Tuesday, August 17, 2021

Hari 1 photo challenge - Bangkok

 


Today is Day 1 of my travel photos challenge.

I was nominated by my dearest friend Hida Hadi Hussin to post one travel photo for 10 consecutive days with no explanation needed.
That is 10 days, 10 photos.
Today I would like to nominate my dearest friend Udaidza Yacob to take up this travel photo challenge without any explanation.


Assalamualaikum,

Ni sebenornya challenge kat facebook saje je aku letak kat blog. Konon-kononnya trobek le katakan. Ya lah kan dah 2 tahun tak ke sana ke sini...jadi bila buat terobek ni emmm terubatle sikit hati yang meronta nak chop pasport. Patutnya planning 2020 kami nak pi Belitong Indonesia tempat Penulis Laskar Pelangi dan lokasi filem Laskar Pelangi di buat. Belitong cantik pulaunya tau tapi apakan daya virus kuman melanda.....emmm mudahan Allah bagi rezeki dapat ke situ InsyaAllah.

Ok terobek gambar atas ni masa pertama kali pergi melancong pakai pakage. Alkisahnya sebenarnya ni hadiah tempat ke tiga peraduan Princess Hour kat 8tv tahun 2007 rasanya.  Masa tu tengah demam Kdrama jadi oleh kerana Princess Hour mendapat sambutan bila dah hujung cerita tiba-tiba dia kata ada peraduan. Dan  hadiahnya ialah pakage melancung. Tempat  pertama ke Australia, kedua ke Hongkong dan ketiga ke Bangkok. 

Dek minat nak melancung dan teringin nak ke Australia perghhh jenuh aku jawap sms dalam peraduan tersebut. hah begitu sekali sampai tak fikir duit habis ke atau dah berhabis duit semua pun tak dapat....hehehehehe dia punya teringin tu sampai tak terfikir pro dan kontranya peraduan sms ni. Demi keinginan hati nak pi melancung pi Ostrolia katanya. huh jenuh lah aku menjawap soalan smsnya sampai habis kuota hehehe begitu sekali. Masa habis kuota phone masa tu aku dah no 1. Jadi nak tunggu clear kuota tu kena lah langsaikan hutang phone baru boleh buat sms. Sekali bila dah clear bayaran phone bila masuk balik huh dah turun tahta. Apa lagi jawap le...alang-alang dah habis duit kena jawap sehingga ke titisan terakhir gitu. Masa tu dah nak habis tempoh peraduan. Tak nampak lagi bayang naik ke 3 tempat teratas. huhuhu Bila habis peraduan redho lah tapi dalam hati tak dapat tempat pertama atau kedua tempat ke 3 pun jadi lah.

Akhirnya orang TV8 talipon aku menang tempat ke 3. Yahooooo seronoknya. Berabih 1 k hadiah menang 3k    emm nasib baik menang walaupun tempat ke 3 daripada habis duit tak dapat apa-apa lagi lah nangis bucu katil pun bukan leh dapat duit balik. Masa tu teringin sangat nak pi melancung.  Padahal masa tu Matta Fair dah ada boleh je pergi cari pakage yang murah. Masa tu tak pandai lagi nak cari pakage melancung ke sana ke sini dan belum jumpa geng ulat buku yang suka melancung.

Dan masa tu tak tahu pun trick peraduan melalui sms sebenarnya memang pihak penaja nak mencari keuntungan.  Tu baru seorang yang buat macam aku kalau ramai yang terjebak hah memang untung le. Lepas tu tobat aku tapi ada sekali peraduan kat 8tv aku menang phone jenis flip motorola. Peraduan drama apa ya dah lupa. Tapi fazura ada berlakon. Masa tu phone nokia 3310 yang femes bila dapat menang phone jenis flip perghhh rasa bestnya padahal phone sekarang lagi canggih daripada phone dulu. Tapi sebab tenguk citer korea phone dia boleh flip hah bila menang memang le suka.  


