Tuesday, January 4, 2022

Melaraskan tulang dan melembutkan otot dengan Attalaqqi Group

 



Assalamualaikum,

Baru-baru ni masa balik kampung kami cuba lah berubat konon-kononnya nak laraskan tulang lah nak lembutkan otot le. Selalu nampak kat Fb berubat ala-ala letupkan tulang gitu. Jadi bila Merina anak buah aku kat batu pahat beritahu ada buat di muar hah apa lagi kami bertiga pun cepat-cepat daftar dan ambil 1 slot. 

Attalaqqi Group ni HQnya di JB. Tapi dia ada buat tour ke muar selama 3 hari di sebuah homestay di Batu 3 berhampiran dengan simpang Jeram Bakri pada 31hb Dis sehingga 2 Januari 2022. .. Kita orang booking hari jumaat pukul 11.30 pagi.

Hari kejadian aku, Kak Ambah dan Kak Jal dengan julie sebagai pilot mencari lokasi homestay tersebut. Bila jumpa laaaaa ada homestay rupanya di taman tersebut. Masa kami sampai dalam pukul 11.15 pagi dan ada orang lain sedang menerima rawatan. Bagusnya selepas setiap sessi rawatan tempat tersebut di sanitise sebelum orang lain pula mendapatkan rawatan.

Kak Jal yang buat dulu. Selepas ada seorang makcik yang bertongkat dengan anaknya balik Tukang rawat kata dia nak sanitise dulu. Selesai dia suruh aku masuk. Bila masuk....dia interview dulu. emm macam-macam soalannya. Apa lagi bila aku kata aku kerja kat KKM hah lagi banyak cerita.

Masa mula-mula telungkup muka atas meja dia yang berlubang di hujungnya. Umpama kereta tak pernah servis...dia rawat aduhaiiiii rasa semua sendi aku berkarat. hehehehehe tu pun bila dia start rawatan je hah apa lagi aku pun erk ark erk ark....orang kata angin tapi dia kata toxic dalam badan aku berlumba-lumba keluar. Perghhhh 

Mula-mula kaki belah kiri. Lepas tu naik ke atas. Bila di kaki kanan emmm memang rasa sakit sebab belah kanan lah dari atas sampai bawah kiranya tidak lancar perjalanan darah. Apa lagi bila kita kerjanya duduk je dengan tangan kanan pegang mouse....boleh jem tangan tu kalau tak di jaga. Pernah dengar tringger finger. Hah kalau otot tangan tu jem kena buat operation tau. Mudahan dijauhkan lah hendaknya. Aku kalau selalu rasa kebas tangan selalu  guna alat buat exercise tangan supaya jangan sampai cramp otot tangan. Bahaya tau kalau kerja kita hanya guna pc je. 

Masa mula-mula rawatan macam-macam lah si perawat yang namanya Asraff berbual. Dia ajak aku bercakap tapi mula-mula je aku layan bila dah masuk gear 3 huh menahan kesakitan sampai tak terlayan dia cakap. Memang macam kena uli tepung gitu dibuatnya. 

Mula-mula kita akan rasa yang otot badan kita semuanya macam tak berservis atau kata lain berkarat tak bergris atau tak lancar. Memang rasa ketat sana ketat sini otot tu. Tapi bila dia dah mula tarik tulang perghhhh aduhaiiiii sakit tapi bila meletup tulang tu kena sentap Ya Allah sakit tapi rasa lega gitu.
Terasa macam darah lancar je perjalanannya.  

Bagusnya sambil merawat tu mulut tak lekang selawat dan istifar. Mula-mula kena lenyek badan huh memang rasa semuanya ketat tapi bila dah banyak kali di genyeh dengan tangan dia baru rasa lembut.

Tapi yang aku tak tahan tu bila dia betulkan tulang belakang puh berbunyi tulang. Lepas tu yang last dia buat kat tengkuk....perghhhh best. Tang tengkuk tu ngeri sikit tapi bila berbunyi tulang hah memang rasa lega.

