Monday, June 14, 2021

Al fatihah buat Arwah Encik Adam Dan Pn Rahimah

 


Bergambar kenangan bersama Arwah Encik Adam dan Kak Mar

Assalamualaikum,

Lumrah kehidupan kita satu masa nanti kita akan di jemput Allah. Bila dan masa hanya Allah yang lebih mengetahuinya. Apa pun sebagai hamba Allah kita kena redho dengan ketentuan tersebut apa bila kita kehilangan sahabat-sahabat yang kita sayang.

Masa minggu pertama PKP 3.0 sedang sibuk di pagi jumaat pada 4hb Jun yang lalu sambil melihat email kerja yang masuk sambil melihat facebook dalam HP. Sekali aku ternampak status anak Encik Adam yang memaklumkan bahawa En Adam sudah meninggal dunia di di pagi itu. Ya Allah terperanjatnya aku.  Kali akhir kami berjumpa adalah semasa Majlis kenduri kahwin liana pada tahun 2019 yang lalu. Itu lah kali terakhir kami berjumpa setelah aku berpindah kerja dari Segamat ke muar dan seterusnya ke putrajaya memang bertahun tak jumpa. Dan pada majlis kenduri kahwin anak kak sal lah kami berjumpa dan itu merupakan pertemuaan kami yang terakhir. 

Allahuakbar......aku terus call Appu di Segamat tapi Appu pun tak tahu walaupun dia berada di bumi Segamat. Dia pun terperanjat.  Appu kata dia akan tanya kawan-kawan yang tinggal berhampiran rumah Arwah en Adam. Lepas tu aku call Kak sal....rupanya Kak Sal pun baru tahu daripada Kak Mar.  Kami terperanjat....tapi di musim PKP ni manalah boleh datang menziarah apa lagi aku yang nun jauh di Ampang..... sedihnya. Terbayang-bayang lagi masa kami berjumpa.

Tak lama kemudian Appu call aku balik rupanya Arwah meninggal di Hospital Segamat kerana sakit jantung. Allahuakbar.... Alhamdulillah Allah gerakkan hati aku ke Segamat semasa Kak sal menjemput majlis perkahwinan Liana. Kalau tak memang aku tak jumpa lagi Arwah apa lagi bila dapat cerita sedih ni.

Ya Allah Kau ampunilah dosa Arwah Encik Adam dan masukkan lah dia dalam golongan orang yang beriman dan beramal soleh. Teringat-ingat lagi gurau senda nya walaupun nampak garang sebenarnya Arwah seorang yang baik dan tidak lokek dengan ilmu yang dia ada. Rajin memberi tunjuk ajar dan yang penting dia rajin bagi makanan terutamanya durian ke rumah jiran sebelah.... rumah kamilah tu rumah anak-anak dara masa tu.   

Al fatihah buat Arwah Encik Adam....semuga Encik Adam tenang di sana.





                       Arwah Rahimah yang bertudung kelabu bersama bossnya Kak Mariani


Dan baru semalam sedang rehat-rehat di rumah tenguk status Face book kawan yang memaklumkan Arwah Rahimah pula baru menghembuskan nafas terakhir dia di Hospital Sultan Ismail, JB. Ya Allah terkejut aku.

Arwah merupakan kenalan semasa kami sama-sama memegang jawatan sebagai Pembantu Rekod Perubatan (MRA) , sama-sama pergi kursus Asas dan sama-sama kami bekerjasama bila melibatkan reten Bloodbank yang aku handle. Arwah bekerja di Jabatan Kesihatan Negeri Johor dan kami memang sentiasa berhubung mengenai kerja jika terdapat masalah berbangkit mengenai reten Blood Bank. Aku di ibu pejabat memang sentiasa berhubung dengan JKN negeri-negeri. Dan pada masa ni Arwah sedang menunggu nak pencen pada penghujung bulan Julai tahun ni. Aku ingat bulan 5 hari tu dia hantar email memaklumkan siapa yang akan mengambil alih kerjanya bila dia dah pencen nanti. Dan aku ingat macam ada talipon tanya khabar maklumlah kawan lama...sesekali bila talipon banyak je cerita nak berbual. Allahuakbar....aku telah kehilangan sahabat  yang baik dan lembut bila berbicara.

Menurut kawan yang up status kat facebook tu Arwah dah seminggu admit di Hospital Sultan Ismail dan mereka di JB pun semuanya terkejut bila dapat tahu Arwah sedang sakit Breast Cancer dan kiranya dalam diam dah 2 tahun Arwah menderita sakit Cancer. 

Ya Allah Kau ampunkan lah dosa Arwah Rahimah Mohd Rashid dan tempatkan lah Arwah bersama orang yang beriman dan beramal soleh.  Semuga Arwah Rahimah tenang di sana. Al fatihah buat Arwah Rahimah. Satu kehilangan yang sukar di cari ganti. 😢😢😢


10 comments:

  1. Moga arwah ditempatkan di kalangan orang beriman

    ReplyDelete
  2. Semoga roh mereka dicucuri rahmat
    Al-Fatihah

    ReplyDelete
  3. semoga roh mereka ditempatkan di kalangan mereka yang beriman..

    ReplyDelete
  4. Alfatihah. Takziah kak notie. Memang sedih tak dapat ziarah kematian sekarang ni kan. Doa dari jauh saja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sal doanya. Tu lah sedih tak dapat ziarah.

      Delete
  5. Innalillahiwainnailaihiraajiuunn.
    Semoga kedua-dua arwah Encik Adam dan arwah Rahimah tergolong daam kalangan hambanya yang beriman.
    Memang rasa sedih sangatkan , tapi Allah lebih sayangkan mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin doanya amie. Sedih sebab orang yang kita kenal. Semuga Allah cucuri rahmat keatas mereka berdua. Aamiin

      Delete