Thursday, January 21, 2021

Delhi Kashmir 2019 Hari ke 3 naik Gondola ke pergunungan Gulmarg

 



Assalamualaikum,

Akhirnya kami berhenti di satu tempat dekat selekoh sebelum naik lagi ke atas pergunungan. Kat sini rupanya ada seorang guide yang akan membantu kami semasa naik kereta kabel dan menyelusuri salji di atas nanti. Kat sini juga kami menyewa kasut bot yang sesuai digunakan dalam salji nanti.



  
                               Cantik kan hamparan pergunungan yng sedang bersalji tu.


Kami bergambar beramai-ramai di satu penjuru di hujung kawasan tersebut. 


Cheh tayang kasut bot masing-masing


Selepas dapat kasut bot masing-masing guide tersebut pun ikut kami bersama. Akhirnya kami pun sampai di satu tempat. Bas tak boleh naik atas, jadi kami terpaksa berjalan beberapa meter untuk sampai ke tempat kereta kabel berada.


           Cheh steady je Bang mat berjalan. Oleh kerana excited sangat nak naik gondola....jadi jalan tak rasa sangat lah padahal jauh juga tu.


Maka berduyun-duyun ahli jemaah semua berjalan kaki menuju ke tempat di mana gondola berada.


Sebelah kanan kami salji memutih.  Seronoknya. 


Terdapat juga hotel di kawasan berhampiran. Agaknya memudahkan pelancung datang menginap dan bermain salji.


Bangunan yang terdapat berhampiran sepanjang perjalanan kami. 



Yeh akhirnya nampak papan tanda ni.


Kena masuk pintu pagar ni dan nun di sana tu tempatnya.


         Nampak tak bangunan di depan tu. Hah kat situ lah kami akan menaiki kereta kabel.


Sampai je kat bangunan tersebut sementara Tora  (nama guide yang Mr Abdul upah nama dia kita orang dah lupa) beli tiket gondola, kami terus mencari bilik air. Bila semua dah kumpul baru lah beratur dan di beri tiket untuk naik ke atas.  Orang ramai juga beratur bersama-sama kami.



Tu dia masing-masing menayang tiket naik gondola. Semua hepey je nak main salji.  Kita orang naik sampai 14000 kaki tau.  Sikit punya tinggi tu.


             Tenguk lah barisan belakang kami. Ingatkan tak ada orang sangat rupanya ramai. Jenuh juga berbaris nak naik gondola ni.


          Kami berempat naik dahulu. Macam naik kereta kabel kat langkawi je. Bezanya langkawi pokok hijau manakala ini salji memutih di kawasan lereng gunung menghala ke atas. 


Kawasan sekeliling penuh salji ko. 





Keadaan sekeliling sepanjang kami menaiki gondola. 



                               Kabus tebal juga bila sampai di atas. Tapi nampak curam juga tu.


          Akhirnya dah sampai di perhentian yang pertama. Sebenarnya ada 2 perhentian. Yang pertama harga lain dan naik ke atas lagi perhentian ke 2 harga lain lah. Mahal sikit harga tiketnya. Kita cukup perhentian pertama je lah ya.


Keluar dari tempat kereta kabel,  kami keluar dan pergi ke kawasan luar. Ikut je orang-orang ni pergi kemana.



Sampai pada satu kawasan rata ......Tu dia...... ramai orang 


Tu yang ramai orang tu sebenarnya adalah pembawa kereta luncur

        Kami berkumpul beramai-ramai di satu tempat. Siapa yang nak naik kereta luncur Tora akan carikan pemandunya.  Masing-masing pun seronok nak naik kereta luncur....yeh yeh yeh kita meluncur di pergunungan Gulmarg beb....

Ok sambung lagi....hehehehe sori buat anda tertunggu-tunggu terutamanya cik sal yang manis  tu.



6 comments:

  1. Hahaha. Eh tersedak plak nama kena sebut. Cuaca sejuk, jalan jauh pun tak rasa. Lagi atas, lagi mahal mungkin lagi tak ramai orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha saja ngusik. Haah lagi mahal sebab lagi tinggi. Tapi masa tu dia tutup pintu. Mungkin tak selamat buka pada pelancung kut.

      Delete
  2. Seronoknya pengalaman di sini. Tak tukar kasut ye. kami dulu semua kena pakai kasut boot. Macam apa entah rupa kami meredah salji dengan kasut besar tu hahahahaa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tukar lah amie. Tak nampak ke kita orang tayang kasut bot. Kita orang cari ikut sixe kaki jadi muat-muat lah ya. pakai sixe besar susah le nak jalan.

      Delete
  3. Replies
    1. Memang sejuk tapi teruja sangat semua pun tak rasa pun. haha

      Delete