Sinopsis: Berada di dalam lingkungan keluarga sendiri, terasa diri bagaikan orang asing. Sejak kecil, jiwa Wafiya menderita. Diri seolah dinafi kan hak sebagai anak kandung apabila ibu bapa sendiri menyayangi orang luar melebihi dirinya sendiri.
Ternyata alam rumah tangga merubah segalanya. Dalam marah dan dendam, masing-masing saling mencuit hati, mengusik rasa. Wafi ya yang sengaja mengasingkan diri, tanpa sedar menyentuh jiwa Arsyad. Dalam keras, ciri-ciri kelembutannya tetap terserlah. Namun, bila harapan itu ada, badai taufan mula menampakkan diri, menghempas pantai, menjahanamkan sinar.
Bisakah dia mengecap nikmat bahagia, atau bahagia itu sememangnya tidak tercipta untuknya?
Ianya mengenai wafiya dimana dlm blog dulu namanya wafi em mungkin wafiya lebeh comei kut. Ok berbalik pada Percaya Ada Cinta ni lebeh kepada percintaan dan kemelut antara Wafi, Arsyad dan Rasya. Arsyad merupakan boyfren Rasya semasa menuntut di luar negeri walaupun sebelum keluar negeri Rasya telah bertunang dgn abang Wafiya iaitu Amer. Aku kesian kat Amer yang tidak tahu dirinya dicurangi oleh tunang tersayang. Dan kesian juga pada Arsyad yang dibohongi oleh Rasya hanya kerana kepentingan diri sendiri. Dan yang menjadi mangsa adalah Wafiya sebab dipaksa kahwin dengan Arsyad walaupun Wafiya mencintai orang lain iaitu kawan di kampusnya. dan akhirnya terbongkar rahsia yang selama ini terpendam bertahun-tahun mengenai identiti yang sebenar mengenai Rasya.
Walaupun di paksa kahwin tapi Arsyad redha dengan perkahwinan tersebut walaupun sudah terang Wafiya tidak mencintainya. Tapi sabar betul Arsyad melayan kerenah Wafiya dan juga gangguan Rasya yang masih nak sambung percintaannya dahulu walaupun dah jadi isteri Amer. Hish geram betul aku dengan Rasya bila selalu sahaja nak sakitkan hati Wafiya tapi nasib baik lah Wafiya setelah dewasa bangun melawan Rasya yang selama ini suka membulinya. Dan aku sedih bila meilhat Wafiya terkial-kial nak menawan hati keluarganya bagaikan pengemis sahaja padahal anak sendiri. Dan akhirnya terbukti orang yang disanjungi dan disayang-sayangi selama ini hanya ada semasa senang ja tapi bila Mak Wafiya lumpuh tak nampak bayang pun. Malahan anak yang di benci selama inilah yang menjaga dan merawat sehingga sembuh. Cuma aku tak puas hati kenapa mak dan bapa Wafiya membenci Wafiya hanya kerana dia menyebabkan kematian abang Rasya. Takan le kerana itu sebabnya. Macam ada benda yang tidak terhurai dengan sepenuhnya. Apa pun seronok dan romantik melihat Arsyad melayan dan mencuba menawan hati isterinya walaupun pada mulanya terasa sukarnya nak menawan hati Wafiya. Apa lagi dengan kerenah Rasya yang masih terusan menganggu Arsyad. Akhirnya dengan berkat kesabaran Arsyad bahagia itu menjadi milik mereka berdua. Hepey ending yang sweet sangat.
best gak cite ne.. bru je bca skt tp blh thn gak la...
ReplyDeleteassalamualaikum w.b.t
ReplyDeletesaya dah lama mencari novel nie..
kbnyakan di kedai2 buku dah xda.hampanya...
Salam. Laaa siannya. Tak cuba tanya kat alaf ke? Pesta buku mungkin ada jual kut.
ReplyDelete