Lama dah tertangguh cerita pi umrah tahun lepas....ni aku citer sikit demi sikit ikut mood dan ikut dan aku ya. Maaf lah ya. Akan di cuba cerita pengalaman aku semasa di Mekah dan Madinah untuk kenang-kenangan aku. Mudah-mudahan ada rezeki aku dan keluarga pergi buat umrah tiap-tiap tahun. Aamiin. Dan mudah-mudahan sesiapa yang membaca blog aku ni , aku doakan semuga mendapat jemputan menjadi tetamu Allah nanti. Insha Allah. Aamiin.
Assalamualaikum,
Dalam pada sentiasa sibuk beribadah setiap hari, berulang-alik ke Masjid bila waktu solat masuk, tetap tak lupa rombongan cik kiah ya. hehehehe Masa tenguk jadual terfikir lah pulak ...eh ada juga rombongan cik kiah. Ingatkan apa pulak rombongan cik kiah ni... rupanya rombongan membeli - belah. Encik Din akan membawa kita orang ke shopping mall yang murah harganya. Dah selalu berulang-alik membawa jemaah umrah sudah semestinya tahu mana tempat shopping atau kedai yang murah. Ikut kan boleh je pergi sendiri ke tempat shopping mall tu tapi sebabkan banyak kedai jadi kita tak tahu mana tuan kedai yang baik hati bagi harga murah. Sambil tu kena juga lah pandai menawar harga.
Jadi pada tarikh kejadian iaitu pada hari ke tiga selepas ziarah luar paginya, petang tu pula selepas Asar dalam pukul 4 petang gitu Encik Din akan bawa rombongan cik kiah menyoping. Semua pun berkumpul di pintu 15 dan di bawa ke pintu 17. Keluar dari situ ada kompleks mall. Semua pun seronok ni nak shopping, padahal setiap kali balik selepas solat pasti menyinggah kat kedai bawah hotel, kalau tak singgah mesti kena tahan. Kena tahan bukan apa di suruh beli. Jubah 4 helai 100 rial. Murah-murah tapi tenguk kualiti kain lah. Tak payah pergi jauh-jauh, selalunya kita orang singgah kedai yang banyak di bawah hotel. Macam-macam ada. Pandai cakap melayu lagi tau jadi jangan nak kata alaaa... mahal lah....nanti dia sampuk eh mana ada mahal boleh kurang lagi...hahahahaha memang terus melekat le lelama kat situ. Jangan ingat orang Arab tak tahu cakap melayu ya. Rata-rata penjual di kedai yang ada sekitar hotel yang berdekatan dengan Masjid Nabawi, pandai cakap melayu.
Kak ijah pun ikut juga tak mahu ketinggalan. Kita orang sebenarnya memang tak ada masa nak melawat kawasan sekeliling selepas habis solat di masjid. Jadi bila di bawa rombongan cik kiah ni memang tak lepas peluang le.
Jalan sebelah luar dari pintu Masjid. Yang belah kanan tu pagar Masjid manakala sebelah kiri tu hotel yang berdekatan dengan kedai jualan di bawahnya.
Ni jalan berdepan dengan pintu masuk ke masjid pintu 17. Nampak tu kat bawah semuanya kedai dan di atas adalah hotel. Kalau dapat hotel di sini memang le dekat. Berapa minit je dah sampai masjid.
Belah kanan ja selang beberapa kedai kecil rupanya ada Mall. Besar juga mallnya.
Rupanya ada mall kat tingkat bawah. Kat tingkat ni juga ada mesin ATM . Seandainya bawa duit sikit , activekan akaun supaya boleh keluarkan duit di luar negeri. Jadi sempatlah kad harimau aku mengaum lah kat mall sini sebelum pi cari jubah baru. hehehehehe. Kat malaysia aku tukar duit rial sikit ja. Tu yang kena mengaum dulu sebelum boleh join rombongan cik kiah.
Meriah juga mall di sini.
Ok jom shopping. Tenguk jubah-jubah dia emmm memang rambang mata. Oleh kerana ralit membelek sana, membelek sini rupanya aku tak ambil gambar pun. Ambil gambar masa masuk mall ja, sekali belek-belek eh takde ek gambar kedai yang aku shopping. Aduhaiiiiiii sibuk membelek sampai lupa nak mengambil gambar kenangan. Yang ada semuanya dari whasap group KUJDT. Bila part shopping semua menyengeh senyum suka hati.
