YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan hadir ke Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Ibu Pejabat KKM hari ini.
Dalam ucapan beliau, YB. Dr Zaliha menyatakan komitmen beliau untuk meneruskan usaha peralihan daripada penjagaan pesakit kepada penjagaan kesihatan dan kesejahteraan rakyat, memastikan penjagaan kesihatan golongan wanita dan kanak-kanak serta warga tua sentiasa diberi keutamaan melalui komponen sistem kesihatan primer, memberi tumpuan khusus untuk menangani peningkatan penyakit tidak berjangkit dan mereformasi penyampaian perkhidmatan kesihatan negara khususnya melibatkan tempoh menunggu lama di fasiliti kesihatan, pemodenan fasiliti dan waktu operasi yang lebih fleksibel.
YB Dr. Zaliha turut mengumumkan inisiatif baharu KKM iaitu pemberian tuala Wanita percuma bagi menangani isu 'period poverty' yang secara perintisnya akan dilaksanakan di Ibu Pejabat KKM.
Majlis diteruskan dengan penyerahan kamera badan kepada pegawai penguat kuasa Program Kesihatan Awam dan Program Farmasi. Selain memastikan ketelusan dalam pelaksanaan penguatkuasaan, pemakaian kamera badan ini dapat menjaga kebajikan dan keselamatan pegawai penguatkuasa semasa melaksanakan tugas serta memelihara integriti dan meningkatkan imej KKM.
Turut hadir, YBhg. Datuk Harjeet Singh, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan dan YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham bin Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan.
Kredit FB KKM
Assalamualaikum,
Semalam masa perhimpunan bulanan aku dan Matron Siew pun hadir mewakili unit pejabat kami. Maklumle kita orang excited nak dapat Menteri baru , perempuan pulak tu. Hah apa lagi lah bila takde orang nak hadir , aku dan matron Siew offer diri. Sampai je kat tingkat 8 eh ada pemberita lah. Wah masuk tv tak. hehehehe. Jadi kita orang cari tempat duduk bahagian tengah dan depan le sikit. Nanti boleh tenguk YBMK baru.
YBMK berucap
Tapi dalam ucapan beliau satu inisiatif baru akan di buat. Kiranya perintis lah di ibu pejabat iaitu pemberian tuala wanita percuma di bilik air. Hah....dalam hati aku...lorrr takde idea lain ke. Awat buat pertama kali di ibu pejabat. Napa tak bagi kat sekolah atau pun di klinik-klinik di kampung-kampung dimana penduduknya miskin. Ni buat kat ibu pejabat.....hish hish takde idea lain ke. Mahal sangat ke tuala wanita sampaikan nak di beri percuma. aduhaiiiiii jangan nanti netizen bahan kan benda alah ini. Rupanya betul bila aku baca komen dalam facebook KKM...macam-macam yang timbul. Aduhaiiii
Penganugerahan kamera badan bagi petugas lapangan ni aku sokong. Sebab mereka kadang berhadapan dengan orang ramai. Kiranya ini satu keselamatan buat warga KKM yang bekerja di front liner.
Para petugas berasa bangga di atas pentas bersama dif-dif kehormat. Semuga petugas KKM sentiasa di lindungi Allah tidak kira di mana berada.
Selepas ucapan dan penganugerahan kamera majlis pun berakhir. Ni selfi kami berdua, kiranya bukti hadir. hehehe
Majlis dah berakhir kita orang pun balik le. YB YB kehormat agaknya nak bertemu dengan petugas media selepas tu.
kekdg period dtg, tak prepare pad, ada pad percuma...utk kes2 emergency...bagi peluang, baru lagi jd YBMK..
ReplyDeletehah tu kena buat persediaan awal katanya. Nak bagi percuma tu ok lah tapi bila letak di ibu pejabat rasa macam tak sesuai sebab semua ada gaji...beli lah sendiri.... hehehe. Kat kampung yang kerja sendiri hah bagi le percuma.
Deleteyg penting letih bukti selfie sbg hadir tu yg penting., hehehe
ReplyDeletehahaha selfie tu bukti glemer. Dah scan kehadiran lah wak.
DeleteSaya pun terfikir benda yang sama. Tapi nanti pandailah diorang nak distribute pad tu pada yang perlu
ReplyDeleteTapi ada terbaca sepatutnya kementerian wanita yang lebih afdal. KKM patutnya isu yang lebih besar. Macam kesihatan mental yang serius sekarang ni selepas pandemik berlaku. Ex opismate akak bunuh diri sebab masalah mental. Hah tak serius ke tu.
DeleteBagus juga kalau ada tuala wanita diberi percuma di sekolah... hehehee sebab selalunya cikgu yang kena beli dan simpan kalau-kalau ada murid mengalami kebocoran.
ReplyDeleteTu lah yang sepatutnya. Letak di tempat yang lebih memerlukan bukannya kat tempat yang orang ada duit dan boleh beli. Kesian rakyat di pendalaman yang memang memerlukan.
DeleteDr zaliha mustafa. Tolong tenggokan jalan jalan di segamat baru. Banyak sangat lubang yg berlubang kembali setelah ditampal. Meresahkan warga sekitar.
ReplyDeleteLah ye ke. Hari tu time mengundi pergi Segamat cantik je jalannya. Terutamanya jalan jementah segamat. Dah tak ada lagi jalan korner-komer yang teruk macam dulu. Segamat baru pun dah membangun banyak taman di buka. Cantik apa Segamat sekarang
Delete