Assalamualaikum,
Kali ni pula kita singgah di airterjun Cheonjeyeon. Rupanya dia ada 3 lapis air terjun sebelum masuk ke laut. Tapi zaty bawa 2 ja kawasan air terjun. Air terjun tersebut sebenarnya berdekatan antara satu sama lain.
Tempat-tempat yang dikenakan bayaran, kita tak payah susah-susah nak sediakan duit ya. Semuanya dah termasuk dalam pakage. Kita ikut je tour guide bawa.
Jom kita jalan slow-slow tenguk air terjun.
Rupanya untuk sampai ke satu demi satu air terjun yang ada dibuat laluan pejalan kaki. Tapi bagi aku yang lutut dah bergegar ni emmm memang azab lah kalau nak turun naik tangga. Nak sampai ke air terjun yang terdekat pun dah mengeluh. Tapi alang-alang dah sampai kita jenguk juga lah ya.
Ni yang terdekat. Aku sempat menebeng kat sini je bersama group.
Masing-masing mencari pose yang cantik
Air jernih tapi tak banyak air yang ada. Mungkin sebab tak hujan.
Lesu je laluan air
Jadi tak banyak lah gambar area Cheonjeyeon Falls ni.
Ada gerai jualan tapi tak nampak penjualnya.
Hah tenguk tu dia biar je kedai terbuka luas macam tu.
Tu dia zaty dah balik ke pangkal jalan. hehehehehe
Terdapat kedai yang lagi besar dari kedai tadi. Hah meh lah keta jenguk apa ada didalam.
Oh rupanya kedai sovenir. Oleh kerana harga boleh tahan jadi kita cuci mata ja apa yang ada ni.
Kotak kotak coklat dan macam-macam jenis cookies ni rasa macam best je. Oleh kerana Jeju terkenal dengan tangerine nya jadi banyak lah perisa buah tu.
Balik semula kat van nampak lah kereta comel n parking depan van kita orangi. Cute je.
cantik air terjunnya. kami p keruh hahaha.. lepas tu lenguh menapak. demi nak amek gambar.. kugagahi jua.
ReplyDeletelepas tu pakat mngeluh kaki masing2 lenguh..
Akak tak larat....menurun ok lagi tapi bila menaik tangga huhuhuhu siksa.
Delete