Thursday, January 6, 2022

Jom kita selawat di hari jumaat penuh barakah

 





Assalamualaikum,

Di pagi jumaat yang penuh barakah ni jom lah kita selawat banyak-banyak. Banyak fadilat nya ni jika diamalkan selalu. Rindu pula bumi Madinah bila mendengar selawat tafriyah ni. Mudah-mudahan terhapuslah virus Omicron dari bumi Mekah dan Madinah. Amin.

Baru baru ni kan timbul isu sekatan untuk mengerjakan umrah oleh pihak KKM disebabkan kes yang meningkat daripada jemaah Umrah yang balik dari sana. Masalahnya virus Omicron yang katanya gejalanya lagi teruk dari Virus Delta. emmm kesian aku tenguk yang dah mendaftar tapi tidak dapat pergi. AllahuAkbar...sian pulak bila tenguk kat berita di  tv menangis makcik tersebut kerana dah bersedia tapi tidak boleh nak pergi.

Dan baru-baru ni opismate aku kena kerja kat KLIA sebab nama naik sebagai volunter di CPRC .  Dia kata banyak kes yang baru balik umrah mesti ada kes yang positif. Yang kesian tu warga emas kebanyakkannya. Walaupun kena kurantine tapi tu lah bayangkan warga emas di jangkiti covid 19. Walau pun kes semakin berkurangan tapi virus yang ada semakin ganas pulak tu. 

Ya Allah di pagi Jumaat yang penuh mulia ini KAU angkatlah kuman virus Covid 19 ini dari muka bumi ini. Ampunkan  kami Ya ALLAH mungkin disebabkan dosa kami KAU datangkan musibah di muka bumi ini. Hanya ENGKAU yang lebih mengetahui yang terbaik untuk hamba-hamba MU ini.


AAMIIN YA RABUL ALAMIIN 



8 comments:

  1. semoga wabak virus ganas segera menjauh dari lingkungan kita

    ReplyDelete
  2. Aamin Ya Rabb. Memang kesian yang terpaksa cancel tu. Lebih kasihan lagi pada yang dijangkiti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah sebenarnya kedua-duanya pun kesian. Kesian yang tak pergi kesian pada yang menjaga diri dari di jangkiti.

      Delete
  3. Amiin..ya Rabbalalamin...itulah kan, kesian pd mereka yg tak pergi, dahlah 2 tahun menunggu..tapi menjaga kemaslahatan ummah tu lebih penting..

    ReplyDelete
  4. semoga dibalas dengan kabaikan

    ReplyDelete