Monday, February 15, 2021

Delhi Kashmir 2019 Hari ke 4 menunggang kuda di Sonamargh

 



Assalamualaikum,

Akhirnya kami sampai di satu tempat di mana banyak kuda di tempatkan. Tak tahu apa nama tempat tu, jadi bila sampai je Mr Abdul pun dah sediakan kuda dan tuan kuda. Kita orang dah bayar harga naik  kuda ni semasa sampai di Delhi. Bayaran untuk naik kereta kabel dan naik kuda ni bayar asing tidak termasuk pakage. Tapi bila dah bayar awal senang tinggal buat je lah. 

Semua dah excited ni nak naik kuda. Oleh kerana ramai jadi dibahagikan kepada beberapa orang. Macam aku 3 orang dengan seorang tukang bawa kuda. 

Tenguk tu yah dan Aishah laju je naik kuda tu. 




Masing-masing mula menaiki kuda masing-masing. Awat mak Su Ti tak naik lagi tu.


Masa nak naik tu cam gerun juga. Takut pun ada tapi sebab kudanya besar  dan dia menurut je kata tuan kuda. Aku lah yang terkial-kial bila nak naik. Pijak pedal kaki tu oklah tapi bila nak angkat kaki ke sebelah huh jenuh juga tu. Nasib baik kuda yang aku tunggang tu  baik sangat dia redho je  bila pelancung gagah perkasa naik atasnya. hehehehe  Nak adjust bumper atas pelana kuda pun jenuh juga tau.. hahahaha almaklumle bumper besor gitu. Bila dah dapat duduk dengan selesa eh best lah. Chewah....tudia dah syiok pulak naik kuda. 

Tuan kuda tunjukan juga cara pegang tali kuda tu. Bior je kuda tu jalan tapi kalau nak suruh ke tepi atau ketengah kita tarik lah tali kat leher dia tu ke tepi atau ke tengah.  Kudanya pun pandai dan baik ikut kata kita.

Bila dah steady atasnya wahhhhh tinggi rasa ko dari dunia di bawah....ewah ewah


Wan ambil gambo aku, aku ambil gambo wan. Tapi nampak tak pemandangan belakang wan. Cantik kan. 


Tenguk tu timbunan salji begitu tinggi. Gerun juga melihatnya. Dia tak cair lagi ke. Dah macam dinding lah pulak. 


Hah ni lah group aku. Kat depan tu Kak Afza dan Maksu Ti. Masa ni aku steady je kat belakang. 


Tenguk tu pemandangan di hadapan kami. Sebelah kiri Tebing tinggi tapi tiada salji. dan disebelah kanan salji yang hampir cair. Air sungai dia pun laju je mengalir.


Corak kat sebelah kanan tu cantik kan. Indah sungguh bumi kashmir.


Sonamargh berada di 8950 kaki 


Masa ni baru lagi perjalanan tapi kami slow-slow jalan sebelah tepi semasa  kenderaan lalu


Melalui sungai yang mengalir laju. jernih ko airnya.



Lari lah hai kuda ku lari lah ayuh lari..... Kuda ku lari kencang 

Nama dia King... King ni baik. dia relaks je jalan. Malahan asyik nak ke tengah je. Aku pun jadi syiok bila dia jalan slow-slow sambil di jaga oleh tuan kuda.   


Kat depan tu Yah, Ryn, Aisyah, Wan, Tuan Haji, Bang Mat dengan Azam. Laju juga depa jalan.


Cantik kan pemandangan Sonamargh kat depan nun.

Kenderaan tak banyak jadi seronok lah kami jalan tengah-tengah jalan. Umpama jalan ni kami yang punya lah pulak


Unik sungguh mukabumi Sonamargh


Masa lalu tebing ni memang scary juga. Apa lagi bila berselisih dengan kenderaan yang lalu lalang.  Tapi depa dah biasa jadi buat lek lek je lah. Kita pun lek lek lah ya. Walau pun dalam hati dag dig dug juga tu bila berselisih dengan kenderaan. Yang nampak jeep dan lori yang banyak lalu lalang.


Kuda hitam aduh kuda hitam yeh 

Sambil jalan aku tepuk-tepuk belakang king. Dia jadi seronok lah pulak. Asyik je nak ke tengah jalan. Aku pun jadi syiok lah pulak menunggang King. Serius seronok rupanya naik kuda. Kalau pergi Sonamarg wajib tunggang kuda ya. Rasakan lah keseronokannya macam aku


kami beriringan bersama.

seiring dan sejalan seindah bunga di taman....chewah nyanyi nyanyi lah pulak. hehehehe


Cantik kan back ground kami. Bila lalu tang sini memang cantik tapi sebab sedang seronok menunggang kuda tak dan nak ambil gambar. Ni pun si tuan kuda tolong ambil kan gambar kami.


