Monday, August 16, 2021

Hadiah buat pengomen terpantas sempena Harijadi

 

    1.  Hadiah pertama pengomen terpantas   Laura Series - Ruby Large Half Lining Jute Bag


     2. 2 orang pengomen terpantas dapat  hadiah ni Luxurious Flower Wreath Jute Bag with front Pocket










      3. 2 pengomen terpantas dapat    Le Fleur Series Raffinée Navy Jute Bag with Front Pocket


Assalamualaikum,

Bulan Julai yang lalu adalah birthday aku yang xx dimana pusing depan sama pusing belakang pun sama nombornya. hehehehe Jadi tiba-tiba nak bagi hadiah lah pulak pada sapa-sapa yang rajin bertandang ke rumah aku ni. Walau pun kadang sepi tapi aku rasa nak bagi sesuatu buat pengunjung rumah aku ini. Tapi tu lah tak sempat nak buat N3...tuan rumah pulak kena kurantine emm memang blog pun sama kurantine lah dengan tuan rumah.

Ok aku punya ni senang je siapa-siapa yang komen terpantas sebab aku ni tak pandai nak guna sistem lah apa lah jadi senang je hangpa masuk dan komen terus. Tapi nampak senang sangat kan cam takde trill lah pulak so  aku bagi teka teki teka tekuk lah, aku nak bagi supaya ada usaha untuk menjawap soalan . 


Cara-caranya mudah je.

1. komen terpantas d bawah

2.  Jawap  Teka tekinya ialah 
      a. Berapa haribulan birthday aku
      b. Tarikh tersebut merupakan satu tragedi yang berlaku kepada Malaysia yang membuat orang terkesan sangat dan satu dunia terkejut. Apa tragedi tersebut.

3.Hantar email kepada notie.bakrian@gmail.com untuk menjawap teka teki teka tekuk yang aku beri. Dah betul teka tekinya baru aku sahkan sapa pemenang. 

Hah apa lagi cepat lah komen....pat pat siku lipat siapa cepat dia dapat


Update terkini semuanya telah ada pemenangnya. Terima kasih ya sebab datang rumah saya.


19 comments:

  1. Notie... jawapan hantar melalui emel ye? Kak Amie try ye.

    ReplyDelete
  2. Patutla jemput kita datang rumah, ada hadiah rupanya. Susah jugak teka-tekinya sebab tak dinyatakan tahun bila tragedi tu. Nanti saya hantar email

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala kalau tahu tarikh sonang jo tu. seantero dunia terkejut tau selepas MH 370

      Delete
    2. Dah hantar. Harap jawapan betul. Hihi

      Delete
  3. wah ada teka teki ya nanti kak emel jawapannya ya

    ReplyDelete
  4. Alamak.. dah ada pemenang ke? hehehe
    Tahniah pada semua yang mencuba..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sha hantar email jawap teka teki yang akak bagi. Tinggal 1

      Delete
    2. Kak.. Sha dah hantar email.. Hehehe.. Sorry ye yang first tu salah faham..

      Delete
  5. Salam, best juga buat teka teki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala dah selesai acaranya. Terima kasih datang jenguk

      Delete