Assalamualaikum,
Lepas daun merah, wawa bawa kami ke jalan misteri nusantara. hehehe. Mana tak misteri jalan mendaki bukit tapi kereta bergerak sendiri tanpa pemandu menekan minyak.
Wawa test lah van dan tunjuk pada kita orang adegan misteri nusantara tu. Kalau kita tak tenguk sendiri mesti kita kata bohong tapi betul tak tipu punya. Dah selesai sessi uji Van, wawa berhenti kat kedai berdekatan. Ada 7 eleven juga beb.
Oleh kerana dah petang , kedai dah banyak nak tutup. Sepatutnya kita pergi ke padang lalang juga tapi sebab masa suntuk, kita pergi esoknya. Ko tenguk lah patung kuda tu merempit dengan patung khidzir atasnya. Kat situ juga ada patung khidzir besar tapi aku yang malas nak ambil gambar dia. Buat menyemak mata aku je. heheheh sori.
Masa ni ada yang tak tahan nak terkencing. Jadi tu yang wawa berhenti kat perhentian sebelah jalan misteri tu. Sejuk-sejuk ko mesti nak terkucil ja.
Ada tanda aras bila nak memulakan pemanduan misteri di jalan misteri.
Dah tenguk misteri nusantara, semua pun kembali ke van. Sekali aku nampak Dr Fauziah beli kopi mocha 1 kotak. Katanya macam rasa kopi yang kat hotel. Apa lagi aku dan Taj pun berlari lah kat 7 eleven mencari kopi tersebut. Aku rembat kopi yang kotak besar 50 sachet. Taj ambil yang 25 sachet, kecil sikit. Alang-alang suka terus beli besor.. Harga dalam 8,800 won dalam RM 32. Ok lah tu.
Ni lah kopinya. Sedap.....hari hari melantak tapi tu lah paket dia kecil je. Kalau mug biasa kena guna 2 paket baru kick menendang-nendang. hehehe.
Selesai makan dan membawang....masuk bilik. Huh penat hari ni berjalan. Sambil mengemas barang borongan sambil membelek semula barang hasil tuaian hari ini. Dok belek sudu, bekas masak ramen. Face mask pun belek-belek dan susun. Syiok pulak belek hasil tuaian setiap hari. Won dah mula susut ni. hehehe
sedapnya kopi maxim tu
ReplyDeleteSedap kalau boleh hari-hari nak melantaknya. hehehe
Deletekopi maxim..my niece ada beli di lotte mart...rambang mata kt nature republik, tambah2 ada sale..
ReplyDeletewah ada jual kat malaysia ka. Tenguk kat shoppee 100 paket Rm 75. Masuk nature republik tu emm memang rambang mata lah kalau sale kaw-kaw punya. Apa lagi bila murah dari di malaysia.
Deleteseram baca misteri keta bergeraksendiri tanpa dihidupkan enginnya tambah pula kat tempat org
ReplyDeletesis rasa macam seram tapi takde lah benda yang tolak dia hehehehe. Kalau nampak huh adalah yang terus cabut lari....hehehehe
DeletePelik kan... cemana keta gerak sendiri... ada jin ke? He He He
ReplyDeleteTu yang muskil sebab sendiri tenguk jalan tu macam mendaki tapi kereta boleh jalan sendiri lainlah kalau menurun memang kereta boleh bergerak sendiri. Agaknya ada jin mata toncit satu kut. wahhhhh cabut
Delete