Assalamualaikum,
Alhamdulillah dapat kereta sewa je apa lagi Iejay pun set waze. Katanya nak cari makan tapi kedai apa aku tak pasti masa tu. Jadi kita ikut je lah cik waze jalan-jalan ye. Sapa nak contact kereta sewa boleh call no ni 0 16-750 8833. Maaf lah lupa nak tanya iejay sapa nama tuannya. Tapi Iejay cari dalam FB
Ni nama dia dalam Fb Kereta sewa KB
Tempat yang kita orang pergi ni dekat Pantai Sri Tujuh. Jadi sebelum sampai kedai nampak le juga laut belah kanan.
Pusing sana pusing sini akhirnya sampai lah tempat di tuju. Aku pun apa lagi lah sampai je cari meja dan terus tuju bilik air. Tak tahan nak terkucil....hehehehehe
Tu dia tenguk tu ulam-ulaman.... Sedap ni kalau yang suka lauk kampung. Rupanya kedai tu femes dengan Ikan Bekok. Mula-mula ingatkan ikan bekok ni ikan macam ikan siakap ke atau sejenis nama ikan macam yang lainnya sebab aku pun tak pernah dengar ikan bekok. Tapi rupanya bukan.
Iejay dan Anim yang ambil lauk apa nak makan.
Tu dia lauk lunch kami. Ulam kampung. Masak singgang. Telur dadar dan Ikan Bekok gelama laut.
cendol biasa tapi ada tapai ubi
Ikan bekok gelama laut. Macam ikan gurame kat Indon.
Ikan tersebut rupanya macam ikan masin atau ikan kering tapi kata Anim macam ikan pekasam tapi tak letak beras goreng cuma di rendam garam dan di jemur kering. Lepas tu di goreng. Jadi bila makan ada lah rasa masin tapi tak sekuat ikan masin biasa. Sedap juga layan dengan nasi panas dan ulaman kampung.
Beza ikan bekok dengan ikan kering ialah dia direndam dengan garam dan di jemur selama 4 jam je jangan sampai kering. Jadi ikan tu bila di goreng takde le garing sangat ikannya. Masih tersa lembut ikan dan garamnya tidak terasa sangat. Sedap ko. Kawan aku kat Kelantan nampak status whatsup aku makan ikan bekok terus dia besoknya mencari ikan Bekok. Tapi kat Jeli lah. Ni kiranya ikan yang speciality di Kelantan le sahaja. Tempat lain ada ke. aku tak jumpa sebab ni lah pertama kali makan Ikan Bekok.
Apa lagi bila lauk pauk tersedia di depan mata masing-masing pun makan dengan berselera sekali. Layan lauk singgang dengan terung didalamnya. Memang my peberet aku ni. Lepas tu ada lauk sayur masak lemak dengan terung didalamnya lagi le aku suka. Singgang tu ikan dia Anim tak makan emm aku le tukang perabiskan.
Lepas tu masa masuk ke kedai kami nampak cendol emmm panas-panas sedap layan. Ambil cendol biasa tapi didalamnya letak tapai ubi lah pulak. Anim tak makan tapai ubi. Aku pulak peberet ni. emm aku le tukang melantaknya. hahahahaha
Hah tenguk le licin ko kita orang bertiga makan. harga semuanya dalam Rm36 sahaja.
Suasana didalam kedai makan. Masa sampai orang ramai dan lauk yang ada dah tak banyak sangat. Tapi bila dah nak balik dah nampak lengang pulak. Maklum le dah pukul 2 lebih. Time makan pun dah nak habis.
Selesai mengisi perut apa lagi.....jom pi Pengkalan Kubur tempat bebas cukai katanya tapi akhirnya kami kena cukai sebab tak reti nak sorok barang lontaran.....emmm nak buat camno redho le ye.
Bestnya. Penah pegi pengkalan kubur dgn kawan2. Masa balik kakak tu salah laluan. Dia lalu tepi sempadab tempat laluan tikus. Patutlah nampak byk post askar selang few kilometres
ReplyDeletePengkalan kubur dah hampir dengan sempadan siam. Silap hari bulan sampai Takbai je
Deletewah dah sampaikelantan ikan bekok mesti lainrasanya kan
ReplyDeletehaah kan lain sikit nak kata ikan kering ikannya lembut nak kata ikan biasa dia rasa masin sikt. Itulah keistimewaannya.
Deletesedak ni lauk kampung. Wah..melontar apa tu sampai kena cukai?
ReplyDeleteMemang sedap sampai licin padahal memang lapor. hehehe Cam biasa le melontar di pengkalan kubur kan macam-macam ado
DeleteHahaha. Sampai situ memang rambang mata
DeleteSaya pun dapat ilmu baru...ikan bekok.
ReplyDeleteMana tahu sampai sana, nak juga cuba rasa.
saya dah sampai sini baru tahu. Ingatkan ikan species baru rupanya ikan jenama kelantan. Cuba cuba jangan tak cuba
Deletecendol memang menyelerakan
ReplyDeleteSedap bila makan time panas-panas
Deletemakan sokmo 😅😅
ReplyDeleteAla wak ni kalau pi kelantan tak seh kalau tak jjcm.
DeleteSedapnya lauk kampung, berbagai ikan ada, yang best tu sampai shopping dulu kann.. Cendol tapai ubi.. Seronok bercuti makan-makan macam ni..
ReplyDeleteTu yang lajak sampai tumpat sebab nak pi pengkalan kubur...tapi apa-apa hal makan dulu. hehehehe
DeleteIkan bekok tu baru first time dengar dan tengok.. Menarik juga tu..
ReplyDeleteNampak sangat menarik..
Ahkak pun baru pertama kali dengar. Ingatkan sejenis ikan rupanya jenis perapan ikan.
Delete