Assalamualaikum,
Akhirnya kita orang sampai kebun limau. Geram tak. Huh kita orang yang sampai je dah meluru ke kebun limau. Geram ko. Sana limau sinun limau...perghhhh mata ku jadi kuning gitu.
Kebun ni sebenarnya tepi jalan je. Tu pun sebelum sampai kebun yang kami nak pergi ni, sepanjang jalan banyak kebun buah-buahan. Ada yang jadi ladang, ada yang tanam tepi rumah je. Ada yang tepi jalan. Ko rasa apa yang ku rasa. hehehehe aku memang teruja kalau bab pergi kebun buah. Tak kira lah buah apa janji buah. Tapi kebun buah limau ni memang mengecurkan lah. Sebelum sampai kebun ni merata-rata jalan aku nampak pokok limau sedang berbuah. Pusing sana kuning pusing sini kuning perghhhh boleh jadi tidak keruan aku tenguk. Yang geram tu tanam sebelah rumah pokok limau berbuah bergayut-gayut je tau. huhuhuhu geramnya aku.
Rasa macam bila balik malaysia je nak cari anak pokok limau tanam sebelah rumah mak kat kampung....hehehehe begitu terujanya aku tenguk pokok buah limau berbuah sebelah rumah. hehehe
Kebun ni macam rendah sikit dari bahu jalan. Kena turun ke bawah lah. Tapi tak boleh petik. huhuhu jadi untuk memuaskan hati posing lah ko sampai puas.
Jalan kat tepi tebing ni nampak pulak buah anggur yang dia dah buang. Geram je tenguk buah anggur sedang masak. Rasa nak petik tapi wawa tak bagi. huhu pandang je lah. Kalau dia buat kebun anggur pun aku lagi lah meroyan. hahahaha, Ni tenguk buah anggur buang tepi kebun je aku dah meroyan. Apa lagi kalau pergi kebun anggur sedang masak bergayutan.....huhu berkali-kali aku meroyan. hahahahaha
Tenguk dari atas macam tak nampak buahnya yang masak.
Pokoknya rendang je memang syiok lah kalau ada adegan memetik limau....tapi nan ado ko..huhu
Comel je Dr Yasmin
Ada pulak species yang besar sikit. Pokok kontot je dah buah ko. Camno nak panjat kalau kontot je pokok dah berbuah.
Pernah tenguk tak kalau orang letak buah-buahan atas kepala...hah camtu lah kononnya aku posing buah limau bertengek atas kepala. Sambil terbongkok-bongkok ko sangup posing lagu tu. adehaiiiiii
Maaf lah ye tuan tanah kedawung ni sedang berseronok mengulit buah limau.....masak masak depan mata ko.
Geram ko limau hanya ku pandang tak boleh petik rasa nak ngap je ko.
Huh berjuntai juntai ko.
Hah amacam meroyan sama tak macam aku kalau tenguk buah limau bergayut sana sinun.
Dah puas ulit limau naik tebing balik lalu tempat anggur terbuang ni. Hish geramnya. Besor tu anggurnya.
Kat tepi kedai species limau yang besar sikit daripada yang tadi. Tapi belum masak ranum lagi.
Ni limau yang telah di petik untuk di jual.
Dia ada bagi untuk rasa. Apa lagi belasah le. Manis fresh buah dari ladang. Kalau ngecek banyak-banyak pun best, terus kenyang makan limau free je. hahahaha Tapi yang dia beri makan free dimasuk dalam bakul kecil je. Jadi dapat rasa sikit je. Kalau muka tak malu dah habis , ada lagi tak aduhaiiiii camni kopak le tokeh buah limau.
Berkotak-kotak buah limau untuk di jual.
Ni limau Hallabong, ada berbongol hujungnya. Semua pun manis.
Limau fresh aku tak beli sebab terfikir nak bawa balik tu takut terpenyek je. Lagi pun puas juga makan sample buah yang ada. hehehehe. Masa nak bayar barang yang aku beli, aku cakap dengan wawa supaya minta taukeh bagi free buah lagi. Hah jadi bila aku nak bayar barang yang aku beli ,Taukeh perempuan yang baik hati dan tak cukup tangan melayan kami masuk kan lah beberapa butir limau, jadi aku tak payah lah beli limau dia dah dapat free banyak.... Taj beli buah 1 bakul kecil. Makan kat dalam bilik sedap.
Pokok di sekitar rumah dan kedai
Aku yang tenguk asyik geram je sebab keliling rumah pokok limau rendang-rendang je semuanya dah berbuah.
Syiok kan kalau sebelah rumah ada pokok buah limau macam ni. Ko nak makan petik ja.
Duduk kat pangkin tu pun syiok sambil makan buah limau. Sambil tenguk kenderaan lalu lalang. Tepi jalan je ni.
Laluan jalan tepi kedai menuju ke kebun kat belakang tu.
Ni lah krepek limau yang sedap. Crispy dan sweet gitu. sedap sebab dia ada salut madu.
Ok jom kita pergi lunch.
Wah! Saya pun ikut teruja tengok buah limau yang banyak tu! Rasa nak ikut guling2 di situ hahahaaaaa.
ReplyDeleteGeram amie...tu belum lagi pi petik lepas tu pi ngap.... emm memang berguling2 le kat bawah pokok.
Deletewah,pertama kali tgk kerepek limau
ReplyDeletemesti sedap tu...
done follow
Sedap cruncy gitu rasanya. Tapi sebab stok dah habis dapat le 2 paket je
Deletekerepek limau tuuu sangat marveles !! kitorang konon nak bawa balik hahaha tak dan balik habis da makan. settle ngap semua. kesian orang di kampung keke.. akak best gilaaa pegi banyak gilaaa buah oren kat pokok. bonus lagi ada anggur. kami pi ada 2 pokok je berbuah. sebab dia tinggal utk orang amek gambar hehehe..
ReplyDeleteHah memang sedap cruncy gitu tapi dah habis stok dapat 2 kotak je. Tu pun isinya sikit tak cukup ler...hehe
Deletebestnya..tenggelam dgn buah limau jeju..
ReplyDeletebila nk sambung travelogue...huhu..
Memang best nohas. Meroyan di buatnya. Sambung citer hehehe coming soon
Deletebestnya tengok limau dia notie. gemuk2.. geram i. i went to Jeju last time tak sempat nak ke ladang dia. drive sendiri nak patah balik dah sesat barat. anyway, nice sharing.
ReplyDeleteTenguk gambo je dah geram apa lagi berjoget dalam kebun lagi syiokkk. Terima kasih jenguk
Deletemasya Allah kunng sana sini..pokok lak rendah sonok la petik..tahu2 dah penuh bakul
ReplyDeleteMemang geram je. Apa lagu pojkok rendah. Tapi tak boleh petik. Kena cari kebun yang boleh petik sepuasnya dan bukannya ladang limau untuk jualan. hehehehe. Banyak je keliling jeju rumah yang penuh dengan pokok tangerine. syiok beb
Delete