Tuesday, February 15, 2022

KL-JB-Tumpat-KB-KL hari ke 3 Pasar Siti Khatijah





Assalamualaikum,

huh trip dah masuk tahun baru masih tak habis lagi cerita. hehehehe hangpa tahule aku lagu mana asyik tak selesai celoteh. Apa pun kita sambung lagi ya. Dah nak habis ni. jom jom jom. 


KL - JB - Tumpat - KB - KL - Hari ke 3 Pantai Senok



Pagi-pagi semasa menunggu wan nak jemput kami sarapan, kita orang keluar le awal dan jenguk pasar Siti Khatijah. tapi masa tu pasar belum sepenuhnya di buka. Tapi dah ada gerai dan kedai yang di buka. Seronok kalau jenguk kat sini. Macam-macam ada...memang rambang mata sokmo je.


Kat tingkat bawah ada juga gerai yang sudah di buka. Tapi kami naik ke tingkat 1. Iejay nak cari rempah Assyura. Tapi rempah tu dah habis. Hah nampak takbetapa banyak jenis rempah-rempah yang ado. Orang kelantan femes dengan masak kerutub. Hanis lah yang perkenalkan makanan kelantan semasa dia baru masuk opis kita orang. Ni dah pindah balik kelantan takde lah import makanan kelantan bila dia balik kampung.

Dia yang perkenalkan aku masakan daging kerutub....sedap hingga menjlat jari ko. Baru tahu masak kerutub sedap.Tenguk tu macam-macam rempah. Rempah gulai kawah ado, rempah ayam bakar ado, rempah tandori pun ado.


Produk dari siam pun banyak juga. 
 
 Dodol aku tenguk ada 3 warna. Ada juga tanya pekedai apa bezanya. Penggunaan gula samaada gula kabong ke gula pasir ke gula merah yang membuatkan ianya berbeza. Sedap ni kalau baru masak rasa dodolnya  lembik-lembik kenyal-kenyal.

Kalau tenguk ni hah macam-macam nak beli. Berpaket-paket dan berbotol=botol. 


Kelantan tak sah kalau takde keropok. Masa pagi tu tenguk je dulu ingatkan nak beli sepaket 2. Tapi bila last minit nan ado masa....hah takde le aku beli

    Buat air laichikang ni sodap.  Kalau panas-panas layan pergh sejuk rasa tekak bila air laichikang lalu dalam tekak.


Oleh kerana posing kat Pantai Senok lama jadi dalam pukul 10 pagi kami pun balik. Iejay parking kereta depan hotel. Patutnya sebelum pukul 10 dah bayar caj parking tapi entah macamana terlambat bayar dalam apss Majlis bandaran sekali sampai kat kereta huh kena denda. Lambat sikit je nak bayar time seterusnya. 

Jadi sampai kat Pasar Siti Khatijah kami cuma pergi yang area bawah dan yang dekat je lah. Kat bawah banyak makanan pelbagai jenis. 


Kuih femes kobau guling emmm    betul ka. Macam kuih kasui je


Macam-macam ada. Pecal lah laksam lah hah apa nak semua ado. rambang mata ni nak beli bawa balik.


Syurga makanan 


Jagung campur dengan kelapa. Tak pernah makan jadi anim beli le sepaket buat kudap-kudapan waktu balik nanti. Sedap sebab jagung tu dah hancur sikit campur dengan kelapa bubuh gula. 


Puding di raja ada. Aku beli yang satu paket ada macam-macam makanan kelantan seperti jala emas, tahi itik, nikbat. Pulut dengan ikan kering pun ada tapi aku tak beli lah. 


Kuih Nekbat .....macam bahulu tapi warna dia lain. Rupanya ada gula sira kalau nak makannya. 


Ni kalau masih kat kelantan lagi ni syiok memborong lepas tu layan dalam bilik hotel. Tapi sebab dah nak balik hah cuci mata je lah. Tekak tu tahan je. hehehehe Tapi memang geram tenguk semua kuih kuih tradisional .


Macam-macam jenis bahulu

Miang kham pun ado tapi aku tak minat dan tak beli pun. 


Nampak keropok lekur ni. Rasa macam nak beli tapi emm  nak bawa tu alahaiiiii. Tak jumpa yang paket keropok kering jadi tak beli lah. Ada je tapi kena cari tempat lain lah. Kat atas banyak tapi sebab kejar masa....kuih yang aku nak rasa je aku beli.


hah nampak ni. Gayung buatan dari tempurung kelapa tu unik. Kalau ada gentong ke kolah buat basuh kaki. Cam balik kampung style hidup taradisional gitu. Lastik tu hah boleh lastik buah atau monyet. adik aku ada satu memang simpan senang kalau rombongan cik monyet datang mencari makan. 


wan beli sayur sikit nak masak kat rumah.


Macam cendol tapi lupa nak tanya apa ni. Sebab dia ada versi warna warni.

Dapat beli jajan sikit bawak balik KL terus kami kelam kabut balik hotel. Kami ucapkan terima kasih pada wan dan hubby sebab dapat bawa kami jalan-jalan sekitar KB. 

Sempat lagi balik bilik mandi dan tukar pakaian lain. Al maklumle dah belengas jalan sana sini kalau tak mandi hah sampai malam le melekit rasa badan. 



Ambil gambar sebelum balik . Suka tenguk kat sini sebab boleh nampak luar tapi tak pasti pulak orang luar boleh nampak atau tidak.hehehe

     
        Ok dah siap nak balik KL. Kemas-kemas dan top up air. Air tu free je. Kalau nak minum pun ada. dia sedia kan kopi dan tea serta gula. Kadang nampak ada kuih kalau nak boleh je makan. Nak lepak layan air panas sambil sembang pun boleh. 


Ruang reseptionist yang simple je. depan kaunter tu dah tangga turun.

Ok tata nak balik dah



14 comments:

  1. Balik naik flight ke ketapi jugak? Pasar Siti Khatijah ni memang buat kita rambang mata.rasa nak borong semua

    ReplyDelete
    Replies
    1. Balik naik flight tak larat lagi naik ketapi. hehe Ya betul pasar siti khatijah macam-macam ade memang syiok memborong

      Delete
    2. Mesti berkilo-kilo luggage dengan kuih. Hehehe

      Delete
    3. Takde lah sal. rambang mata tapi teringat naik flight beli mana yang tak pernah makan je.

      Delete
  2. semua ada kat pasar ni kan pilih n siap pitih ja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya sis kalau bawa kereta huh gerenti bonet penuh macam-macam boleh borong

      Delete
  3. Aduh!! Sha yang tengok gambar pun rambang mata tengok kepelbagaian jenis kuih.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Depan mata lagi lah kalau boleh semua nak rasa. hehehe

      Delete
  4. Replies
    1. Nanti dah balik mesia hah bawa orang rumah pi jalan KOta bharu wak

      Delete
  5. bestnya.. tgk food pun macam dah naik 3 kg berat. tetiba teringin nak ke sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha tu belum lagi makan memang berkilo-kilo ler naik. Jom jom jom

      Delete
  6. Rindu nak datang sini. Rasanya last datang pada 2019. Balik dari Surabaya, simpan beg di KLIA, terbang ke Kelantan lepas tu naik train ke Hatyai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah amie bestnya. Memang jalan sakan tu sampai 2 negara dapat berjalan. Teringin juga naik train ke hatyai

      Delete