Tuesday, February 21, 2023

Jualan di E2 putrajaya


Assalamualaikum,

Macam yang aku cerita sebelum ni setiap hari Isnin , Rabu dan Jumaat ada jualan peniaga kecil-kecilan di sekitar E2, E7. Letak meja sekeping je dah boleh berniaga. Sewa sehari pun murah. Warga Parcel E memang seronok lah sebab boleh membeli makanan  dan macam-macam lagi jualan selain dari jualan di cafe Hj Jelani tu. Dah le mahal kadang jualan lauk pauknya asyik itu-itu je. Jadi bila ada jualan ni memang kami menunggu le. Kadang sanggup sarapan ringan sebab nak beli makanan kesukaan waktu tengahari. Jualan ni hanya berfungsi sewaktu masa rehat tengahari je lah.   

Selalunya sekitar pukul 12 sudah ada peniaga yang datang menyiapkan meja jualannya. Makala kita orang pula time ni lah keluar awal sebab orang belum ramai lagi. Kalau tak emm nak jalan pun susah sebab sempit.

OK aku bawa kalian pusing keliling sepanjang coridor melihat hasil jualan. Kalau yang viral dan sedap tu emm memang beratur panjang le orang yang nak membelinya. Rena redho le kalau lambat sikit dah beratur panjang.

 Kalau E2 di sepanjang coridor pejalan kaki yang digunakan untuk membuat jualan. 

Jom kita cuci mata ye. Kalau teringin hah moh le ke Parcel E putrajaya ye. 


Tenguk le ni...popia bersira pedas dengan kuih keria.  Dia punya likat melekat sira ladanya. Nampak ranggup kan.


Yang ni menjual  makanan Arab sebab selain dari nasi Arab ada juga kebab. Cuti sekolah adik ni seronok menolong bapanya berjualan. 


Desert dia mengancam sungguh. Aku cuci mata je ni. Bagus adik ni menjual produk hasil tangan sendiri. tart comel-comel. Cupcake pun kiut miut.  


Pasembur pun mai juga ya. Tak mahu ketinggalan menyertai jualan. Ok lah ada sebekas Rm 7, ada yang rm10 ikut banyak pasembur kita mahu. 


Hah nasi ayam ni femes. Sebelah kiri orang sedang beratur panjang tapi aku tak ambil gambar mereka lah. Nanti depa marah ada mamarazi lah pulak. Kata Dr Hafiz sedap nasi ayamnya. Aku pulak kalau beratur panjang emm susah sikit nak join sama. Maleh nak beratur.


Hah sushi pun ado. Seketul Rm1.20. Sedap.  Boleh beli macam-macam perisa. 


Hah ni donut viral yang beratur panjang tu. Tapi aku tenguk sejak dah naik harga dari Rm2.50 kepada rm3 orang macam dah kurang sikit. Ni nampak orang tak ramai aku beratur belikan untuk kawan-kawan dari JKN Johor yang datang ke opis aku.



Hah tenguk le tu kiri kanan barang jualan. Laluan di tengah jadi sempit.


Ada juga jualan nasi macam-macam jenis dah pack-pack siap. Kalau pack besar mahal lah dan banyak bahannya. Yang kecil murah le sikit. Ikut poket masing-masing dan tekak masing-masing nak makan apa.  


Aku selalu beli yang ini. Western sebekas RM10. Kenyang beb. Ada ayam panggang seketul dengan salad kentang. Sedap. Kenyang makan sorang. Ni semuanya Rm10. Tapi lain-lain jenis.  


Ada juga jual sambal. Macam-macam jenis sambal. Sambal hitam le, sambal penyet le, sambal tempoyak le hah nak sambal apa. Semua ado.  


Selain daripada makanan ada juga sayur-sayuran segar. Hah nampak tu sayur kampung pun ado. Ulam raja, tempe serai. Hah boleh beli kalau stok barang dapur dah habis. 


Yang ni pelbagai asam jeruk buat ngeyel-ngoyel waktu kerja kalau ngantuk. hehehehe 

Tepung pelita pun ado. Tak cukup pelita di rumah hah beli tepung pelita masuk peti sejuk boleh makan waktu minum petang. Sedap 


Selalunya aku beli limau yang kecil-kecil tu. Kadang sekilo Rm10 kadang Rm12 ikut lah permintaannya. Kalau banyak harga murah sikit kalau susah nak dapat harga mahal. Yang best kadang epal yang sedang tu 14 biji Rm 10. Tapi yang ini ikut piring kecil. Kadang kalau tak salah sepiring tu rm5. Tapi yang ini aku lupa nak tanya. Aku nampak limau je. Dapat beli dah tak pandang lain.

Anggur takde biji tu kadang pun ikut musim.  Nampak pisang kaki. Pisang kaki pun kadang mahal. Ikut musim lah. Kalau dapat yang cantik merahnya sedap kalau dah masak. Cuma kena kopek le. Kulit dia keras sikit.


Hah yang ni emmm tenguk le berbalang-balang air macam-macam jenis. Kalau musim panas agaknya layan ni sedap kut. 

Ada satu gerai tu dia jual air tembikai. Dia proses sendiri. Sedap macam kita buat kat rumah. Selalu laku air dia. Hah yang tu aku layan.

Dah ngences tak tenguk menu jualan yang aku tayang-tayang ni. hehehe

6 comments:

  1. ada usaha pasti ada rezeki...bila dah ada peluang jangan pulak niaga harga merapu rasa merepek pulakkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah yang tu kalau ada orang dah cuba lepas tu bagitau kawan yang lain. Hah boleh tak laku kalau buat camtu sebab gosip orang dari mulut ke mulut. Selalu macam tu lah kalau dah test rasa tak sedap lepas tu mahal emm memang tak pandang lagi le.

      Delete
  2. Saya dah lama tak makan popia sira pedas. Nak buat sendiri malas, nak beli tak ada orang jual.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali pekena sedap kan. Tapi kadang pedas sangat entah kenapa lada sekarang pedas lah. Kalau pedas sangat hilang rasa sedapnya.

      Delete
  3. Adoi.. Memang ngences dibuatnya.. hahaha.. Mujurlah jauh, kalau dekat mahu terjah tiap minggu.. kikiki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita orang tiap minggu pergi tak boleh miss. Ala seberang jalan je

      Delete