Assalamualaikum,
Mesti sekarang ni orang dok sibuk buat kuih raya kan. Tapi tu lah aku tenguk raya ke tak raya kuih tart yang aku suka , aku nampak banyak je terjual kat kedai petronas. Kadang teringin beli le sebalang. Tak boleh selalu. Bahaya hehehe
Aku kalau bulan puasa ni memang terkonang semasa dolu dengan kenangan membuat kuih raya. Apa lagi kenangan bersama aruah mak dan aruah bapak. Teringat-ingat bila bulan puasa je sibuk tolong aruah mak jemur tepung ,jemur gula. Lepas tu tolong goreng kuih deram. Teringat lagi sibuk tumbuk beras nak buat tepung beras.
Lepas tu kalau buat dodol teringat aruah bapak aku mengacau dodol. Yang tak boleh lupa tu dia dah ngantuk tengaharinya....di tinggal kawah dodol dengan api perlahan dia pi tidur sekejap. Sekali aruah mak nampak.....apa lagi le berkicau le. Sian aruah bapak kena kacau dodol sorang-sorang. Adik-adik lelaki aku kecil lagi masa tu. Tak kuat nak kayuh dodol dalam kawah. Selalunya dodol masak bila dah nak dekat berbuka. Masa tu berebut kami ambil sikit letak dalam daun pisang. Makan bila dah berbuka. Sikit punya lama mengacau dodol. Dodol baru buat emmm memang sedap. Al fatihah buat orang tua aku Hjh Saifah dan Hj Abdullah. Semuga Allah tempatkan mereka bersama orang yang beriman.๐ข๐ข๐ข๐ข
Banyak juga kuih tradisional yang aku suka.
1. Kuih kering
Kuih kering tu gambar macam kat atas. Kuih ni aku jumpa kat Pekan rabu alor setar. Sekarang susah nak jumpa sebab dah tak ramai orang yang membuatnya.
Dulu ingat lagi sebelum puasa aruah mak dah jemur tepung jemur gula nak buat kuih. Tapi kuih kering ni aku tak pasti bahan dia apa. Rasa macam pakai tepung je. Yang tak pandai tu kena buat bunga. Nanti bila di goreng mekar putih cantik warnanya. Time goreng tu api kena jaga jangan sampai hangus. Kalau hangus tak cantik nak jual. Kuih ni aku ingat time aku kecil-kecil. Lepas di goreng kuih tu di jemur. Dah kering garing gitu baru di sara gula. Hah macam kat atas tu. Susah wooo mahu jumpa kuih tu.
Aku jumpa kat pasar Rabu Alor star terus aku beli. Kuih lama yang dah nak pupus.
2. Kuih koya aka putu kacang
Kuih ni sedap tapi kadang aku jumpa dia bila makan rasa keras. Aku ingat kuih ni sebab aruah mak rajin buat dulu. Kuih ini di buat untuk di jual. Jadi memang aruah mak jaga kualiti kuih-kuih jualannya. Kuih-kuih raya yang aruah mak buat adalah jualan semasa raya untuk menampung perbelanjaan keluarga. Maklumle adik beradik aku kan ramai. Tapi aku salute kat aruah mak aku sebab terang hati bila belajar buat kuih dari orang tua tua dahulu.
Kacang hijau yang telah dimesin di gaul bersama gula. Nanti di embunkan. Lepas sahur mula lah aruah mak membuatnya menggunakan cetak kuih yang comel. Kuih tu kena tekan sekata jangan sampai kuat sangat nanti keras dan jangan sampai tak kuat nanti bila di ketuk atas dulang tepungnya berderai. Susah woooo. Aku paun tak pandai nak menolong aruah mak aku dulu. Tolong susun dalam dulang je dan jemur setelah kuihnya di cetak dalam acuan dan di ketuk atas dulang. Nanti kalau cuaca panas kuih tu di jemur dia akan jadi keputihan. Allahuakbar bila makan dapat yang lembut....sedappppp
3. Batang buruk
Kuih ni aruah mak tak buat tapi pernah menolong orang kampung buat gulungan kuih. Orang tak ingat lah gulungan tu buat dari apa. Tapi bila dah buat gulungan tu di goreng lepas tu di gaul dengan serbuk kacang hijau yang bercampur dengan gula. Gulungan batang tu renyah juga nak buatnya. Jadi orang yang menjual tu agih-agihkan kat orang kampung. Ramai buat banyak le dapat. Nampak je buruk nama pun buruk tapi sodap ooooo
4. Agar-agar kering
Agar-agar ni pun sodap. Dia guna gula batu bila buat agar-agar dan di jemur dia jadi bersako. Cantik bila agar-agar tu berwarna warni. Buat nipis-nipis dalam acuan. Lepas dah keras di potong dengan pisau bergerigi untuk nampak cantik. Lepas tu jemur tengah panas. Nampak bersako putih dek kerana gula batu.
