Thursday, February 16, 2023

Projek menghabiskan beras pemberian Ku Nan

 



Assalamualaikum,

Tajuk memang tak menahan sungguh. Padahal projek makan-makan. Tajuk gempak sungguh. 

Hari ni macam biasa beras pemberian Ku Nan yang Doktor Mimi beri masih ada lagi. Jadi geng belakang apa lagi lah buat potluck lauk dan  lawan dengan nasi yang berasnya di masak kat pejabat. Jadi hari Jumaat semua orang ada jadi on le agenda tersebut.

Pagi-pagi aku dah sampai opis terus je masak nasi. Kat rumah aku dah masak sambal sardin dengan goreng mee siput serta ikan kering. Daun selom pun aku bawa boleh lah layan dengan budu dan sambal belacan ita bawa nanti.


Matron sampai je terus agendanya buat kerabu soohon.


Bersihkan daun selom yang aku bawa dari rumah



Matron buat kerabu soohoon. Memang sedap. Apa lagi chef dari siam memang le expert. 



Seronok tenguk matron buat kerabu soohoon.







Bahan-bahan dah siap terus di gaul semuanya.  



Nasi dah siap dan lauk pauk dah sedia. Kerabu soohoon pun dah siap. Hah apa lagi jom sarap.



Kerabu soohoon matron laris sungguh. Kari Lizah pun sedap. Pekat sungguh kuahnya. Aku kidnap ceker ayam sebab lisah letak yang atas sekali dalam karinya. Yeh dapat makan ceker ayam.

Ikan aya dengan ayam entah apa masakannya Iza bawa. 



Bila dah siap....kami panggil semua jemput makan. Malahan boss kami pun join sama. Makan ramai-ramai. 



Best tak tenguk masakan yang di bawa oleh geng belakang. Pa Bos ada buat nasi ambeng untuk jualan. Jadi dia bagi lauk sambal goreng dengan ayam masak kicap. Dr Mimi bawa daging salai masak lemak cili api. Puan suzani bawa bergedel. Comel-comel bergedel dia. 



Ni lah hasil yang aku ambil. Jemput sarapan aka lunch sekali. hehehehe pagi-pagi dah makan berat. Tengahari tak yah pi jualan hari jumaat lah sebab semuuanya dah kenyang. Yummy penuh lauk satu pinggan.





  


8 comments:

  1. seronoknya bila office ada ramai staff camni...
    pssttt.. lepas makan ceker ayam laju tak berlari?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah depa pun seronok bila buat potluck selalu. Makan ceker sebab kolagen banyak nak awet muda. Nak lari huh bawak badan pun tak larat lain le cam ammi. Comel sokmo.

      Delete
  2. wah berkenduri beras kunan ya Alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah habis sis. Buat 2 kali selesai 1 kampit. Masak nasi letak daun pandan pagi-pagi semerbak bau kat opis. Semua pun serbu kat pantry. Alhamdulillah rezeki semua di kongsi bersama.

      Delete
  3. Hahahaa... kelakarlah Notie. Tak apa, gempaq sekali-sekala memang menghiburkan.
    Seronoknyalah rewang-rewang begini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayat gempak je padahal sessi makan-makan je. hehehe

      Delete
  4. SA pun suka ceker ayam...buat sup ke masak kari ke..suka aje...hehehe...seronok berkumpul ramai- ramai macam ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus makan ceker kolegen banyak. Yang best lagi kalau empuk sangat sampaikan tulang pun relai...hah tu lagi sedap

      Delete