Assalamualaikum,
Apa khabar semua. Kita dah masuk tahun 2021. Semuga tahun 2021 membawa kebahagiaan buat semua.Ok kita sambung cerita ya.
Alhamdulillah setelah selesai makan dan lepak jap dalam rumah bot kami keluar semula. Sebab sebelah petang banyak lagi aktiviti dan tempat kami nak pergi. Kali ni kita pergi kebun bunga ya. Seronok aku dengar bila kata nak pergi ke kebun bunga.
Naik shikari bersama kaknoor, yah dan anaknya Aishah.
Suasana yang menghijau dan mendamaikan. Kalau banyak bunga teratai mesti cantik kan.
Tak lama kemudian kami sampai ke Shalimar garden. Melihat bunga-bunga berkembang terasa dalam hati ada taman ja. ahaks.... aku suke aku suke. hehehehe
Layan je lah ya bunga-bunga yang ada dalam taman ni.
Bunga-bunga tu rasanya sepecies yang sama cuma warna je lain-lain kut.
Mr Abdul bercerita tentang taman ini. Kami kyusuk je mendengar penerangannya. Wan sampai terpejam-pejam mata dengar cerita Mr Abdul.
Shalimar Garden atau maknanya Abode of Love yang di bina oleh seorang suami demi cintanya kepada sang isteri tersayang bernama Nur Jahan oleh Jahangir pada tahun 1616. Shalimar garden juga sebahagian daripada konsep Mughal Garden. Banyak garden di kashmir yang berkonsepkan seperti itu sampaikan aku pun mula-mula confius ingatkan mughal garden ni nama garden tersebut rupanya konsep garden tersebut.
Mughal gardens are a type of gardens built by the Mughals. This style was influenced by the Persian gardens particularly the Charbagh structure,[1] which is intended to create a representation of an earthly utopia in which humans co-exist in perfect harmony with all elements of nature.[2]
Significant use of rectilinear layouts are made within the walled enclosures. Some of the typical features include pools, fountains and canals inside the gardens. Afghanistan, Bangladesh, India, and Pakistan have a number of Mughal gardens which differ from their Central Asian predecessors with respect to "the highly disciplined geometry".
kredit wikipedia.
Kawasan dia besar juga dan jenuh jugalah kami nak mengelilingi kawasan dia.
Cantik kan pokok ni. Aku tenguk pun geram je. Bunga je merah semuanya. Daun pun takdak.
Mana lah aku tak geram tenguk bunga-bunga merah ini. Nak kata bunga kertas bukan tapi memang cantik lah. Nak panjat pokoknya kecik je, ada juga yang patah riuk dahan dia. hehehehe Gergasi Giant panjat pokok habis le patah dahan deme semuanya.
Mula-mula masa ambil gambar aku ingatkan bunga dia jalur hijau. Sekali di amati rupanya kaki budak-budak sekolah. Rupanya ramai juga budak-budak sekolah yang mengunjungi garden di kashmir ini.
Kalau kat malaysia pun cikgu bawa anak murid ke garden-garden sekitar KL pun syiok kan. Sesekali belajar ilmu alam kehidupan pokok-pokok bunga di taman-taman.
Hah model yang ini abaikan lah ya. Aku suka tenguk jambul pokok ini. Unik kan. alahaiiiii peluk pokok lah pulak....aje...
Setelah mendengar penerangan oleh Mr Abdul kawan-kawan pun berjalan. Aku tertinggal sebab sekejap-sekejap ambil gambar. Last-last tenguk eh member mana ya.. dah jauh mereka berjalan.
Ada sesetengah tempat macam tak beri kita pijak rumput untuk menjaga kehidupan rumput dan bunga. hehehehe aku agak lah ya.
SubhanAllah.....kalimah Allah kat pokok tu.
Selain daripada pelancong ramai juga rakyat kashmir dan budak sekolah datang berkunjung.
Cantik bentuk daun ditengahnya ada bunga.
Bersama teman -teman seperjalanan. Tempat seluas alam masih juga nak berkumpul dekat-dekat.Sejukkkkkkk
Ahli rombongan antara malaysia dan Brunei...Asean gitu. Kalau orang indonesia join lagi gempak sih.
Walaupun pada masa ini katanya musim bunga tapi masa kami sampai cuaca tak begitu terang dan panas seperti di Delhi. Sesekali cuaca mendung dan kadang hujan. Oleh kerana di tempat tinggi jadi rasalah sejuk juga.
Selesai menjelajah kebun bunga ok kita jom ke lain pulak.
beautiful garden
ReplyDeleteThanks
DeleteCantiknya.. Untung isteri dia suami buatkan taman.
ReplyDeleteKan....untung ler.... kena tackel lelaki poket tebal tu sal. hehehehe
Deletealaa kalau poket dia tebal xnak minta taman laaa.. minta
Deletebenda lain hehe.. mata duitan naaw saya =P
siti nak minta apa.... kalau akak pun nak minta macam taj mahal.....hahahaha taknak le sebab banyak sangat tragedi
Deleteni kalau mak saya dapat chance melepak sini.. berjam jam ni dia dok belek bunga2..
ReplyDeleteMelepak dalam taman ni tak banyak sangat bunga hah pi melepak taman tulip tu lagi best berjam-jam pun tak jemu.
DeleteCantik juga Shalimar Garden ini.
ReplyDeleteWaktu kami dulu, lewat sampai dan taman sudah ditutup. Tak dapatlah kami masuk huhuhuhuuu.....
Tempat ni yang pertama kali kita orang pergi sebelum ke tempat lain. Tu pun dah petang masa amat terhad. Tu yang cepat-cepat pusing dan keluar. Kalau ikut hati dok belek bunga entah pukul berapa agaknya. Ralit
Deletecantik garden nya..best jalan2 cuaca sejuk..
ReplyDeleteNak ikutkan dah musim bunga tapi musim sejuk masih ada sipi-sipi auranya. Tu yang nyaman tapi kadang sejuk. burrrr
Delete