Aku ada nampak kat pasar rabu rasanya ada jual. Tak payah tunggu nak raya untuk dapat makannya.
5. Kuih Bangkit
Kuih bangkit ni aku tak ingat siapa yang pernah membuatnya. Tapi pernah le rasa. Kat Segamat dulu ada staff yang jual. Bangkit santan. Sedap beb bila masuk mulut rasa cair di mulut lepas tu kena minum air. eh.....aku posa le......hehehehe
6. Kerepek ubi
Kerepek ubi ni peberet kita orang sekeluarga. Lagi pun senang je nak buat. Tapi yang kita orang tak boleh lupa bila aruah mak buat sira pedas. Perghhhhh yang gerseng dan garing sambalnya kat tepi kuali lah yang kita orang kutip. Bukan makan kerepeknya tapi sambalnya yang tertinggal. Aruah mak buat sira pedas memang laku lah time raya. Habis sebalang.
Kalau tak dapat ubi beli je ubi kering yang belum bersira lepas tu nanti aruah mak buat sira pedas. Selalunya adik aku Faizol yang dok Batu Pahat yang beli stok kerepek ubi yang dah bergoreng. Tinggal sira je. Sira pedas aruah mak punya air tangan tak boleh celen dengan orang lain lah. Sedap yak amat. Al fatihah buat aruah Hjh Saifah Hj Zahari.
7. Kerepek pisang
Kerepek pisang tanduk adalah peberet kami sekeluarga. Tapi tu lah pisang tanduk mahal. Bila nak raya orang buat kerepek jadi permintaan tinggi lah untuk pisang tanduk. Tapi aku suka kerepek pisang nipah. Sedap tau. Buat ni pun senang.
8. Pisang salai
Kalau area Batu Pahat banyak berjualan pisang salai ni. Kita orang tak buat selalunya pesan orang Batu Pahat je belikan. Sedap apa kuih raya makan pisang salai. hehehehe
9.Kacang bersalut
Ingat lagi kalau pergi beraya rumah Aruah Chik Thah mesti ada kacang ni. Kia orang mula lah minta resepi tapi selalunya tak buat-buat sampai lah raya tahun depan. Hah nanti datang beraya minta resepi lagi. hehehehehe Sebenarnya dah cuba buat tapi tak jadi sedap macam aruah Chik buat. Jadi senang cerita datang beraya rumah Chik le. Ala sebelah rumah je. Aruah Chik Tah ni adik aruah bapak aku. Al fatihah buat aruah Chik aka Rabithah Abd Majid.
10. Kuih samperit
Kuih samperit ni kuih tradisional juga tapi aku takde memori membuatnya. Kalau makan tu hah ada bila menziarahi rumah saudara mara.
11. Buah rokan
Kuih buah rokan ni pun mudah juga sebenarnya. Tapi rasanya pengalaman yang aku pernah buat tak serangup kuih buatan orang lain. Jadi ambil mudah hah pergi beraya rumah orang le. hahahaha boleh gitu
12. Kuih rose aka kuih goyang
Hah ni memang aruah mak aku buat dulu. Susah woooooo sebab bila mengorangnya kena jaga api jangan sampai hangit kuihnya. Kena jaga supaya semasa angkat kuih tu cantik terbentuk bukan kelepet kelepet bunganya. Nama kuih goyang sebab acuan yang di masukkan dalam bater tepung tu bila masuk dalam minyak panas kena goyang-goyangkan acuannya supaya keluar kuihnya dari bekas acuan.
Ada sekali tu aruah mak aku buat esperimen. Selalu kuih goyang ni manis kan kali ni dia buat pedas. Rupanya gunakan bancuhan buat rempeyek tapi tak letak kacang le. Jadi ada le rasa rempah ketumbar jintan tu semua. Sedap.
13. Kuih Bahulu
Banyak banyak memori buat kuih bahulu lah yang aku selalu ingat. Sebab pakai dapur kayu. Hah bakar macam gambar di atas tu. Tapi yang selalu aruah mak aku buat bahulu lapis dengan bahulu gulung. Kalau bahulu yang macam ni jarang-jarang. Tapi adunan tu masih sama.
Lepas sahur pukul telur dengan gula sampai penuh satu pasu. Nanti ambil sikit masuk dalam mangkuk untuk di campur dengan tepung. Kalau buat bahulu gulung acuan dia bulat je. Masak dalam selapis bahulu gitu. Lepas dah masak keluarkan baru letak jem neneas buatan sendiri. Lepas tu gulung. Selalunya seminggu nak raya lah sebab kuih ni tak boleh lama-lama nanti dia berkulat. Tapi selalunya memang peberet kita orang. Masa aku dok asrama dulu selalu aku kidnap 1 gulung bawa balik asrama.
