Thursday, February 24, 2022

Gempa bumi di Sumatera Putrajaya rasa bergegar

 


Assalamualaikum,

Berita terkini hiburan sensasi....neno neno ....di lapurkan terdapatnya sessi gegaran di putrajaya....wah apa kah ini yang terjadi. Oh rupanya ada gempa bumi di Pekan Baru Indonesia. Patutlah malaysia kena tempiasnya.

Hari ini opis kita orang buat bacaan yasin setelah lama tak buat baca yasin. Jadi Boss suruh buat bacaan yasin sebab ramai staff yang dijangkiti virus covid 19. Minggu lepas dan minggu ni dah 5 orang staff yang positif. Buat juga majlis persaraan staff perangkaan yang sepatutnya tamat bekerja pada 1hb April. Jadi lepas habis baca yasin kita orang pun ambil sarapan nasi kerabu dengan sedikit kuih muih yang telah disediakan. Bacaan yasin start pukul 8.30 pagi. 

Jadi bila dah habis baca yasin tu masing-masing ambil nasi kerabu dan kuih dan makan di tempat masing-masing. Dah kenyang sarapan nasi kerabu yang sungguh sedap kami pun sambung buat kerja.

Tengah sedap buat kerja tiba-tiba aku rasa kerusi yang aku duduk kok rasa bergoyang. eh napa ni aku pening ke sampaikan tempat duduk rasa bergoyang. Lepas tu meja pc rasa bergegar. Yang lebih efektif lagi aku nampak partition Cik Mimi bergoyang-goyang sambil aku tanya eh ada rasa goyang tak. Ke akak yang pening kepala. sister Siti pun menyahut....eh haah lah rasa bergoyang.

Semua pun bising ada rasa tak ada nampak tak. Tak lama kemudian satu pengumuman dibuat menyuruh semua staff turun dan berhimpun di tempat yang telah disediakan untuk kecemasan. Hah apa lagi semua pun berduyun-duyun turun tangga. Aku sempat lagi tu buang air kecil sebab takut lama masa kat bawah.... hehehehe sempat lagi tu padahal kalau kecemasan emmm mana sempat buat semua tu.


sempat lagi tu posing.....masa ni belum ramai orang yang turun tempat parking ni.

       Kawasan parking antara parcel E7 dengan E8 yang menjadi tempat perhimpunan warga KKM apabila ada kecemasan.


Ambil gambar staff yang kami dah berhimpun dan hantar pada boss yang sedang meeting dengan Pengarah Perancangan.


En Rushdi tukang ambil kedatangan. Kut ada staff yang tercicir entah kemana....hehehe 



Jabatan meteorologi siap keluarkan surat makluman. Cepat sungguh ko....


Pengarah kami Dr Rozita Halina Tun Hussin sempat lagi tu sambung meeting yang tergendala kat tepi laluan pejalan kaki kat E1. Perghhhh komited sungguh Big boss.


Jom lah kita baca doa ketika gempa bumi berlaku. Semuga Allah lindungi rakyat  Malaysia dari segala bencana dan musibah. Aamiin.


14 comments:

  1. Allahu...office SA pun rasa gak gegarannya...menakutkan walau sekejap je...tapi tu la..xde plak management suruh turun atau suruh balik sambung WFH...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Area putrajaya banyak bangunan yang tinggi yang rasa kesannya. Dulu-dulu tak pernah rasa kali ni memang terasa gegarannya. Ya Allah dijauhkan le hendakNYa. Aamiin

      Delete
  2. tulah ammi pun rasa pening. mata auto gi tengok jam nak check heartbeat, tangan auto ke dada nak rasa jantung laju ke apa..dulu sebelum ammi buat RFA jantung..mmg selalu rasa jantung debar, pening. rupanya elok je jantung...bumi yg tengah sakit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bumi dah tua sebab tu banyak sangat bencana alam berlaku. Semuga rakyat Malaysia dijauhkan dari segala bencana. Aamiin

      Delete
  3. insyaAllah selamat semua Alhamdulillah

    ReplyDelete
  4. terasa kuat lah tu ye. kat shah alam ni sibuk terasa sgt kat MSU. macam2 allah uji ni kan. semoga kita semua dlm lindungan ALLAH sentiasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kali ni memang terasa almaklumle dekat je tu sumatera dengan malaysia. Aamiin mudahan allah makbulkan doa yan.

      Delete
  5. Allah.. Kuat betul gegarannya sampai Malaysia pun turut merasainya.. Semoga yang baik-baik sahaja.. Aamiin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan semuga Allah lindungi kita dari apa juga musibah. Aamiin

      Delete
  6. Macam-macam bencana alam yang menimpa. Segala isi alam dan bumi adalah makhluk-Nya. Kepadanyalah kita bermohon, dilindungi dari segala mara bahaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah semuga rakyat malaysia di lindungi Allah dari apa juga musibah dan bencana alam. Aamiin

      Delete