Tuesday, January 9, 2024

Tahun baru dah terima pelawat

 


Assalamualaikum,

Selamat tahun baru 2024. dah 2 minggu kan. Sekejap je masa berlalu. Tahun 2024 kali ini aku berada di tempat baru dan suasana baru. Masih lagi belajar dan macam-macam benda baru aku pelajari. 

Masuk tahun baru je Boss aku kata ada pelawat nak datang melawat. Tahun lepas masa aku baru je menjadi ahli HPJ,  2 hospital buat lawatan. Iaitu hospital Serdang dan Hospital Sultan Ismail, Johor.  Wah femes juga ye HPJ di kalangan hospital IT. Ini semuanya sebab nak ambil siil akreditasi MSGH. Hospital Putrajaya baru je dapat sijil tersebut pada tahun 2023. Jadi bagi hospital yang belum dapat persijilan tersebut kena lah belajar dari hospital yang telah dianugerahkan sijil tersebut. Ini adalah bagi menambahbaikkan perkhidmatan kepada pelanggan. 




Kali ini lawatan muhibbah dari Hospital Sultanah Zahirah Kuala Terengganu. HSZ menggunakan vendor yang sama dan sistem yang sama macam kami. Itu yang jauh datang berkunjung. Aku suka je sebab dapat jumpa kawan sekerja semasa di PIK dan telah berpindah ke Terengganu.  10 tahun tak jumpa ko. Jadi memang rindu le dengan Kira. 


Pn Kamariah belah kiri dan Kira belah kanan. Akhirnya dapat berjumpa. Walaupun dalam kementerian yang sama tapi kadang bila di bawah program yang berbeza memang susah nak jumpa. 



Bila sampai je terus di pertemukan dengan Pengarah dan Timbalan Pengarah Hospital. Ini disebabkan timbalan pengarah HSZ ada bersama juga dengan rombongan. JAdi bertemu ramah dengan Pengarah dahulu sebelum rombongan di pertontonkan dan di persembahkan bagaimana nak mendapat persijilan tersebut.


Meja kerja aku. Bersepah sebab banyak lapuran perubatan aku kena semak.



Di bawa ke bilik latihan IT


Pn hanum memberi penerngan kepada semua



Rombongan bawa kek bagi meraikan birthday staff mereka. Kongsi makan bersama kami. hehehe


Sebelum mendengar ceramah mereka bersarapan dahulu dengan Meehoon sedap serta beberapa kuih yang kami sediakan. 

3 orang ni adalah orang yang aku kenali dan selalu berurusan dalam bekerja. Yang lain-lain banyak muka-muka baru. Ni kiranya otai rekod lah.

Selepas bersarapan dan mendengar ceramah, mereka di bawa melawati pejabat kami. Sebelum pukul 1 mereka pun balik ke Terengganu.

Apa pun rasa macam tak puas bersembang dengan kira. Semuga ada umur kami untuk berjumpa lagi. Insya Allah




4 comments:

  1. Selamat Tahun Baharu 2024 Notie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat tahun baru juga buat amie. Seronok tenguk amie berkumpul bersama sanak saudara terutamanya bersama bonda. Semuga Allh kurniakan kesihatan yang baik buat bonda Amie. Aamiin

      Delete
  2. Tetamu kan sumber rezeki. Selamat bekerja di tahun 2024, dimurahkan rezeki dan dapat naik pangkat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin amin doanya. Dah naik pangkat dah, tengah tunggu confirm ni. Mudahan di permudahkan.

      Delete