Tuesday, September 11, 2012

Perasmian Pejabat Baru Jemari Seni


Assalamualaikum,
Hari Ahad baru-baru ni aku pergi pula ke Perasmian Butik Buku Jemari Seni. Sebenarnya Pejabat Jemari Seni dah lama pindah dimana sebelum ni beroperasi di rumah di Seksyen 4 , Bangi tetapi apabila syarikat semakin berkembang mereka akhirnya telah menyewa di Tingkat Atas sebuah kedai. Selepas tu dengarnya kedai di bawah pula disewa setelah stafnya bertambah dan juga setelah Adiwarna ditubuhkan. Kedai di bawah lah yang nak di rasmikan disamping jamuan Hari raya.

 Mula-mulanya sepatutnya Irma nak join aku pergi bersama. Irma ni usahawan baru yang menjual kek. Kek dia sedap. Boleh lah jenguk rumah dia. Kek Pahlova yang aku beli masa pesta buku hari tu adalah ahsil tangan Irma. Cuma rumahnya jauh kat Danau kota kalau dekat boleh order selalu. Ok Apa tadi hah pasal Irma. Sepatutnya nak ikut aku tetapi ada tetamu pula iaitu kawan-kawan semasa Umrah yang nak datang berkunjung jadi terpaksalah cancel. Jadi geng aku dengan Kaknoor jalah sebab Nacha terpaksa beraya banyak tempat dan suaminya akan hantar.

 Semasa kami sampai belum ramai orang. Majlis bermula 3 petang manakala kami sampai dalam 2.30 petang. Terus ja lah cari buku terutama Lazuardi novel terbaru Nasz sweet sour yang baru keluar apa lagi aku pun terus zap beli. Buku-buku lain terutamanya Adiwarna emm kureng mengancam lah. Ni pun sejak banyak penulis baru Jemari Seni aku terpaksa memilih yang aku suka baca ja ataupun penulis lama yang aku dah tahu macamana penulisannya yang memenuhi selera aku. Yalah kita baca buku ni kenalah ikut selera masing-masing lah. Ada orang suka genre macam tu ada yang suka genre macam ni manakala aku suka genre kelakar romantik serta jiwang karats. hehehehe itu aku punya suka lah kalau tak suka ada kang yang baru kelebek beberapa muka surat lepas tu toing campak dalam kotak. Boleh gitu hishhh takdele main campak-campak maksudnya ada yang terbiar tak berusik dalam kotak A4 tu. Kalau aku suka hah ada nanti asyik ulang-ulang baca sambil tu sengeh sorang-sorang. Boleh gitu. hahahahaha macam otak putus wayar je kan. Tapi still a normal person lah kiranya aku menghayati betul-betul semasa membaca tu. Kira kyusuk dan tawaduk. Amboiiiii

 Eh dah melalut pulak. Ok sambung semula.

Susun atur buku yang cantik


Sibuk staf JS melayan pelanggan yang nak beli buku


Sebahagian makanan yang ada


Jemputan menjamu selera

Tetamu yang hadir termasuk juga penulis Jemari Seni dan Adiwarna

Sebahagian penulis Jemari Seni yang aku kenal

Penulis Nasz menyign atograph. Baru ni lah kenal penulisnya setelah Jemari Seni di gegarkan dengan buku Sweet sour yang mendapat sambutan ramai selepas Hlovate.

  Majlis diselangselikan dengan lakonan sebabak daripada novel-novel Jemari seni yang ada. Selepas tu cabutan bertuah. Aku cuba lah nasib juga menjawab. Tetapi salah tajuk huhuhu sepatutnya 'Kalau  Jodoh tak kemana'. Tu lah buku terbaru Jemari Seni yang bila baca sinopsisnya beberapa bab terus aku dah tak sabar nak beli. Malahan Hari Jumaat bulan Ramadan baru ni terus ajak Rin ke Pejabat JS nak beli novel tersebut. Sekali aku pergi jawab kalau dah Jodoh huhuhu gerenti lah salah. Huh tak ada rezeki lah nampaknya. Pukul 5 ja aku dan kaknoor chau lah sebab menunggu cabutan bertuah tu lama sangat selingan berhentinya. Lagi pun kaknoor ada urusan lain jadi setelah bersalaman dengan kengkawan kami pun balik lah rumah. Apa pun tahniah lah Jemari Seni sebab sudah bertambah maju dan berkembang pesat. Cuma kadang yang aku tak puas hati tu banyak penulis muda yang bukan kesukaan minat aku membacanyalah. Kena tanya kaknoor dulu mana yang best mana yang tidak. Kalau dulu-dulu beli sebab nak suport JS tapi la ni dah banyak sangat emmm kena pilih-pilih lah mana yang aku suka. Kita yang nak membacanya kan kena lah yang kita suka. Apa pun tahniah Jemari Seni semuga mengeluarkan buku yang berilmu dan bagus isinya. 
  

No comments:

Post a Comment