Assalamualaikum,
Hari jumaat lepas kita orang pi makan kat luar. Yang ni team belakang punya agenda. Oleh kerana Yatt dah lapur diri kat Kelantan dan dapat tangguh 2 minggu lagi, jadi kita orang pun plan nak bawa Yatt makan kat luar. Belanja dia makan dan meraikannya. Aku dah pening nak pi mana. Bila teringat masa farewell Kak Adah yang team Rekod Perubatan buat emm apa lagi aku pun terus tanya Mekza camne nak book makan kat Indus Cafe Bora Ombak lagi. Dapat je contact person terus booking untuk 11 orang dan terus bayar harga. Nampaknya harga makan dah naik. Masa Kak Adah bulan 7 tu harga sekepala dalam RM31 tapi kali ni dah naik RM35. Aku dah malas nak cari lain hah terus je lah proceed.
Jadi kami keluar awal untuk lunch dengan izin boss. Tapi ita masih lagi dalam meeting jadi dia sampai lewat sikit. Matron Jay pun join. Lama dah tak jumpa selepas pencen. Bila matron Jay sampai aku suruh Yatt bawa ke cafe sebab Matron Jay tak tahu jalan. Sebenornya kita orang nak pi tempat lain dulu. Matron Siew ada buat bouquet coklat kat Prisint 15. Ni kiranya surprise le kononnya.
Sampai je tenguk meja kita orang di dalam Cafe dan kami yang terawal sampai. hahahaha dia punya syiok dapat makan luar sampaikan kul 12 dah sampai Cafe. hehehe
Dr Erwyn bagaikan kumbang di kelilingi bunga-bungaan yang bagi surprise bouquet tu pada Yatt.
Ok jom tenguk menu-menunya. Hah kerabu daun selom ni sedap.
Ada kek velvet tapi sedikit. Bila nak makan eh dah habis. Yang tengah tu tak berapa suka sangat sebab manis.
Ayam panggang. Pelanggan tak ramai booking jadi dia buat sikit je.
Ikan berlado....sedap
Kari daging dia sodap. Lembut isinya dan kuahnya pekat melekat.
Ada sayur terung.....yeh my peberet. 2 kali tambah....makan sayur je ye....aiyakkk
Hah depan pintu masuk dia bagi kami duduk.
Makan sambil membawang.....semua kata makanan sedap. Jadi aku pun suka hati lah sebab pilihan yang tepat. Bila kawan puas makan kita yang booking pun jadi suka dan gembira sebab dapat memenuhkan pewut kawan dengan sonang hati.
Matron Jay pun suka. Seronok sembang dengan matron sebab kami dah lama tak bertentang mata sejak PKP melanda. Ni dapat jumpa walaupun sekejap kiranya puas hati lah.
Matron Siew ni penganti Matron Jay bila dia pencen. Suka masak macam Matron Jay juga. Seorang yang peramah macam Matron Jay juga. Jadi bila ganti Matron Jay, Matron Siew cepat je mesra dengan team belakang. Geng kamceng beb.
Ni dah selesai makan sambil menyembang.
Posing sebelum balik
Sweet tak kami berdua. memang miss lah Matron Jay. Kadang bercerita masalah masing-masing sambil mengadu hal. Kalau sedih sama-sama nangis berdua. Kalau suka ketawa bersama.
Ni aku suka. Keluarga Malaysia. Tak sangka kami rapat dan mesra bila bekerja bersama.
Alhamdulillah. Syukur dapat kenal mereka-mereka ini. Satu pengalaman kehidupan dengan mempunyai kawan-kawan yang baik. Semuga aku sentiasa di kurniakan dan di jumpakan dengan orang yang baik-baik di mana saja berada. Aamiin
Hari ni last day Yatt di tempat kami. Minggu hadapan dah kerja di Hospital Kuala Krai. Semuga di permudahkan urusan dan semuga kita dapat berjumpa lagi.
Chaiyok chaiyok Yatt.
seronok Yatt dapat bekerja di kampung halaman...lebih rileks...sedap2 makanannya..
ReplyDeleteMemang seronok kalau dapat balik kampung kerja berhampiran dengan keluarga. Kami je yang akan merinduinya
DeleteApa boleh buat. Mana-mana pun harga naik. Takpelah janji kawan haooy
ReplyDeletetu lah hendak tak hendak kena hadap juga. Tapi geram sebab asyik naik je bila nak turun pun tak tahu...huhuhu bertabah le dengan kehidupan kenaikan harga barang.
DeleteBestnya makan-makan. Menu semua sedap2 belaka. Salam kenal sis.
ReplyDeleteTang makan memang sodap jo...hehehehe selamat datang yang.....maaf le tak sempat bentang karpet merah ni asyik karpet terobang jo.....hahaha
Deletemeriahnyerr., ;p
ReplyDeleteGeng belakang sikit je wak. Geng kamceng gitu
Delete