Monday, April 25, 2022

Pelita 7 Likur Tradisi di Jalan Daud Muar serta main mercun

 


Assalamualaikum,

Apa khabar semua. Mesti semua dah sibuk membuat persiapan raya kan. Apa lagi dah 2 tahun tak sambut Aidilfitri bersama keluarga dek diserang Covid 19 satu dunia. Alhamdulillah mudahan tahun ini kita dapat meraikan sambutan Aidil Fitri bersama keluarga. Sedih pun ada sebab Ramadan akan meninggalkan kita dan Syawal akan menjelma.

Seingat aku dolu-dolu le.....hehehehe terkonang semasa dolu ni...10 hari sebelum raya selalunya ada tradisi 7 likur. Hah best ni bila malam pasang pelita sepanjang jalan depan rumah. Selalunya bila time macam ni aruah bapak aku akan cari kayu untuk buat pacang letak lampu pelita. Jadi bila dah siap pacang lampu pelita, kena beli minyak gas nak letak dalam pelita. Lampu pelita ni selalunya di simpan setelah selesai hari raya. Jadi bila dah 10 hari akhir tu keluar le lampu pelita tu dari dalam kotak. Check sumbunya dan isi minyak sekali. Pacang dah siap, lepas berbuka puasa, pi cucuh pelita dengan mancis bila dah bernyala sangkut le atas kayu pacang tu.

Kalau kreatif hah kayu pacang tu buat le macam-macam bentuk. Ada yang sederet je tingginya. Ada yang tinggi rendah. Kalau pandai buat le rangka tertentu, bila letak pelita baru lah nampak bentuk dia. Tapi kita orang buat biasa je. hah kalau ada bunga api lepas pasang pelita tu mainle bunga api. Nak main mercun masa tu duit tak banyak...bunga api tu le yang paling murah cap kucing hitam. emmm sekarang dah tak jumpa. Bunga api tu nak cantik besi dia di bengkokkan lepas dah nyala hah gantung kat pokok.....yehhhh lepas tu tepuk tangan. hahahaha memang kanak-kanak sungguh masa tu. kadang kalau nakal sangat hah campak bunga api yang sedang menyala tu atas pokok.....yehhhh cantik menyala-yala atas pokok. hah kalau salah campak tiba-tiba tercampak atas atap rumah hah memang kena perambat le.....sebab kalau silap boleh terbakar rumah weiiiii. Naya je.

Bila dah dewasa sikit kadang ikut kakak keliling bandar pi shopping baju raya sambil tu pi tenguk lampu pelita di sepanjang jalan dari Batu 6 sampai ke bandar. Macam-macam patern lampu pelita di pasang. Tapi yang paling gempak kalau pi ke Jalan Daud. hah dia ada satu padang mengelilingi jalan tersebut. Dan tempat tu femes dengan lampu pelita yang di buat secara besar-besaran. Macam-macam bentuk. Cantik tau.


Hah ni aku cilok daripada Facebook anak-anak muar mengenai lampu pelita 7 likur di Jalan Daud.

PELITA 7 LIKUR TRADISI JALAN DAUD MUAR

Tradisi dekorasi pelita ini dilakukan penduduk sekitar Jalan Daud, Muar setiap kali tiba malam tujuh likur (minggu akhir bulan Ramadan). Lebih 40 tahun tradisi ini dilakukan dengan tema-tema yang berlainan setiap tahun menjelang Syawal.
Bermula pada seminggu sebelum Hari Raya Aidilfitri, anak muda kawasan ini akan bergotong-royong memasang ratusan pelita bagi menaikkan seri menjelang hari raya.
Tema tahun sebelumnya :
2021 - Helikopter
2020 - (Tiada)
2019 - Beca
2018 - Bulan & Bintang
2017 - Keris
2016 - Kereta Sorong Lembu
2015 - Basikal BMX
2014 - Menara Jam Maharani
2013 - Mahkota Di Raja
2012 - Menara Kuala Lumpur
2011 - Jambatan (bersempena jambatan kedua Muar)
2010 - Kapal Selam (Sultan Johor merasmikan acara ini pada tahun ini)
Agak2 apa tema tahun 2022?

kredit Facebook anak-anak muar





Bila tenguk macam ni alahaiiiiii syiok kan. Lah ni aku nampak kat shoppe ada jual lampu pelita tapi led punya, tak yah pakai minyak gas sebab minyak gas dah malah. Pakai bateri je. tak sempat nak beli......hah lain kali lah. Nak tenguk juga camne gayanya.

