Opss terlebeh sudah pulak citer psl kojo yg tak abis2 tu. Ok berbalik kisah di pesta buku kali ini aku cuma pergi last week je iaitu sabtu dan ahad penghabisan pesta. Macam tahun lepas awal dan akhir dok pi datang tak habis2 ke pwtc tu. Penat ke sengkek ke apa ke huh tak kisah janji hati sonang jo. Ialah feveret aku adalah novel. Teringat masa opis masih lagi kat pwtc bila time pesta buku je time rehat pun sempat pi jenguk. Balik mesti bawa 1 ke 2 buku...hehehe la ni jauh pi hujung minggu je la ye. Tu psl bila pi je hah mak ko seguni aku rembat...novel yg ada tu kalau buat library mesti entah berapa hari berapa malam dok belek novel je...aiseymen.
Ok balik tajuk asal, hari sabtu dah janji dgn kaknoor naik Lrt sama tapi plan janji berubah dek kerana aku dah salah time. Kaknoor janji pukul 10 tapi aku igt pukul 9. Jadi bila kul 9 sampai kat umah en Din sekali dia kata belum siap lagi kek yg di tempah. Aku rasa mcm dia baru bangun tidur je. Lepas tu dek kerana menjawab talipon dan aku salah parking keter aku dah tersalah masuk jalan. Rupanya jalan tu sehala dan aku masuk bertentangan hala. adehuaiiii dapat sound baik punya beb dari tokeh roti canai dek kerana aku dah salah masuk laluan. Kat flat tu huh memang susah parking.... tapi sabor je lah ye pakcik roti canai.... aku jawab je lah sori sori....salah masuk jalan. Habeh camno dah termasuk nak pusing balik pun sikit punya seksa dgn keter berderet2 tepi jalan. Tak pe jadikan pengajaran. Nasib baik plet putrajaya dah sah le dia kata aku sesat. tak pe le labu....
Jadi oleh kerana dah salah time aku pun jalan dulu le tapi bila dah dlm tempat tunggu lrt tu aku dah bingung sengsorang je jadi tunggu le kaknoor juga nak pegi saing sekali rupanya dia lalu jalan lain dan aku tunggu tempat lain. Bila bersms dia dah dlm tren aku masih tercanguk kat lrt tasik selatan. huwaaaa. Jadi aku pun naik je le tren sekali nacha call dia baru sampai lrt bdr tasik selatan dan selepas tu en Din pulak call dia dah sampai Pwtc tapi aku masih kat stesen lagi....alahaiiii terpaksa le en din tunggu aku depan steseyn LRT pwtc. Nasib en Din ada nak beli barang kat chowkit jadi takde le mareee.... Sowi ye En Din lain kali saya orde lagi.
Dapat je kek lepas tu tunggu nacha baru le pi booth JS. Nacha terus ke NB kara booth sebab depa dah panggil nak celebrate besday Yati.
Kek Tirumisu kata si Pinggu
Kek untuk novel Damai tapi huwaaa en Din tertinggal nama kaksu le aiseymen padahal kek ni special tuk kaksu. Alahaiiii labu
Booth JS begitu mendapat sambutan dengan orang ramai....aduhai semput nafas aku dok booth JS. Bagi kek siap-siap pada kaksu aku pun terus cabut ke NB Kara booth.
Tenguk le tu sesak kat booth Js, itupun aku tak ambik yg di depannya. Kalau dalam dah sesak apa lagi kat luarnya...nak berjalan pun rasa semput nafas.
Novel Damai dan penulisnya.
Kat booth NB kara tak berapa sibuk sangat jadi syok le melepak dgn kaknoor, iejay, dan nacha. Kak uda pun ada dgn geng kicap. Depa tunggu nak celebrate besday Yati.
Dgn geng kicap aku menempel je..hehehe
Oleh kerana lama lagi aku pun menyelinap pegi ke booth kaknovel nak ambil buku baru ila. 2x5 satu tajuk yg best. Congrats ila. Novel ila yg pertama baju pengantin mak andam memang best siut. Tergolek dok aku baca bila part kelakor giler. Memang syok baca.
