Monday, September 10, 2012

Jamuan raya Kaki Novel




 Assalamualaikum,
Hari minggu baru ni memang penuh dengan agenda berhariraya. Pada hari Sabtu baru ini Penerbitan Kakinovel telah membuat jamuan meraikan penulis-penulis finalis dan juga yang menerima Anugerah pilihan pembaca popular kategori fiksyen melayu Berita Harian 2012 juga jamuan Hariraya. Rasanya no 1 jatuh pada novel M.A.I.D - Suri Ryana dan Novel Yes Boss- Areila dapat no 3. Jadi Kakinovel juga menjemput peminat-peminat novel yang selalu melanggan novel KN dan juga pengedar-pengedar untuk sama-sama meraikannya. Jamuan diadakan di Hotel Seri Pacific di PWTC. Kebetulan pula pada masa tu Matta Fair sedang  berlangsung, aduh mak sikit punya ramai orang, sampaikan nak cari parking di Hentian Putra  pun jenuh lah juga. Nasib baik kami sampai awal dalam pukul 11 kalau lambat, alamat memang takde parking.
                             

Kedatangan kami mewakili Geng Kicap dan Geng Ulat Buku dan telah di beri 1 meja bernombor 13 serta sekeping kad untuk cabutan nombor bertuah. Acara berlangsung pada pukul 11.30 pagi dimana selepas wakil KN berucap disampaikan award ala-ala macam Grammy award gitu pada penulis menjadi finalis. Emm ramai juga yang telah tersenarai. Ramai juga penulis KN baru yang aku tak kenal. Yang aku kenal Acik Lana je yang aku nampak. Eila lambat sampaikan Kak Uda terpaksa pergi sendiri setelah lama menunggu Eila kerana dah janji nak pergi bersama.  Eila dapat tempat ke 3 bagi novel dia yang bertajuk Yes Boss. Tahniah Eila.  Selepas tu makan time dengan  hidangan yang sedap-sedap.
Hidangan Mee rebus yang sedap.

Lemang pun ada

Nasi ni tak pasti samada Nasi Beriani gam tapi didalamnya ada kentang dan telur rebus disamping timbunan daging ayam. Sedap tau.

Games menganyam ketupat
  Selesai acara makan-makan, diadakan games menganyam ketupat. Semua meja mendapat beg kertas yang mengandungi reben untuk menganyam seberapa banyak yang boleh. Masa diberikan dalam 15 minit ke 30 minit tak pasti pulak sebab aku dah teruja nak menganyam ketupat reben ni. Kalau daun kelapa aku boleh lah anyam ni pakai reben huh susah wooo sebab dia licin. Baru buat bentuk ketupat bila nak kemaskan terkeluar sana terkeluar sini. Huh memang susah. Meja aku, yang tahu menganyam cuma aku dan kak Uda sebab kami orang Johor memang masak dan makan ketupat di pagi Raya. Tapi Kak uda lah yang terer dari 10 biji aku cuma dapat buat 2 je selebehnya kak Uda. Jadi kami dapat tempat ke 3. Manakala cabutan nombor bertuah pula Nacha yang mula-mula dapat. Yang lain semuanya hampeh. Tapi tak palah dapat makan sedap, dapat hadiah lagi dah kira bagus apa. Apa pun kena ucap terima kasih daun keladilah pada Kaki novel. Lainkali jemput lagi ya.

Nilah yang kami dapat hasil menganyam ketupat. Frame gambar. 

Penulis Areila mejanya dapat tempat ke dua... dapat hadiah poster dinding. Besar tu gambar matahari

  Selepas acara penyampaian hadiah serta nombor cabutan bertuah adalah sessi bergambar. Kami bergambar beramai-ramai. Sempat lagi tu  Geng Kicap dan geng Ulat buku bergambar bersama di atas pentas. Ada lagi geng hantu Buku emm lagi gempak. Kecuh sungguh. Acara berakhir hampir pukul 3 lebeh juga. Selepas tu agenda beraya ke rumah kak zah pula. Fuh gendang gendut tali kecapi. Kenyang perut suka hati lah. hahahaha



No comments:

Post a Comment