Kat Madinah ni rata-rata jubahnya warna hitam. Ada juga warna lain tapi mereka lebih suka pakai jubah hitam. Mula-mula aku ingat nak beli baru untuk di pakai semasa balik. Sekali rupanya jubah mereka labuh-labuh. Memang seret lantai lah kalau tak di potong di bawahnya. Kak jal siap bawa gunting dengan jarum tapi kita orang tak dan pun nak gunting dan jahit balik. Sebab balik bilik ja dah penat. Tak sempat nak melawa dengan jubah baru.
Wah tangan dah penuh tu. Tenguk tu sepanjang jalan semuanya kedai. Semuanya melambai tangan suruh masuk ke kedai mereka. Memang rambang mata semuanya.
Cucu saudara aku dengan maknya pun dah menyengeh je dapat macam-macam. Memang cantik-cantiklah jubah-jubah yang ada sampaikan rambang mata aku membeleknya.
Amboiiiiii peace lagi. Semua muka ceria menyuping.
Dalam pada tak nak shuping kununnya akhirnya terjebak juga. Beli beg sejadah kecil dan beg sejadah besar. Ada juga sejadah yang paternnya sama macam masjid Nabawi yang mempunyai warna merah dan warna hijau. Yang warna hijau tu boleh terbayangkan carpet di Raudah. Ada yang boleh beli asing dan ada yang dijadikan 1 set. Mula-mula macam nak beli tapi bila teringat masing-masing beg dah beranak pinak tak jadilah aku nak beli. Tapi bila dah balik Malaysia bila ada orang yang letak kat facebook memori di Mekah dan Madinah barang yang mereka beli sebagai kenangan, alahaiiiii rasa ralat pulak tak beli.
Dalam hati berdoa semuga Allah jemput lagi aku ke rumahNYA sebab aku dah mula merasai bagaimana rindunya memanggil-manggil bila memandang Mekah dan Madinah.
Kita orang tak lama kat mall sebab dah nak masuk waktu magrib. Jadi cepat-cepat shopping dan terus ke Masjid. Ingatkan beli sejadah je boleh lah masuk....huhuhuhu kena tahan kat pintu oleh pengawal wanita....tak di bagi masuk....Kalau aku tau boleh kirimkan Kak Ijah barang-barang yang kami beli sebab Kak Ijah balik ke Hotel dulu sebelum ke Masjid kerana nak ke bilik air. Lagi pun ada Jaki yang tolong tolakkan kerusi roda jadi memang laju je sampai hotel.
Akhirnya aku dan Kak Jal solat di bahagian luar. Walaupun di dataran luar tapi masih lagi kawasan Masjid. Kalau nak dapatkan pahala sebaiknya solat di dalam Masjid. Cuma tak seronoklah kalau tak dapat masuk kat dalam. Itu je lah sekali kita orang kena tahan tak di bagi masuk, sebelum ni lepas je masuk ke dalam.
Dalam pada seronok bershopping ada pula member group yang terjumpa Fatah Amin dan Fazura yang pada masa tu menunaikan umrah bersama keluarga. Sempat berposing dengan Fatah. Rupanya masa tu Fatah dan Fazura dah nak balik Malaysia, dan sampai ja di malaysia terus mengumumkan yang mereka dah bertunang sehari sebelum berangkat bersama-sama ke Mekah menunaikan umrah. Dan masa aku update cerita kat Madinah ni, mereka dah pun menikah dan dah selesai resepsi Majlis Perkahwinan mereka. Majlis ala Fairy Tale gitu gayanya. Semuga bahagia selama-lamanya.
Dapat dalam whasap group member umrah yang terjumpa Fatah Amin.
alhamdulillah rezeki kesana. hehe rombongan CikKiah jangan dilupakan. sronok pergi ramai2 ni =)
ReplyDeleteAlhamdulillah Syukur Allah masih panjangkan umur dapat menjejaki kaki di rumah Allah. Rombongan cik kiah mana-mana pun seronok je. Hilang stress. hehehe
Deleteshopping jubah mmg rambang mata, mcm2 design yg menarik..
ReplyDeleteJubah macam-macam jenis bentuk dan warna boleh rambang mata tau melihatnya. Ikut nafsu semua nak. Tapi kat Madinah murah sikit daripada di Mekah.
Delete