Tenguk tu kek sampai 2 dgn tak cukup tgn nak sign dgn nak potong kek...hehehe
Aku tumpang nyibuk je makan kek...hahahaha
Chewahhh besday gurl potong kek
Amboi kaknoor dgn nacha bukan main makan...yum-yum sampai tak cukup mulut nak masuk hahaha
Yummy nak kek....sodappp
Selepas celebrate besday yati kami pun pergi ke booth alaf pulak carik novel. Tapi fulamak orang sikit punya ramai...sampaikan nak bayar pun rasa terhimpit dek ramainya orang. Dapat buku kak anis, norzailina dan aleya anesa. Buku rozita dan buku ryana habis laku. Terpaksa kirim dgn ryn besoknya.
Penuh kat booth alaf21
Ni lepak kat tangga depan booth JS sambil makan kek lagi. hahahaha ni kek yg aku bawa tadi. Kek carot tu dah biasa dan memang khas untuk kaksu. Manakala kek tiramisu tu special aku bagi sebab nak rasa sedap ke tak. Fuh semua kata sedap. Masa aku sibuk potong dgn syud si pinggu dtg nak rasa. Lepas tu hubby kaksu tanya sapa buat kek tiramisu sebab selalunya kek ni ada letak arak. Aku cakap en Din takan le dia nak letak arak pulak da.... si pinggu kata ada org kata kek tirumisu. Tapi memang best walah le kek tersebut. Dah jemu carrot kek dgn chesse kek lainkali nak order tirumisu lagi lah. Semua kata sedap dan murah. cheh promote le sikit kek en Din ni...Tapi memang le sedap lepas tu murah pulak tu. Bayangkan 1 kilo dia jual RM40. Lepas tu kadang cheseenya rasa banyak je. Sodap beb.
Dah habis beli novel dan dah habis makan apa lagi le chau balik. Ikutkan aku masih banyak lagi nak beli tapi dek kerana fulus ciput je aku bawa dan tak kuasa nak carik kawanku... apa yg ada le itu pun main aku main tarik je beg sebab berat. Ada 13 buku rasanya. Lepas tu si liza kirim belikan novel tu yang jadi berat sih nak bawa. Macam si ryn lagi best siap bawa beg tarik yg kecil jadi sonang je main tarik je beg ke steseyn LRT. Senang kan.
Hari ahad aku pergi lagi tapi dah petang sebab ada beberapa buku JS aku tak beli lagi tapi dah bisik2 kat kaksu buku apa aku nak. Lepas tu buku karnadya dan fajar faker aku tak beli lagi. Hah buku rose harisa kat PTS tak pegi beli lagi tu jadi ari ahad dlm kelam-kabut dah petang lepas balik opis je aku pun pegi lagi ke pwtc dan adegan zup zap beli buku. Novel kak aina amir mesti tak ada pada setiap pesta buku. Selain daripada tu dgrnya novel kau laksana bulan karya kak aina dijadikan drama. Wah pelakon semuanya mantap sih. Ada zulhuzaimi, fizo,asyraf muslim. Pelakon perempuan Ayu Raudah. Jadi tunggu pada tarikh bila ek... em 19 April 2010 di TV2. eh kalau hari isnin citer lara ke dah nak habis. Kau laksana bulan ada 13 episod jadi kita tunggu je lah ye. Hari isnin 8.30 malam kut jadi tunggu sajalah. Aku pun dah lupa samada ada baca atau tidak kau laksana bulan ni dan dah lupa macamana ceritanya.
Balik semula kat tmpt eijay dan balik saing sebelum singgah kat booth JS. Masa balik hujan lebat terpaksa le tunggu. Emm sampai di rumah alamak aku tak sempat nak beli majalah la pulak....aduhaiiiiin Rasa, Saji, Laman Impian.... alahaiiiii ada offer tu....aiseymen. Pesta kali ni aku tak puas merayap le sebab tak ada masa nak pegi. Dah le tu sabtu ahad memang penuh je orang jadi macam tak enjoy nak pegi satu booth ke satu booth macam tahun lepas. Booth creative pun aku tak jengol....emmm tunggu tahun depan le nak kena pastikan dapat menjelajah semua booth sambil memenuhi kepuasan hati dalam membeli buku. hehehehe Kiranya itu satu terapi lah dalam melegakan ketensenan aku. Ada ke macam tu.... Hentam saje lah labuuuu
No comments:
Post a Comment