Hah ni lah phone motorola raz yang aku menang....lama juga pakai sehingga lah bateri dia rosak kena tukar phone baru juga.....huhuhu sayang wooo. Aku sejenis kalau pakai selagi tak rosak selagi tu lah guna. No phone pun sama selagi tak hilang hah no yang sama aku guna. eh dah cerita pasal phone pulak

Aku pergi dengan julie maklumle masa tu tak pandai lagi nak berjalan dan speaking london. Dalam group kami hanya kami berdua je orang melayu yang lain semua cina. Tapi bila part makan dia orang memang asingkan apa lagi makanan kat Thai kan susah makanan halalnya. Tapi pihak travel sediakan juga. Tapi kalau ada rasa was-was memang kita bawa makanan sendiri dari malaysia. Sampaikan bila balik banyak lagi makanan tak habis kita orang pack cantik-cantik bagi kat tour guide siam emm lupa nama dia tapi kelakor. Suka dia dapat makanan dari malaysia.



                        Ni tour guide dari siam memang kelakor ceritanya tapi baik.
 

        Kita orang pergi dream world.  Sekarang tak tahu ada lagi ke tidak. Best sebab macam masuk dream world gitu.



    Macam masuk tempat disney land gitu sikit-sikit. Masuk rumah gergasi dan posing macam-macam sekeliling dream world tu. Jadi kanak-kanak ribena gitu.



Naik bot kat sungai praya sambil tu singgah kat patung budha terfemes tapi aku dah lupa namanya. Lagi pun tak minat cuma ikut sebab dah ada dalam itinary. 


Lepas tu ada pergi safari. Macam-macam pertunjukan mengikut masa yang telah di tetapkan. Masuk tempat pertunjukan ikan, pertunjukan gajah, buaya pun ada.  

Lepas kat Bangkok kita orang ke Pataya. Malam ada tiger show hehehehe bukan lah ada pertunjukan Pondan. Nak masuk kena beli tiket. Kita orang tak minat jadi tunggu lah member lain yang masuk pertunjukan tersebut. Bila dah habis si pondan tu semua keluar dari dewan melambai-lambai pada semua orang. Masa tu tenguk dari dekat perghhhh kalah orang perempuan. Dengan body cantik kulit putih bersih tinggi melampai.....memang patutlah orang lelaki pun gila bayang kat Aqua siam.  Tapi balik ke hotel Mr Tour guide offer juga sapa nak pi tenguk tiger show....ada yang berminat. Kita orang terus je balik ke bilik. Sebelum balik ke bilik Mr Tour guide belanja kita orang pulut mangga. Pergh sedapnya dia punya santan pekat melikat rasa mangga pun manis. 

Tu lah pengalaman melancong ke Bangkok - Pataya

Sapa-sapa yang nak sahut challenge ni hah buat le.  Kita terobek sama-sama. hehehe. Mudahan ada rezeki boleh cop pasport merah lagi. Aamiin

10 comments:

  1. terernya akak, saya tak pernah menang peraduan kat tv ke radio ke. melopong aje. haha, trick sms ni saya dulu habis ke Akademi Fantasia. undi adalah rahsia so takleh bagi tau sape.
    Geramnya tengok bunga matahari gambar atas sekali tu. mana gambar 'wanita' cantik di Siam tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah rezeki Allah beri. AF tu lagi lah buang duit undi penyanyi. Penyanyi yang dapat hadiah kita habuk pun tada. Gambar 'wanita cantik' tu tak dan nak ambil gambar sebab malam dan orang ramai dok melambai kat depa. Jom kita pi kebun matahari kat lopburi thai

      Delete
    2. Zaman remaja kak. Hihi. Pastu mak bising kredit cepat habis.

      Delete
  2. Akhirnya orang TV8 talipon aku menang tempat ke 3.
    Wow! Seronoknya sampai macam tu sekali orang TV3 telefon ye.
    Kenangan waktu travel memang sangat indah! Maklumlah melihat sesuatu yang berbeza dengan apa yang selalu kita alami di negara sendiri. Kalau boleh nak ambil gambar sebanyak-banyaknya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amie masa tu kamera belum changgih macam sekarang yang pakai phone je. Tapi mmemang best kan kalau tempat cantik boleh ambil gambar banyak2

      Delete
  3. Satu pengalaman yang menarik.. Cantik dikelilingi bunga.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kat lopburi lagi best sha

      Delete
    2. Aduh..teruja pula rasa.. Semoga satu hari nanti kita akan boleh travel balik..

      Delete
    3. Aamiin menunggu - nunggu sempadan di buka

      Delete