Sunday, February 21, 2021

Delhi kashmir 2019 Hari ke 4 keindahan di Sonamargh



 Delhi kashmir 2019 hari ke 4 menunggang kuda di Sonamargh

Asssalamualaikum,

Selesai lunch semua pun keluar menikmati keindahan pemandangan di Sonamargh.  Tapi kena cari bilik air ni. Nak buang apa yang perlu di buang. Tapi bilik air dia ramai orang. Terpaksa lah menunggu. 




Cantiknya subhana Allah. 



Masih ada salji. Walaupun ada salji tapi pada masa ni cuaca cerah dan panas tau. Takde rasa sangat nak pakai baju sejuk macam di Gulmargh.  Tu yang semua lek lek je takde nak pakai baju tebal-tebal bagai. Malahan track suit aku pun aku tinggal dalam bas.


Sesiapa nak naik skuter salji tu hah boleh lah tanya depa. Boleh sewa. Kereta luncur pun ado.


Tu dia nak naik ke atas punya lah tinggi. 



Ni ramai-ramai ni aku tak pasti kita orang tengah buat apa. Rasanya dengar cakap Mr Abdul kut. Sesiapa yang nak naik skuter salji tu mungkin boleh deal dengan mereka kut. Aku tak dengar pun cakap Mr Abdul masa ni.  Yang pasti kami diberi masa beberapa jam untuk explore kawasan sekeliling sebelum balik. 


Macam-macam aktiviti ada nun di sana.


Tenguk lah timbunan salji tu boleh setinggi aku ....huhuhu


Lepas tu naik atas..... jenuh juga lah terpelusuk dalam salji.  Tak pakai bot jadi bila salji masuk dalam kasut huhuhu sejuk 


Dah tak reti nak cerita apa.....haha hangpa tenguk je lah ya gambar yang aku letak ni


















Si Ryn dengan Bang Haji tu hah nak kemana lah loving couple tu.









        Yang lain entah kemana-mana tak nampak bayang.  Jadi selpie le sengsorang....huhuhu








Layankan si Azam lompat bintang.


Nasib baik azam ada.... boleh lah ambilkan gambar 


Tak lama kemudian bila semua dah berkumpul kami pun naik bas. Balik semula ke Kashmir. Lupa pulak nak bergambar ramai-ramai. Bila check balik gambar eh takde gambar ramai-ramai lah kat sini. Aiseyman. Padahal cantik sangat alam sekeliling di Sonamarg ni. Putih alam sekeliling.


 Pemandangan sepanjang balik ke Kahmir semula
















Hamparan salji putih bagaikan carpet je





Nampak ada pelancung berhenti di tepi jalan melihat air sungai mengalir


Masa kat Sonamargh tadi tiada tempat nak solat jadi semasa dalam perjalanan balik bas berhenti kat sebuah masjid tepi jalan untu kami solat jamak zohor dan asar. 


Ambil gambar dari atas masjid.


Masa kami ramai-ramai masuk ke masjid.. alahaiii uzur sangat tempatnya. Bilik air pun teruk je nampaknya, jadi takde lah aku ambil gambar.  Tapi bila dah selesai solat  dan dah nak naik bas....eh ramai pulak yang pergi kat depan masjid tu ada paip air....katanya air dari mata air....semua pun nak rasa...aku je tak sebab dah jalan sampai ke bas malas nak jalan ke depan..hehehe Katanya airnya rasa sejuk dan nyaman 


Indahnya pemandangan pergunungan di belakang tu kan. 




















Ok kita sambung lagi

8 comments: