Assalamualaikum,
Siapa dah baca buku travelog ni angkat tangan...hehehehe best tau walaupun mahal tapi berbaloi dengan duit yang kita beli dan pengalaman yang kita dapat walau hanya membaca sahaja. Apa lagi dengan pandemik yang sedang melanda ni kita tak dapat keluar negeri jadi ambil lah kesempatan untuk membaca pengalaman orang lain.
Bukan calang-calang ceritanya dan bukan hanya sekali baca oh dah habis tapi....hah tapi banyak ilmu dan pengetahuan kita perolehi. Baca buku ni bagaikan kita ikut sama mengembara bersama pasangan suami isteri ini. Banyak juga peristiwa yang terjadi buat kita insaf bahawa jika kita rasa susah ada lagi orang yang lebih susah dari kita.
Bila kita bermusafir hanya kepada Allah kita bertawakal....emm memang menakjubkan dengan kuasa Allah buat hambanya yang bergantung kepada Allah sahaja di muka bumi ini. Berbuat baik kepada orang allah balas dengan kabaikan dari orang lain terhadap kita....alaaa kalau nak tahu hah beli je buku ni gerenti siapa yang kaki travel tu akan puas membacanya.
Kat bawah ni ada sikit cerita yang aku ambil dari FB Najmi part yang memang buat aku mengalir airmata sebab aku gembeng tapi memang mengusik sanubari aku lah betapa orang india muslim memang menghormati tetamu yang datang.....hah tenguk sikit sedutan ceritanya
Selepas kami cuci tangan selepas makan, kami duduk balik di katil tadi.
Isteri Shaukat Ali bawakan pinggan kosong untuk suaminya. Suaminya makan baki makanan yang kami makan.
Aku pandang Adilah. “Eh, dia tak makan lagi ke??”
Dah la melantak macam orang tak ingat dunia, rupa-rupanya tuan rumah tak makan lagi!
Selepas Shaukat makan, ada 2 budak lelaki masuk ke rumah. Dari cara mereka bersembang, rasanya 2 orang budak itu anak mereka.
Mereka mencangkung di lantai. Ibunya mengambil kuah kari baki makanan suaminya tadi dan hidangkan pada anaknya dengan 2 keping capati.
Agak berat untuk aku saksikan perkara itu depan mata. Aku rasa berdosa gila.
Setelah ibunya pasti anaknya dah kenyang, ibunya yang sarat mengandung tadi makan lebihan makanan dari anak-anaknya.
Aku kesat air mata. Dosa apa yang kami dah buat ni.
“Ya Allah, ampunkan kami Ya Allah, kami tak tahu...”
“Kami tak tahu mereka tak makan lagi. Kami makan semahunya sedangkan mereka semua berlapar.Ya Allah, kejamnya kami, ampunkan kami Ya Allah...”
Malam itu, kami tidur dalam keadaan serba salah.
Fuhh, rasa sebak sangat, baru baca cerita pendek ini pun dah meremang bulu roma.
Ini baru kisah di India, belum cerita di Thailand, Myanmar, Nepal, Pakistan, China, Stans Country, Afghanistan, Iran, UAE & Arab Saudi. Fuhh!
Kalau anda sukakan real drama & real adventure, sesuai sangat dapatkan buku Ustazah Basikal ni. Ada 2 siri tau.
Ada lebih 300 cerita gila lagi mendebarkan yang mereka kongsi dalam Buku Ustazah Basikal ni.
Tak rugi beli buku ini, penulis siap bagi 100% Money Back Guarantee kalau buku ini tak best. Sungguh!
Dapatkan buku ni lekas, link saya sediakan di bawah
Kredit FB Najmi Farisham pelajar Universiti Madinah
Part yang akan mengusik sanubari kita sebagai seorang manusia...kalau tak sedih emm memang hati batu lah gamaknya. opsss
Antara tempat yang di jelajahi
Pakistan memang cantik tapi ada kejadian yang tidak di ingini berlaku...memang mendebarkan
Di Taj Mahal Agra.......tenguk ni teringat cerita India aku yang tak habis habis lagi...sabar naaaa
Untungnya Adilah dapat hadiah barang kemas untuk hadiah perkahwinannya...penuh kat tangan
Pengalaman beraya di perantauan di India
Hah apa lagi dapatkan lah buku travelog ni gerenti puas hati
Kak Amie pernah review buku ni. Nak beli lah nanti. Musim pkp ni memang banyak spend time dengan membaca. Takdela rasa jemu duduk saja di rumah
ReplyDeleteHahaaa... baca travelog ni di mana sempat jew, akhirnya habis baca.
DeleteSaya plak kalau membaca suka take my own sweet time. Memang ralit. So tak boleh menyambil nanti keje tak siap
DeleteKena beli sal tak rugi banyak ilmu dan pengalaman penulis didalamnya. Tak dapat pi travel kita travel dalam travelog ustazah berbasikal.
DeleteTulah. Tunggu travelog Kashmir kak notie tak siap2. Hehe
DeleteMemang best baca travelog ni. Nak alihkan muka dari helaian pun susah. Beratnya boleh tahan pula. Terasa kita berada bersama dalam kembara mereka.
ReplyDeletekan...tak boleh baca sambil berbaring memang kena hempap muka tebal oiiiii
Deletedah baca sekerat jalan
ReplyDeleteLaaaa awat sekerat jalan ....jalan ler terus sampai sudah habis baca
Deletemenarik buku travelog ni gambar cantik n pelbagai kisah yg dialami
ReplyDeleteMemang menarik sisi dan banyak pengetahuan dan pengalaman bila membacanya. Gambar pun cantik
Deletetak habis baca lg Buku 1..baru dkt Myanmar..
ReplyDeleteMyanmar pun mendebarkan.
DeleteTak baca buku ini lagi..
ReplyDeleteRamai yang kongsi isinya best..
Beli sha memang best. Rasa macam dah sampai 14 negara dah. Yang tak pernah sampai macam Iran pun dah sampai dengan macam-macam kejadian berlaku.
Delete