Monday, December 12, 2022

Menteri Kesihatan Perempuan pertama di Malaysia

 




"Setelah 67 tahun ditubuhkan, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA hari ini melakar sejarah apabila buat julung kalinya menerima menteri dalam kalangan wanita bagi menerajui portfolio itu" - Utusan Online



KENYATAAN MEDIA
9 Disember 2022
Menjadi satu sejarah negara apabila terlantiknya wanita pertama menerajui satu kementerian yang miliki 40 Unit atau bahagian, dan kedua terbesar selepas Kementerian Pendidikan. Pastinya merupakan suatu cabaran yang perlu dipikul dengan baik.
Semalam, 8 Disember 2022 saya telah menghadiri sebuah wawancara bertajuk “Bersama Pemimpin” bersama Bernama Radio. Persoalan-persoalan yang dikemuka adalah sekitar aspirasi selaku Menteri Kesihatan.
Jika ingin dinyatakn misi dan visi, tentunya akan memastikan visi dan misi selaku Menteri Kesihatan selaras dengan Visi dan Misi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang telah termaktub, di samping memastikan setiap perkara dilaksanakan selari dengan dokongan kerajaan perpaduan.
Melihat suasana masyarakat yang sedang disaji dengan agenda perkauman yang sempit oleh sesetengah ahli politik, perlu difahami dan ditekankan bahawa sektor kesihatan ini adalah untuk semua tanpa mengira agama, bangsa dan latar belakang.
Agenda mengutamakan rakyat merupakan keutamaan oleh pentadbiran Kerajaan Perpaduan ini. Setiap pemimpin pastinya akan memikirkan apa yang ingin dibawa kepada rakyat, tetapi kita kadang-kadang terlupa ada perkara yang rakyat sendiri mahu kita laksanakan.
Sebagai Wanita pertama yang menduduki jawatan Menteri Kesihatan, sudah pasti naluri keprihatinan itu amat tinggi untuk memenuhi apa yang diinginkan rakyat dan warga penjawat awam dalam sektor ini. Walau perkara-perkara yang menghujani dalam komentar dan mesej-mesej di media sosial itu adalah perkara berbangkit sejak dahulu, kini adalah menjadi tanggungjawab di bahu wanita selaku Menteri ini mencari jalan penyelesaian terbaik.
Mengulas persoalan dan harapan mantan Menteri Kesihatan yang berharap agar dapat meneruskan perjuangan membawa sektor kesihatan ke peringkat lebih cemerlang, jawapannya sudah pasti akan diteruskan mana yang memberi manfaat besar kepada negara dan rakyat.
Selain itu, terdapat juga beberapa perkara yang perlu diteliti semula atau ditambah baik. Tidak terkecuali pasti ada kemungkinan perkara yang perlu diketepikan selari dengan kehendak semasa. Namun begitu, dalam membuat keputusan yang besar melalui sektor yang terpenting ini, perkara-perkara tersebut sudah pasti perlukan masa untuk ditekuni satu persatu.
Buat masa ini, masih dalam proses meneliti segala polisi yang sedia ada supaya keputusan pada masa mendatang adalah selari dengan agenda mendahulukan rakyat, dan mencapai matlamat Kerajaan Perpaduan ini.
DR. ZALIHA MUSTAFA
Menteri Kesihatan Malaysia

Kredit FB KKM 

Alhamdulillah minggu lepas Hari Isnin, 5hb Disember 2022, KKM mendapat big boss baru , perempuan pertama di lantik menjadi Menteri Kesihatan. Satu pencapaian terbaik buat Doktor Perempuan di Malaysia. Apa pun selamat datang YBMK Dr Zaliha Mustafa.




Ini adalah biodata mengenai Menteri Kesihatan yang baru. Semuga di bawah pentadbiran beliau , KKM menjadi lebih bagus dan berkembang maju setanding dengan negara lain. 




Hari Rabu setiap hari ada jualan Puspanita di koridor bersebelahan dengan cafe. YBMK Dr Zaliha telah membuat lawatan di cafe dan melihat jualan yang ada. Sambil beramah mesra dengan warga KKM sambil melihat situasi di bangunan KKM. 



No comments:

Post a Comment