Lama juga rawatan hampir 1 jam lebih . Yang last kat tengkuk setelah jari tangan dan jari kaki  di tariknya untuk selaraskan tulang. Apa pun memang best lah. Rasa macam tak cukup 1 jam. Setelah rawatan selesai dia ada bagi test barang ubat yang lain. Benda tu bila di sapu-sapu pada tapak tangan lepas tu hidu bau minyak tersebut emmm rasa sampai ke kepala kesejukan baunya. Kalau kita stress atau sakit boleh lah gunakan untuk melegakan kesakitan. Ada satu ubat lagi dah ruqyah ayat Al quran pun bagus kalau ada gangguan lain. 

Kak ambah yang last sebab dia mula lambat. Selesai je kami pun di suruh ambil gambar untuk promosi malahan siap aku di suruh bagi review setelah selesai mendapatkan rawatan. Mungkin dia nak war-warkan kat Fb kut.


Siapa yang kat JB boleh lah kalau nak cuba. 


Ni perawat aku namanya Asraff....datang dari Terengganu sebab katanya Ustaz perlukan bantuan sebab tak cukup orang. Satu slot memang khas untuk 3 orang sekali buat rawatan.  


Aku bersama kak Jal



Kak Jal masa rawatan. 

Balik je oleh kerana dah tengahari masing-masing baru rasa lapar. Kak ambah belanja  Posperity burger dan burger MC D. Lepas makan apa lagi kat luar masih hujan merenyeh dari pagi, sekejap lebat sekejap renyai.....emmm apa lagi terus le kami bertiga tidur nyenyak tak sedar diri. Sedap punya rawatan. hehehehe

14 comments:

  1. best ni kak, tapi tang leher tu mmg takut sebab ada kes yg terlari tulang..kena yg pakar buat..

    ada video cina Penang yg buat rawatan mcm ni jg..org lumpuh boleh berjalan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah pernah nampak video depa buat. Tang leher tu memang takut kalau salah pulas sebab kat situ ada saraf tunjang yang terus ke kepala. Salah pulas lain jadinya. Kiranya yang expert je yang boleh buat tu.

      Delete
  2. Letup-letup memang lega... Rawatannya macam Chiropractic mesti bagus untuk pelancaran darah.. Teringat pula thai massage..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang bila dengar tulang meletup perghhhh rasa lega sangat. Rawatan tu bukan macam je memang rawatan chiropractic... dok jenuh cari ayat tak jumpa...hehehe Thai massage pun best kan sebab tenguk video dia macam best je. Bab bab urut mengurut ni sebenornya kalau boleh sebulan sekali bagi servis badan tapi tu lah sudah kadang nak jumpa.

      Delete
  3. Seram pulak dengar bab letup tulang. Tapi mesti badan rasa lega dan ringan lepas tu kan

    ReplyDelete
  4. MOGA SIHAT WALAFIAT SETELAH PERJALANAN DARAHNYA DIBETULKAN

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sis...saya ni sakit kaki dan lutut jadi tu yang mencubanya. Lagi pun kerjanya asyik duduk je tu yang kadang rasa lenguh sana sini. Sesekali buat rawatan macam ni best sangat tapi tu lah boleh tahan juga harganya tapi untuk kesihatan takpe lah

      Delete
  5. boleh bayangkan tulang berkerak keriuk macam ayam MCD dibuatnya. hehe. pas ni boleh berlarilah kak. tulah kan, selalu lupa nak jaga jari jemari ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha haah kan tak terbayang pulak bunyi tulang cam ayam MC D lah pulak. WOW kalau boleh berlari wah nak buat selalu lah sal. Apa pun rasanya tulang tu boleh di regang gitu kalau tak rasa ketat je. hehehehe Kang bunyi lebih-lebih ada pualk yang lari macam bunyi tulang kat tengkorak gitu.

      Delete
  6. ammi ada follow para chiropractors kat TikTok. Satisfying sangat bila dengar bunyi krup krap. Org yg dapat rawatan dah tentu lega...kita yang dngar bunyi pun mcm therapy pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha tapi memang best rasa macam longgar sikit skru tulang yang ketat tu.

      Delete