Assalamualaikum,
Alhamdulillah dapat cucu saudara baru. Gegerl ko. Aku baru je up Terobek Majlis perkahwinan hafiz vs haifa. Lah ni eh dah dapat anak ke 3. Tu pun jauh juga jarak antara anak ke 2 dengan ke 3. Kena keluar tingkap lagi sebab melintang. Berat pun boleh tahan 3.4 kilo. Seronok kak Jal dapat cucu baru.
Pembedahan di buat di Hospital Putrajaya. Ikut kan 22hb tapi bila check Doktor syorkan 18hb masuk wad. Dan pagi Jumaat dalam pukul 11 selesai pembedahan.
Serupa macam rupa papa dia masa kecil. Hafiz masa kecil memang comel. Apa lagi keletah dia yang nakal dan manja. Masa aku jaga Hafiz masa kecil dulu memang menjadi kesayangan kami di kampung. Kak jal terpaksa letak kat kampung sebab masalah penjagaan anak. Masa tu Helmi dan Julie dah besar dan boleh jaga diri tapi Hafiz masa tu belum setahun umurnya. Dah pandai jalan jatuh.Tapi Hafiz walaupun di jaga oleh kami senang dan tidak menyusahkan. Cuma bila dah remaja emm memang merisaukan juga almaklumle budak tengah remaja. MAcam-macam hal terjadi.
Bila tenguk keluarga bahagia Hafiz syukur alhamdulillah. Aku doakan semuga Hafiz menjadi suami dan bapa yang baik dan penyayang pada keluarga. Aamiin
Keluarga bahagia Hafiz dan Haifa. Ni sebelum masuk wad
Semuga menjadi anak yang solehah ye gegerl.
Bila up kat whatsup keluarga berapa ye jumlah cucu. Sekali kak nong kata anak saudara dah 26 orang. Cucu saudara dah 38 orang. Raya tahun ni kena tambah duit raya le. Alhamdulillah syukur kepada Allah atas kurniaan ini.
Alhamdulillah.
ReplyDeleteBertambah umat Rasulullah.
Moga jadi anak solehah.
Aamiin mudahan Allah makbulkan doa amie.
DeleteAlhamdulillah. Tahniah kak notie. Doakan saya pun dikurniakan rezeki anak
ReplyDeleteTerima kasih sal. Semuga Allah mengurniakan rezeki anak buat sal dan suami. Aamiin
DeleteCantiiiik nya baby girl 😍😍😍. Merah pipi dia ❤️. Semoga sehat selalu baby dan mamanya, membesar dengan baik little girl 😘
ReplyDeleteTerima kasih fanny. Suka tenguk baby baru lahir comel je kan.
Delete