Sunday, February 14, 2021

Delhi Kashmir 2019 - Hari Ke 4 singgah kedai buah

 



Assalamualaikum,


Rasanya macam masuk satu pekan kecil. Jadi nampaklah banyak kedai-kedai berjualan. 


Suasana di pekan sudah tentulah macam-macam jualan yang ada terdapat.


Tu dia apa yang tergantung tu. nampak macam ayam takdak kepala. 


Bas berhenti di tepi jalan. kami singgah kat kedai buah-buahan. Buah-buahan dia macam yang ada di malaysia. Tapi sebab susunannya yang banyak dan bermacam jenis nampak best lah pulak.


Kak mon beli buah epal. Tenguk lah warnanya yang merah menyala tu. 


Mr Abdul tolong tanyakan harga. Yang lain hanya tenguk-tenguk sahaja.


Seronok tenguk kedai buah-buahan ni. Pisang dah masak buat cengkodok sedapnya. hahahaha






Pelam dia pun nampak mengiurkan kan. Tapi epal dia perghh merah mak ngah sungguh tu. Kata kaksu epal kashmir paling sedap tapi masa kami pergi ni epalnya sedang berbunga. Jadi takde lah dapat rasa epal kashmir. Epal yang ada ni dari tempat lain.   


Dia susun buah tu cantik je kan. Walaupun banyak tersusun indah tu yang menarik orang datang nak beli.


Tenguk le tu kat belakang tu. Lembu pun nak membeli belah juga. Selumber je jalan di tengah pekan.



Ni kat sebelah bas. Sebelum naik bas ternampak lah orang ni jual epal.  Merah merah buahnya kan. Rasa dia rangup. Beli 4 butir tapi lupa harga berapa.


Hahaha dalam pada nak naik bas....lembu tu pun nak ikut kita orang nak naik bas. Nasib baik kak Afza pandai memujuk... jadi tak jadi lah dia nak ikut kita orang. hehehe


Kita orang sambung perjalanan lagi. Tapi tiba-tiba ada orang nak buang air kecil.Tak lama kemudian bas berhenti tepi jalan sebab nampak ada bilik air tepi jalan. 


Ni gambar yang sempat di ambil semasa menunggu turn nak buang air.

Ada ananak sungai mengalir. Mr Abdul jalan-jalan di sekitarnya sementara menunggu kami selesai urusan






Yah sempat lagi posing hehehe


Tu lah bilik airnya. Uzur sangat sebab tu tak nak ambil gambar dia. Air sejuk bebenor. 








Kami meneruskan lagi perjalanan, sambil melihat pemandangan kampung yang terdapat di sepanjang perjalanan.










Sedihnya tenguk bangunan-bangunan rumah atau kedai tu macam tak siap je tapi dah digunakan. 








Akhirnya kami sampai kat satu tempat. Semuanya turun. Kami akan naik kuda untuk sampai ke kawasan seterusnya...

Ok tunggu.....sambung lagi


12 comments:

  1. Tak sabar nak tengok kak notie naik kuda. Kashmir ni cantik walaupun kurang moden.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko ni sal.....sabo sabo. Kashmir memang cantik. orang kata kecantikan asli ciptaan Allah SWT.

      Delete
  2. Replies
    1. Betul tu sis. Bila ke pendalaman itulah kehidupan rakyat kashmir

      Delete
  3. Replies
    1. Haah kan padahal kat malaysia ni ada je. tapi epal dia memang ranggup..sedap.

      Delete
  4. cantiknyaaaaa..harap dpt berjln nanti

    ReplyDelete
  5. ni kashmir bahagian pakistan kann? mmg chantek jeliter pemandangan gunung dilitupi salji gituuuu ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni kashmir bahagian India wak. Yang kat pakistan pun cantik juga balik sempadan je.

      Delete