Tuesday, November 9, 2021

Wordless Wednesday -Suntikan dos Booster

 




Assalamualaikum,

Pada 8hb November 2021 sehingga 11hb November 2021 telah diadakan suntikan vaksin Booster dose ketiga Pfizer bagi Staff KKM di Ibupejabat. Dewan serbaguna tingkat 8 telah dijadikan tempat pusat vaksin. 



Alhamdulillah dapat date pada 9hb pukul 12 tengahari. Dan pergi pada pukul 11 lebih. Orang tak ramai dan pada pukul 12 dah dapat suntikan.

Kesan selepas suntikan ialah sengal di tempat suntikan. Dengar sebelum ni ramai frontliner dapat simptom bengkak di ketiak. Manakala member opis aku Dd  bengkak tempat suntikan dan tengahari hari ke dua kesan allergic pula timbul. Bila badan dia semakin gatal dan nak mengaru je doktor kat opis suruh ke klinik dan DD terus je pergi klinik dan  maklumkan pada Mysejahtera.

Siapa yang dapat sinovac kena tunggu 3 bulan manakala yang dapat pfizer kena tunggu 6 bulan sebelum boleh di beri dos booster.

# jaga diri jaga keluarga
# kes baru semakin naik pulak naik sampai 6,000

15 comments:

  1. Takut nanti ada pula dose ke-4, ke-5 dan seterusnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entah le wak...virusnya bermutasi laju benor....sekejap je dah tukar delta lah alpha la emm Mudahan virus tersebut nyah darimuka bumi ini. Aamiin

      Delete
  2. kakambil pfizer lambat lai nak injek booster

    ReplyDelete
  3. dos ketiga lah pulak. bocor bahu asyik kena inject

    ReplyDelete
    Replies
    1. entah le tak tahu sampai bila nak kena ambil vaksin je

      Delete
    2. tengok negara lain rileks je dah ke hulu hilir. kita jelah tak habis-habis

      Delete
  4. Ammi dh 3 bulan dr 2nd dose sinovac. Cuma agak keliru sbb ada kata 40an ke atas (yg ni lyaklah). Ada baca kata 60 ke atas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat masa ni dia bagi dulu pada frontliners dan warga emas. Mungkin nanti yang lain pula. Tenguk pada situasi virus sekarang mengancam lagi ke tidak. Dia mutasi tu laju sangat. Jenuh nak cari vaksin nak lawan

      Delete
  5. Takut pula ada booster ni, apakan daya kan.. Alhamdullilah tiada sampingan diatas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terpaksa di beri booster sebab virus tu bijak pandai manipulasi diri jadi lebih ganas. Vaksin di beri bukan kata tak boleh jadi positif tapi risiko jadi teruk tu dia kurang sikit daripada takde pelindung. Jadi kita terima asalkan tiada risiko yang lebih teruk...tapi sampai bila emmm entahle hanya Allah SWT yang lebih mengetahui

      Delete
  6. saya nak kena suntuk Booster juga tapi badan masih kegatalan nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hish teuk tu simptom lepas vaksin. Kena bagitahu mysejahtera ni

      Delete
  7. Hurm.. Makin laju virus tu bermutasi.. semoga yang baik-baik sahaja buat semua..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kita orang yang dalam KKM ni pun tak terkejor dek virus tersebut. Sekejap je dah naik nama lain. Delta la alpha la..hah nanti entah apa le nama baru yang timbul Jenuh le kita nak lawan dia. semuga virus tersebut hapus di muka bumi ini. Amiin

      Delete