Tuesday, April 13, 2010

Ruang Rindu - Rozita Abd Wahab

Ruang Rindu - Rozita Abd Wahab

   Sinopsis  Rasa cinta tidak boleh dipaksa-paksa wujud di dalam hati. Begitulah yang dialami oleh Camelia, seoranag gadis tomboi apabila ditunangkan oleh emaknya dengan Halil, yang tidak dikenalinya. demi maruah keluarganya, dia terpaksa meneruskan pertunangan itu.
  
   Suatu hari, Camelia telah dihantar berkursus di Johor Bahru. Tanpa diduga dia bertemu Halil bersama perempuan lain yang mengaku sebagai tunangnya. pertemuan itu menggembirakan hati Camelia kerana dia telah mempunyai alasan yang kukuh untuk memeutuskan pertunangan mereka.

  Halil berasa kesal apabila pertunangan mereka diputuskan. Dia nekad untuk membuang perangai playboynya dan memikat hati Camelia semula kerana gadis itu telah terpahat di ruang hatinya. Namun, kemunculan Tuan Amir yang diperkenalkan oleh camelia sebagai teman lelakinya menghancurkan hati Halil.

  Berjayakah Halil membuka pintu hati Camelia untuknya atau dia terpaksa berputih mata melihat Camelia bersanding dengan Tuan Amir.



  Seperti novel Rozita yang lain aku memang suka dengan tulisan dan ceritanya dan kali ni memang kelakor dan best. Ceritanya mengenai Camelia yang tomboy tapi cantik. Sebab tu dia ramai peminat walaupun gaya cam lelaki ala tomboylah katakan. Walaupun begitu Lia amat menyayangi keluarganya walaupun di paksa bertunang dgn Halil yang entah sapa-sapa yg dia tak kenal tapi dek kerana keluarga dan juga rupanya mak Halil adalah cikgu sekolahnya zaman kecil dahulu yg sayang kat dia jadi diteruskan juga pertunangan tersebut. Tapi aku suka betul part si Fahmi yang kena hentak tangan atas meja oleh Lia. Kalau aku jadi Fahmi pun terkezut lah juga bila Lia buat gaya brutalnya. Bayangkan hari pertama lapor diri dah kena sergah dengan staf brutal mane tah tentu terkedu jadinya. Rupanya Fahmi tu sepupu Halil dan dek kerana pemanduan si fahmi yang ganaz hampir saja nak accident dengan Lia. Hah tak pasal je kena sebijik dengan Lia. terus kecut orang tu. kekeke

  Ok berbalik pada si Halil ni walaupun seorang yg playboy tapi masih seorang anak yang menurut kata. Aiseymen di zaman moden ni ada juga lelaki yang masih ikut telunjuk mak ek. Alahaiiii. Huh patern anak mak betul lah si Halil dan Tuan Amir. Kalau aku jadi Lia pun bengang dapat boyfren anak mak ni. Semuanya mak uruskan. Macam takde pendirian langsung. Takan le kerana untuk kebahagiaan sendiri semuanya nak mak yang uruskan. Memang le dalam Islam perkahwinan perlukan restu dari kedua ibu bapa barulah hidup berumahtangga penuh dengan keberkatan. Tapi takan le calun isteri pun mak yang carikan alahaiiiii anak omak.

  Tapi kelakor sungguh bila Halil kantoi dengan Lia di JB. Lepas tu bila dah putus tunang baru lah nak syok pulak kat Lia. huhuhu padan tang muka. Sebelum tu dok kutuk-kutuk huh bila dah putus dan terjatuh chintan kat Lia baru lah nak terhegeh-hegeh nak baik semula. Dan dengan muka tak malu minta tolong boss Lia pulak memujuk Lia supaya balik pada Halil. Hahaha tak pasal muka boss Lia kena debik sebab rupanya boss Lia juga menyukai Lia dan nak jadikan Lia isterinya kerana anak dan mak menyukai Lia. Hah baru tau Lia tu ramai orang syok ke tidak. Jangan sangka tomboy takde orang yang nak.

 Tapi sedih kan bila orang yang kita sayang masih tak memahami isihati dan diri kita yang sebenarnya. Walaupun dah bertahun berpisah masih lagi tidak dapat mempertahankan percintaan hanya kerana darjat dan kekayaan. Hai biasa lah kan dunia memandang pada paras rupa dan harta kekayaan bukan kerana hati budi. Bila dah kena tipu baru tahu mana intan dan mana kaca. Masa tu nak berpatah balik dah tak boleh. Itulah yang Tuan Amir rasai bila isteri dan menantu kesayangan pilihan maknya rupanya seorang penipu yang berkahwin kerana berniat tak baik pada Tuan Amir. Hah baru Mak Datin tu sedar bahawa si Lia walaupun tomboy seorang yang jujur dan berbudi bahasa.

Akhirnya hepey ending yang so sweet. Apa pun memang brutal habis lah si Lia. Congrtas buat Rozita diatas novel terbarunya ini. Macam pisang panas masa pesta buku. Laris betul nasib baik aku kirim kat Ryn belikan. Lagi pun dah lama tak baca novel baru Rozita.

No comments:

Post a Comment