Monday, April 3, 2023

Resepi sambal pelbagai gaya dengan ikan bilis

 



Tempoyak ikan bilis & petai..

Bahan-bahan
*2 ulas bwg putih
*5 ulas bwg merah
*Segenggam cili padi
Ikan bilis
3 sudu tempoyak (nak letak sekilo pon boleh.selera masing2)
Daun kunyit - hiris(urat tengah daun yg keras tu aku buang)
Petai
Air
Gula, garam & serbuk perasa

- tumbuk pakai lesung batu semua bahan tanda *.kalau korang malas sila la pakai blender

Cara-cara:
Tumis bahan tumbuk/blend smpai garing & Masukkan ikan bilis.. dah sebati baru masukkan tempoyak & 1 cawan air.. kacau sampai agak2 masak & pekat.. masukkan gula,garam & serbuk perasa.

Agak-agak dah pekat ikut citarasa masing-masing baru masukkan petai & hirisan daun kunyit.. nak basah-basah sikit tambah la air sikit.jangan ko letak air 1 baldi pulak.jadi sup nanti. kacau 3-4 kali terus tutup api.




RESEPI SAMBAL TEMPE IKAN BILIS
~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bahan dan cara membuatnya :
Ikan bilis size kecil (yang ni basuh, toskan airnya dah kering baru goreng dengan api yg sangat perlahan)
Tempe ( tak kisah berapa keping, tapi hiris halus2 dan senipis2 nya,goreng)
Kacang tanah (goreng)

Untuk sambal :
1senduk kecil bawang kisar,
7sudu besar cili kisar
4sudu besar gula
Minyak utk menumis

Tumis bawang kisar, sampai dia agak garing dan kekuningan. Selepas tu masukkan cili kisar. Tumis sampai pecah minyak dan garing. Masukkan gula (gula ni mmg kena lebih, saya letak garam secubit sahaja buat syarat sebab nanti gaul dengan ikan bilis masin terlebih pulak). Tumis sampai dia mendidih tutup api, tuang minyak lebihan sejukkan sambal. Dah sejuk semua baru gaul sebati dengan bahan goreng tadi ..senang dan mudah kan!


Resepi Ikan Bilis Masak Kicap

Bahan-bahannya:
2 genggam ikan bilis.
1 batang cili merah di hiris
10 batang cili api di hiris dan di ketuk.
1 biji bawang holand di hiris.
1 sudu kicap manis
1 sudu cili kering yang telah di blend (nie optional.. boleh saje je letak untuk rasa pedas... tapi tak pedas pun)
Secubit garam untuk perasa.

Cara-caranya:
Ikan bilis di goreng garing dan di ketepikan.
Keluarkan baki minyak dan tinggal kan sedikit saje.
Tumiskan bawang sehingga naik bau wangi.
Masukkan cili blend dan tumis sehingga wangi.
Masukkan cili merah dan cili api yang telah di hiris tadi.
Masukkan kicap manis dan gaul rata.
Taburkan garam sebagai perasa.
Tutup kan api
Masukkan ikan bilis tadi dan gaul rata.
Sedia untuk di hidang.



Resepi Sambal Gesek Ikan Bilis

Bahan-bahan:
20 biji cili api kampung
1 labu bawang besar (potong kecik2, senang nak tumbuk nanti)
2 ulas bawang putih
1 cawan ikan bilis (basuh dan toskan)
1/2 sudu kecik garam
1 sudu kecik gula
1/4 cawan minyak

Cara-cara:
Tumbuk cili api, gula dan garam hingga lumat.
Masukkan bawang besar dan bawang putih, tumbuk hingga lumat. Ketepikan.
Tumbuk kasar ikan bilis.
Panaskan minyak dan goreng ikan bilis hingga separuh garing, masukkan cili api dan bawang yang dah ditumbuk tadi.
Goreng dengan api perlahan hingga sambal gesek menjadi garing.
Siap



Resepi Ikan Bilis Goreng Kicap

Bahan-bahan:

Segengam Ikan Bilis
1 biji Bawang Besar (hiris nipis)
1 ulas Bawang Putih (cincang halus)
7 biji Cili Padi (hiris kasar)
1 sudu besar Kicap Lemak Manis
Minyak utk mengoreng

Cara Penyediaan:

