Thursday, September 29, 2022

Gotong royong perdana - EKSA punya pasal

 

Bilik perpustakaan aka bilik pendaftaran User SMRP

Assalamualaikum,

Tu dia ko habis semuanya berkecah. Ni EKSA punya pasal lah. Setahun entah berapa kali lah nak Audit EKSA.....huhuhu tak larat kadang nak tangani. Dulu femes dengan 5S sekarang nama dah gelemer EKSA  

MAMPU telah mengambil inisiatif untuk menambahbaik pelaksanaan Amalan 5S yang kini dijenamakan semula kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). Langkah ini selaras dengan usaha memperkukuhkan budaya organisasi berprestasi tinggi dan inovatif dalam kalangan agensi–agensi sektor awam melalui penyediaan persekitaran, budaya kerja serta nilai yang menjadi amalan seluruh warga agensi sektor awam.

Secara khususnya, penjenamaan semula ini dilaksanakan bertujuan untuk membolehkan agensi kerajaan:
1.    memperluas pelaksanaan di agensi-agensi Kerajaan bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif;
2.    meningkatkan imej korporat;
3.    menyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasi selaras dengan tuntutan pihak berkepentingan;
4.    menggalakkan aktiviti ke arah mewujudkan persekitaran hijau melalui pembudayaan Amalan Hijau; dan
5.    memastikan elemen pengauditan memenuhi keperluan kepelbagaian agensi Kerajaan.

Selain daripada itu, EKSA juga memperkenalkan model penilaian dan pengauditan baharu yang merangkumi Kriteria Generik dan Kriteria Khusus dengan turut mengambil kira kepelbagaian premis agensi Kerajaan mengikut jenis-jenis perkhidmatan yang diberikan. Pendekatan one-size-fits-all yang dipraktikkan sebelum ini didapati kurang memadai untuk memenuhi keperluan kepelbagaian agensi Kerajaan pada masa ini. Justeru, penilaian EKSA ini akan disesuaikan mengikut lokaliti agensi yang diaudit.

Kesimpulannya, EKSA yang diperkenalkan ini bukan bertujuan untuk menggantikan konsep 5S yang telah sedia ada diamalkan, sebaliknya menambah baik elemen 5S tersebut dengan menyokong kepada pewujudan persekitaran kerja yang kondusif.


Hah tu dia kata MAMPU.


Oleh kerana minggu depan nak Audit jadi hari ni gotong royong perdana diadakan di opis kita orang. Habis tu TP kata nak kasi upkan markah yang semakin merundum. Audit tu nanti ada markah ye tuan dan puan. Bergantung kepada kepatuhan kami kepada  piagam EKSA....hehehe

Selain daripada persekitaran pejabat, tempat kerja masing-masing juga kena patuh kepada hukum EKSA. Hukum-hukum dia hah kena rujuk panduan EKSA lah. Aku pun kadang ikut kadang kalau banyak sangat barang hah kena ikut 6S le. Dulu 5S bila 6S tu pada kita orang pi sorok kat bonet kereta buat sementara waktu. Bila dah habis audit hah kuar balik. harta masing-masing yang di perlukan tapi tak boleh ada bila Audit EKSA. hehehehe 




Lantai yang kotor pun kena cuci juga ye. Jadi panggil lah cleaner maintenance untuk cuci carpet yang kotor. Entah sapa lah yang tumpahkan air kat lantai pantry tu. 

Bilik-bilik 2nd boss.....hah kasi clear fail-fail lama. Isunya bila staf bertukar banyak fail kerja yang tak tahu samada ianya di perlukan lagi atau pun tidak. Bila banyak sangat hah masa tu le kena sorting penting atau pun tidak. Kalau tak buat sorting emmm memang penuh almari dengan fail-fail lama serta dokumen meeting dan sebagainya. 


Ni area partion staff sokongan.  


Tudung tu pemberian dari SR. Cantik tak


Hah ni buku-buku yang rasanya dah tak perlu lagi di letakkan kat satu tempat. Nanti boleh jual




Apa je DD dan Sister buat tu. sampai terpaksa mencangkung depan almari dokumen


Tu dia ko begitu banyak benda yang sepatutnya di buang tapi macam sayang je tapi tak guna pun.


Mesin sredder satu je tapi yang nak di buang banyak. Nanti hasil nya boleh di jual.



Menyemak samada perlu atau tidak.


Pantry dah kemas tengah bersihkan peti sejuk


Ni banyak dokumen dan bahan terbitan yang kita orang sediakan. Ada yang dah berpuluh tahun simpannya. Ada yang banyak dah bagi kat negeri dan hospital tapi kadang ada lebihan yang banyak dalam simpanan kami.


Kawasan penjuru bahan yang hendak di buang


Tengah sorting mana penting dan mana yang hendak di buang atau di sredder kertasnya.




Ni bilik Timbalan Pengarah, Dr Erwyn dan Dr Sofi sedang semak dokumen yang penting atau nak di buang.



Sarapan pagi Hanim belanja manakala lunch pula Timbalan Pengarah pula yang belanja. 


Semua berkecah tapi sambil bergotong royong sambil bekerja. Apa yang penting kerjasama semuanya tip top.

Ok besok sambung lagi.


9 comments:

  1. alamak...yg tengok ni pun rasa penat.
    tp biasalah mana-mana office mesti bila digotong-royong selori juga barang yg tak lagi berguna yg sayang nak dibuang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok juga bila ramai-ramai buat gotong royong. Tapi bila tenguk banyaknya sampah huh pengsan

      Delete
  2. haha. saya suka buat ni. maybe sebab saya suka mengemas. sebab tu sejak 2019 dah start paperless walaupun jual newspaper. contra sangat. apa pun all the best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah bagus lah sal. Mesti seorang pengemas dan pembersih orangnya. Salute lah.

      Delete
    2. Takdelah sangat. Mengemas tu cara saya de-stress. Kadang-kadang bilik bersepah jugak

      Delete
  3. rajinnya dah kemas tentu selema nu mudah nk bekerja kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena kemas sis sebab TP dah bengang markah makin menurun. Padahal rasanya dah kemas pun tempat-tempat teguran. Tapi nak bagi bagus hah buat gotong royong besar-besaran le.

      Delete
  4. Replies
    1. Paksa rajin wak sebab nanti kena tegur juru audit kalau bersepah. Tu yang gotong royong bersihkan opis

      Delete