh. Umat Islam dibenarkan untuk sentiasa berdoa agar mati di Tanah Suci, sama ada ketika mengerjakan umrah atau ibadat haji.
Pernah suatu ketika, Umar bin al-Khattab berdoa yang bermaksud: "Ya Allah, kurniakanlah kepadaku syahid ketika di jalan-Mu dan biarlah kematianku itu di Negeri Rasul Mu SAW." (Riwayat al-Bukhari)
Daripada doa Umar ini, Imam Nawawi berpendapat, memohon doa supaya dimatikan di tempat mulia adalah digalakkan dan ia termasuk dalam sunah Khulafa al-Rasyidin.
kredit Berita Harian.Pintu masuk ke Raudah...pintu 25
Suasana jemaah perempuan di waktu subuh memang sentiasa ramai di Masjid Madinah.
Doa Qunut
Kebiasaannya kita solat Subuh ada Doa Qunut kan. Tapi di Mekah dan Madinah tiada ya. Selepas rukuk rakaat ke 2, bangkit dari rukuk dan terus sujud. Jangan le ko terkial-kial angkat tangan nak baca doa Qunut. Itu lah yang aku buat ... hehehe sekali bila pandang sekeliling semua dah sujud. Eh dia tak baca doa qunut ke. Macam tertanya-tanya je adakah solat kita sah ataupun tidak. Sebenarnya sah je sebab kita ikut Mahzab Syafie manakala di Madinah dan Mekah ada mahzab lain juga .
Tapi kalau rasa was-was kan ada Mutawif yang boleh kita rujuk. Tanya je mutawif yang ikut serta supaya segala masalah berbangkit yang timbul ada cikgu untuk di rujuk. Alhamdulillah mutawif Kembara Umrah JDT banyak membantu kami yang baru pertama kali membuat umrah. Malahan ada kak Ijah dan kak Nong yang boleh aku tanya sebab mereka dah pernah menunaikan haji dan umrah sebelum ni. Tapi sebaiknya rujuk je cikgu aka Mutawif yang menggiringi kita bersama.
Solat Subuh Tanpa Qunut
Korang pernah dengar tak ada pendapat kata melakukan qunut dalam solat Subuh tu satu bida'ah? Tak boleh
buat. Ada pulak yang menganggap macam wajib. Mesti nak buat. Jadi, apa hukum melakukan qunut Subuh ni
sebenarnya?
sebenarnya?
Sebenarnya memang ada perbezaan mengikut pendapat ulama yang berlainan. Tapi kita jangan pening-pening,
disebabkan kita mengikut Mazhab Syafie maka hukumnya adalah SUNAT MUAKKAD
(sunat yang dituntut/disuruh). Maksudnya, sebaik-sebaiknya kita lakukan. Jika terlupa atau sengaja
meninggalkan qunut, solat Subuh tadi tetap SAH. Tapi selepas tu sunat kita melakukan Sujud Sahwi.
Kalau tak buat jugak Sujud Sahwi? Takpe, solat tetap sah sebab hukum asal melakukan qunut adalah sunat.
Jadinya, janganlah keliru atau berpecah kerana hal ni. Kalau kita buat, jangan anggap orang yang
tak buat tu sesat. Kalau kita tak buat, jangan anggap orang yang buat tu melakukan perkara bida'ah.
Wallahu a'lam.
(sumber: majalah al-Ustaz)
ALHAMDULILLAH DPT MENYEMPURNAKAN IBADAH UMRAH
ReplyDeleteAlhamdulillah semuga Allah panjangkan usia beri kesihatan yang baik dapat jemputan lagi ke Mekah dan Madinah. Aamiin
ReplyDeletesyukran berkongsi info..meninggal di Madinah, dalam bulan puasa..masyaAllah, beruntungnya mereka yg terpilih...ada ustaz beritau mereka yg pertama dibangkitkan dari kubur ialah yg dikebumikan di Madinah..wallahua'lam..
ReplyDeleteNohas Arwah meninggal awal bulan 12 tahun lepas. Tapi masih beruntung kan sebab di Madinah. Memang banyak syafaatnya bila meninggal di tanah suci. Al fatihah
Delete