Satu lagi bahulu ialah bahulu lapis. Buatnya macam bahulu gulung tapi banyak lapis. Kalau bahulu gulung dia selapis je. Bahulu lapis ni guna api bawah atas. Lapisan tengahnya aruah mak letak jem.
Mula-mula masak selapis lepas tu tekan-tekan bahulu yang dah masak. Lapis jem atasnya. Lepas tu letak adunan bahulu selapis atasnya. Dah masak tekan dan letak jem. Rasanya dalam 4 lapis gitu.
Yang buat cantik tu lapisan tepung tu warna kuning dan warna merah. Jadi macam kuih lapis tapi bahulu. Sedap sebab masak guna dapur kayu. dengan asap kelapa.....perghhhh. Memang takkan jumpa lagi lah kuih lapis ni sebab ada yang aku beli tak sama rasanya dengan aruah mak aku buat.
14. Kuih siput
Kuih siput ni jenuh juga nak buat dia. Adunan tepung dia pun nak kena pandai. Kalau tak lembut boleh jadi keras. Yang jenuh sebab nak gentel macam siput tu. Dia jadi sedap dan tak muak sebab rempah dalam adunan tepung dia. Ada rasa pedas rempah kari gitu. Memang laku lah kalau ada ni.
15. Rempeyek
Ni peberet kita orang. Buat dia pun senang. Tak pakai acuan letak je tepi kuali. Cuma bancuhan dia kena pandai. Cair dan kepekatannya kena pandai lah bancuh adunannya. Yang best boleh letak kacang banyak-banyak. Kacang tu pun kena ranggup. Lepas tu makan dengan sambal kicap. perghhhh
16. Tumpi
Tumpi ni macam rempeyek cuma bezanya rempeyek guna kacang tanah manakala tumpi guna kacang hijau. Goreng tepi kuali je. Sebab tu tak cantik tapi bila makan sedap beb.
17.Kuih Deram aka peneram aka kuping keling
Ni yang paling banyak memori macam aku citer kat atas tu. Nak buat bunga pun kena pandai. Goreng pun kena hati-hati jangan sampai geseng. Memang kena leter lah kalau tidak menepati kualiti aruah mak. Sampaikan pada masa tu kita orang dah muak nak makan kuih deram sebab hari-hari buat selama sebulan tu. Tapi sekarang kami rindu sebab kuih deram yang kami makan tidak selembut yang aruah mak buat. huhuhu
18. Kerepek ubi sira pedas
Ni sama macam kat atas kerepek ubi biasa.
Lagi satu kerepek keladi. Dulu kalau beraya rumah Pak saudara aku kat gersik aruah Bibik Samilah selalu buat kerepek-kerepek. Kita orang suka sebab macam-macam jenis kerepek dia buat. Satu daripadanya kerepek keladi. Sedap tau. Al fatihah buat Bik Samilah. Sejak Bik samilah meninggal dunia Paman Yasir aku pun sudah semakin uzur. Sekarang terlantar di rumah sejak di serang angin ahmar. Paman Yasir tinggal satu-satunya Pak saudara adik beradik aruah mak yang tinggal.
Alfatihah buat semua mereka yang aku sayangi yang telah meninggal dunia. Rindu yang takan terubat selamanya ialah rindu pada mereka yang telah meninggal dunia.
semua kuih ni saya ada memori makan je. buat tak pernah. tapi Pekan Rabu memang lubuk nak cari kuih tradisional macam ni
ReplyDeleteTu lah pekan rabu yang baru ni belum sampai lagi. Tapi memang seronok kalau pi pekan rabu tu
DeleteAllahu! Memang nostalgia sungguh.
ReplyDeleteSaya pun ada pengalaman bantu jemur tepung, jemur gula untuk buat putu. Comel-comel kejadian putunya.
Segala kerepek pisang, ubi kayu, keladi memang wajib ada.
Satu lagi hidangan wajib sudah tentulah halua dan jeruk buah-buahan.
Kuih siput tu, selalu tolong emak gentel di waktu malam. Pagi menoreh, petang ke kebun, malamlah waktunya buat kuih.
Bab mendodol, dan wajik kami buat dengan jiran tetangga.
Begitu juga dengan bahulu. Pakat dengan jiran kumpul telur itik. Pukul telur dalam pasu dari pagi. Menjelang senja dah nak berbuka barulah siap bakar bahulu! Ehhh... sedapnya bahulu zaman dulu tak ada dah nak jumpa lagi sekarang!
Kalau nak tulis komen pasal kuih-kuih tu, memang tak cukuplah 500 patah perkataan. Apa yang Notie tulis tu semuanya saya alami. Tumpi... rempeyek...aduhai kenangan!
Deletehihi. buat entry lah kak Amie
DeleteTu yang terkonang semasa dulu. Apa lagi rasa yang kita rasa dulu dah tak mungkin akan kita rasa lagi sekarang
Delete