Tu dia group depan jalan laju sungguh. tak terkejar kami.


Cantik sungguh pemandangan di belakang tu. 



Kami melalui jambatan dengan signboard Welcome to sonamargh 


Tu dia jambatan yang kami kena lalui



Glasier tu bagaikan air terjun je kan meluncur dari atas. 





Ni dari kamera orang depan. Nampak tak aku tengah tengah jalan tu.


Ni group depan. Sue relaks je menunggang kuda. Tenguk depan tu tiada kenderaan pun. jadi apa lagi kami lah raja di jalan raya. Yeh


Tenguk tu batu batu sebelah kanan. Ngeri pulak kalau dia jatuh....huhuhu


     Cantik kan pemandangan belakang kami. Bil;a tenguk balik SubhanAllah indah sungguh ciptaan Tuhan



Tadi aku di belakang kali ni aku johan dalam group aku....yeh king ohsem



Group kami dari depan sehingga belakang. Nampak aku kat tengah -tengah tu nun di sana tu.


Ni daripada kamera Kak Afza rasanya sebab dia beiringan bersama aku.


Indah sungguh pemandangan



SubhanaAllah indahnya ciptaan Tuhan. 



Akhirnya kami sampai di suatu tempat.  Kami pun semua turun dari kuda masing-masing. kat sini Mr Abdul dah menunggu kami. Rupanya setelah dia jumpa tuan kuda dia dan driver telah jalan dahulu di tempat perhentian dimana kuda akan berhenti akhirnya. 


Bersama tuan kuda yang membawa kami. Mak su ti merungut-rungut bila kami sampai di tempat akhir. Dia asyik bergaduh dengan Tuan kuda ni sebab kuda yang dia naik macam degil sikit. Kelakor je dengar Maksu Ti membebel bengang dengan tuan kuda ni. 


Kaknoor dan Kak su baru sampai. depa belakang kami.

Seronok kak mon menunggang kuda bersama Bang Mat



Tuan kuda Kak mon hensem macam hero hindustan he he he     


Kak su baru sampai



Tu dia ko pintu gerbang dia.


Bila semua dah berkumpul Mr Abdul bawa kami ke satu tempat macam hotel gitu tapi tak pasti hotel ke kedai makan. Sebab ramai orang didalamnya. Kami dibawa untuk makan tengahari. Bila kata pergi makan je terus perut rasa lapor apa lagi di tempat sejuk. Walaupun timbunan salji masih ada lagi tapi cuaca panas.   



Dapat nasi putih sup panas-panas....emmm sedap je. Ni makanan macam western je ada fries bagai. emmm janji dapat makan alhamdulillah.  



Amboi kak su dengan senduk pun buat posing....

Masa duduk makan sambil berceloteh dengan Kaksu. Kaksu kata dia tenguk aku dari belakang wah macam terer je naik kuda. Siap tepuk-tepuk punggung King lagi. Lepas tu dok tengah-tengah jalan taknaknya ke tepi. hahahahaha dia tak tahu aku pun dah seronok sambil menepuk-nepuk punggung king. Nasib baik tak naik syeh King dibuatnya.  


Ok sal akak dah tayang akak naik kuda ni..... jom karok lagu kuda hitam ayoh 



  Kuda hitam aduh kuda hitam
Tak dihitung namun berbahaya Lari tenang aduh... pelan-pelanTau-tau bisa nyampai keluan
Gadis manis aduh... kulit hitamHidung mancung abang... berbahayaTenang-tenang aduh... menghanyutkanTau-tau bisa bikin kejutan
( korus )Kalaulah naik kuda hitamLari kencang nafas pun panjangKalaulah punya pacar hitamWalau hari panas senyum senang
Jangan marah aduh abang-abangHati-hati hidup di duniaJangan pandang remeh pandang ringanAku nyanyi bukan sembarangan



4 comments:

  1. Wah... Bestnya naik kuda. Jeles i olls. Macam dalam filem bajrangi bhaijaan. Akak ada gaya macam penunggang profesional. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best yang oiiii. Eh kalau macam bajrangi bhaijaan tu naik bas lokal kut. Gaya je lobeh tapi pro tu nan ado lah yang oiiii

      Delete