Apa pun memori dolu-dolu sentiasa mengamit dalam ingatan ku bila nak raya. Tu belum lagi ikut adik-adik lelaki aku main meriam eh ada ke....emm kampung sebelah yang main meriam buluh. Kita orang baik hehehe sebenornya adik-adik lelaki aku tak pandai nak membuat meriam buluh tu....kalau depa tahu emmm rasanya boleh main lawan-lawan meriam dengan kampung sebelah. Dusyum dum meletup bunyi meriam. Seronok tau masa tu. Sekarang ni yang depa terer main mercun roket le. Tak pun yang selamat sikit mercun yang panjang tu. Bila dah terbakar hah tunjuk ke langit. Sedas sedas sehingga habis. Boleh le tu ala-ala main meriam tapi sepicies selamat. kalau nakal sikit mercun katak.....lepas bakar tali dia lepas tu campak kat budak-budak hah melompat-lompat le depa sebab mercun katak tu melompat lompat. Apa lagi gegak gempita le adik-adik aku dengan anak-anak buah aku.
Dah alang-alang aku citer pasal mercun hah ni dia mercun legend zama aku dolu-dolu.
Mercun roket....bahaya weiiii tapi kalau monyet banyak boleh guna buat halau depa.

Mercun katak....menakutkan sebab terlompat-lompat kita dibuatnya bila di campak berhampiran.


hah ni mercun legend dolu-dolu


Mercun bunga....ni cantik tapi nak kena cepat campak bila dah nyala

Ni mercun butterfly. cantik bila dia berpusing terbang.

Ni mercun padi kut....bunyi boleh tahan. Agaknya anak beranak mercun yang dimainkan masa raya cina kut.

Ni mercun pop...buat gegerl main sebab paling selamat. Campak je meletup.

Gambar mercun tu kredit Face book Orang wangsa maju

Lagi satu mercun tarik.....hah ni kalau jadi bahan untuk april fool. Kenakan orang. Ikat kat kerusi member bila dia tarik je kerusi bom dia meletup. Nak tarik sendiri pun boleh tapi takut sikit le.

hah amacam best tak.... tapi aku pernah teringat main pistol pistol gitu. hahahaha siap ada ubat dia tau. Itu memang legend sungguh dah pupus tu sebab dah tak pernah lagi nampak.


12 comments:

  1. menarik pelita 7 likur...mcm2 tema...kt kuala kangsar ada jg, dipanggil pelita panjut..tapi takde tema apa2..cuma rumah2 disepanjang jalan & tepi sungai perak depa pasang pelita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah kan ada orang panggil pelita panjut.

      Delete
  2. CANTIK PELITA 7 LIKUR MERIAHKAN MLM2 AKHIR RAMADAN

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila malam seronok sis tapi sekarang orang lebih suka pasang lampu lip lap je.

      Delete
  3. tema tahun ni mesti mee bandung muar kannn 😅😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mee bandung buat berbuka wak. Nak buat pelita camno nak buat mee juntai-juntai bercahaya ek

      Delete
  4. Helikopter... helikopter... ikut cara tiktok tu heheheee...
    Samalah zaman lah kita ya membesar dengan mercun dan bunga api ejen tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok kan bila jadi budak-budak zaman dulu. hehehehe

      Delete
  5. bunga api kucing hitam dengan yang belang-belang merah putih tu legend. best kan raya kat Muar. tahun ni raya KL je sebab mak ayah kan dah jadi orang tua, anak-anak lain yang balik. ada kesempatan nak usha gak Jalan Daud ni. harap raya kedua, ketiga ada lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan bunga api legend tu. Biasale yang muda berkunjung menziarahi yang tua. Semuga silaturahim berterusan

      Delete
  6. Meriahnya zaman dulu..... rindu suasana lalu! Terkenang zaman kanak-kanak apabila nak sambut raya. Terasa dunia ini ana yang punya hehehehe!
    Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat Notie sekeluarga. Maaf zahir dan batin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan....rindu dolu-dolu. Selamat hari raya amie. Maaf zahir dan batin

      Delete