Assalamualaikum,
Bila jenguk N3 yang tertunda rupanya aku terlupa mengenai majlis perkahwinan anak saudara aku yang aku bela dulu semasa dia kecil. Dah besar dah Hafiz.Lepas tu nampak pula gambar bersama dengan aruah mak. Masa tu aruah mak sihat lagi. Ini kiranya majlis perkahwinan pertama anak kak Jal walaupun anak yang sulung dan ke 2 masih lagi solo. Dan pertama kali mengendalikan tanpa suami di sisi memang kak Jal memerlukan sokongan dari kami adik beradik untuk sama-sama menganjurkannya. Namun alhamdulillah berkat kerjasama dari semua adik-beradik aku dan anak saudara majlis berjalan dengan lancar. Malahan menu makanan memang marbeles. Macam-macam ada. Bila tenguk tarikh tahun 2012 ko. Sekarang dah tahun 2024 anak Hafiz dah 2 orang dan dah besar pun. Maklumlah isteri dia bunting pelamin. Jadi kiranya n3 dibawah ni adalah imbasan semasa majlis perkahwinan yang dah memakan masa selama 12 tahun. hahahahaha teruknya aku. Tapi sebab mengenangkan aku bela dia dulu semasa dia masih kecil jadi n3 ini kiranya satu kenangan terindah buat aku apabila melihat anak saudara dah kahwin. Syukur dan gembira melihat dia bahagia.
ok.. terkenang semasa dolu........rindu suasana rewang majlis perkahwinan dolu2. Sekarang catering je. Ringkas tapi memori dan kenangan semakin luput. Aku suka kalau rewang ramai-ramai macam ni tapi dek peredaran masa terpaksalah ikut.
Alhamdulillah akhirnya majlis perkahwinan Hafiz dan Haifa di Tangkak berlangsung dengan meriahnya. Syukur juga cuaca cerah sehingga ke malam. Apa pun muafakat adik beradik aku serta anak saudara semua membuatkan kak Jal dilimpahi rezeki. Begitu juga rezeki dari orang yang bagi almaklum le ni pertama kali kak Jal bermenantu kiranya memang pening juga lah nak buat majlis. Dengan susun atur majlis lah, token untuk tetamu lah juga tetamu pihak perempuanlah.
Masa ni tengah berselerak dengan buah tangan dari keluarga. Akak yang sulong bagi kerepek untuk meja tetamu. Adik aku Faizol bagi kek cawan bintik2 (hehehe lupa ejaan selain dari bintik2) Ada yang sponsor buah-buahan untuk buat rojak buah. Anak buah aku yang kahwin dengan orang kedah siap buatkan kuah rojak buah. Ada yang sponsor kek. Ada yang sponsor pencuci mulut. Ada yang sponsor air. Bila dah ramai famili ni memang seronok bila semuanya bersatu hati dan pemurah nak sponsor. Memang kiranya rezeki akak aku bila buat majlis perkahwinan mewah dengan makanan.
Cenderahati untuk pihak perempuan. Bakul ni aruah mak aku buat tau ikut contoh bakul yang kak Jal dapat. Pakai kertas surat khabar dan dibarnis setelah di bentuk sebuah bakul. Beberapa bulan dia buat sorang-sorang kat rumah. Ada surat khabar lama di pilin sikit -sikit. Sambil tenguk tv aruah mak aku buat. Bila kak Jal tenguk mak dia buat banyak-banyak sudah tentu untuk cucunya juga. Jadi bila dapat banyak dan dibarnis cantik siap bagi bunga tepinya. Kiranya special untuk tetamu kerabat pengantin perempuan.
Betapa kecohnya bila dah macam ni. Yang kerepek tu dimasukkan dalam bekas kuih.
Bunga telur guna telur asin.
Malam sebelum majlis kak Jal buat bacaan yasin untuk group perempuan
Yang ni pulak busy buat masakan meja pengantin. Semua anak saudara yang tolong masakan, tak order kat luar pun. Chef banyak hah depa nak tolong masak Kak Jal sambut dengan gembira.
Hafiz dan Haifa... sekarang dah anak 2 dan coming soon seorang lagi. Tu tengah sarat nak bersalin.
Ada pulak joget zapin....seronok tenguk budak-budak berzapin. Comel
Team lelaki. Ramai anak buah lelaki....bila majlis hah kami je yang rewang.
Team perempuan.
Bila tenguk gambar aruah mak rindunya. Al fatihah buat Hjh Saifah Hj Zahari. Kiranya ni majlis terakhir aruah mak bersama meraikan majlis perkahwinan cucunya. Tahun 2013 aruah mak meninggal.
alhamdulillah sempurna meriah majlisnya selamat pengantin baru pasangan mempelai
ReplyDeleteIni cerita lama sis. Pengantin dah lama hehehehe
Deletememang rare punya throwback ni..dah 12 tahun. Memang rare lah bekas buatan sendiri tu. mufin bintik-bintik tu orang panggil mufin or apam polkadot.dulu-dulu makanan viral
ReplyDeleteHah betul tu. Dok cari ayat apa bintik2 ni. polkadot rupanya. TQ sal
Deletealhamdulillah, meriahnyer semua., alfatiha utk ibu ciknotie., aminn
ReplyDeletePertama kali majlis kahwin wak mesti meriah. Amiin doanya
Delete