1. Sediakan bahan-bahan yang diperlukan termasuk minyak masak (tiada dlm gambar).
2. Cuci bersih ikan bilis.
3. Panaskan minyak & goreng ikan bilis sehingga keperangan. Pastikan minyak betul-betul panas untuk dapatkan ikan bilis goreng yang rangup.
4. Masukkan pula kicap lemak manis & gaul rata. Kemudian tutup api.
5. Toskan ikan bilis yang telah digoreng tadi sebentar untuk buang lebihan minyak.
6. Ikan bilis goreng kicap is done..! Sedia dinikmati bersama nasi panas 




RESEPI IKAN BILIS ASAM JAWA CILI DAN BAWANG

BAHAN2:

1 gengam ikan bilis(cuci Dan toskan)
1 biji bawang besar(potong bulat)
1 batang cili merah(potong serong)
1 batang cili hijau(potong serong)
3 ulas bawang putih (dikatok)
1 1/2 sudu besar asam jawa+1 cawan air
1 sudu besar gula
1 sudu kecil serbuk perasa Knorr
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1/2 cawan minyak masak

CARA MEMASAK:

1. Panasakan minyak 1/2 cawan, gorengkan ikan bilis sehingga rangup,
2. Masukkan bawang putih, masak sehingga kekuningan,
3. Masukkan perahan asam jawa, serbuk lada hitam, serbuk perasa
4. Kemudian masukkan, bawang merah, cili merah, cili hijau, Dan gula. gaul sebati Dan siap dihidang
Resepi Oleh: Nurul Ateekah



Resepi Ikan Bilis (goreng garing)

Bawang Besar
Cili Padi
Bunga Kantan
Serai

Hiris halus bahan² , tambah gula, jus limau, serbuk pati ayam (sikit je sebab ikan bilis dah masin) & ikan bilis goreng. Gaulkan sebati. Siap



Resepi ikan bilis kentang

Ikan bilis digoreng.
Kentang digoreng.

Blend kasar

Cili api merah/hijau
Cili merah besar
Bawang merah
Bawang putih
Belacan
Sedikit ikan bilis.

Tumis bahan blend. Masukkan asam keping, gula garam. Api sederhana. Tumis sampai garing. Dah garing, masukkan kentang goreng tadi. Kacau2, tutup api. Biarkan sejuk. Dah sejuk baru masukkan ikan bilis tadi. Gaul sebati. Siap



Resepi Ikan Bilis Kentang Kicap

Bahan-Bahan
Segenggam ikan bilis
2 biji kentang (potong memanjang)
1/2 ulas bawang besar
10 ulas cili api (belah 2)
Kicap ( ikut tahap hitam yang disukai)
Kaedah
Mula-mula goreng ikan bilis hingga garing dan tos minyaknya, ketepikan.
Goreng kentang yang telah dipotong-potong memanjang, ketepikan.
Dalam kuali tumis bawang besar hingga layu.
Masukkan cili api yang telah dihiris dan kacau.
Masukkan sedikit kicap dan kacau lagi agar kicap tidak terkaramel.
Akhir sekali masukkan ikan bilis dan kentang.
Tutup api, sedia untuk disediakan



RESEPI IKAN BILIS CABAI MELAKA aka cili api

Resepi ni Boleh tahan tak basi hingga 2 minggu kalau kena cara masak. InsyaAllah.

BAHAN :

- Bawang besar 3@4 bijik (mayang halus)
- Bawang putih
- Cabai melaka ambik la segenggam ka Kalau takmau pedas, campuq cabai hidup dalam 4@5 bijik
- Belacan dalam 1 ruas jari
- Ikan bilis

(Cabai melaka, cabai hidup, bawang putih, belacan) blend kasaq, jangan sampai hancoq.
Nak sedap lagi, sepatutnya tumbuk. Tapi lambat so blend ja.
Blend ayaq jgn banyak, agak2 boleh kisaq ja.

CARA MEMASAK :

1. Goreng ikan bilis sampai separuh garing (jangan terlalu garing satgi keras)

2. Tumis bawang merah sampai garing (guna minyak ikan bilis tadi)

3. Masuk cabai yang blend tadi dan kacau sampai garing. Yang ni memang kena betui2 garing baru sedap.

4. Kalau nak letak pak aji, silakan. Tapi saya tak letak sebab memang tak makan. Garam takyah




Resepi ikan bilis masak bujang

ikan bilis
bawang merah
bawang putih
cili padi
cili merah

goreng ikan bilis dahulu
tumis bawang putih,cili padi,cili merah masukkan ikan bilis,sedikit garam dan perasa..perah air asam sikit nk bg ummphhh...utk bg nmpk menarik boleh la ltk kentang,tomato...mmg selera..mkn nasi pns2...ermmmm
ni bahannya agak-agak je

Kredit Resepi : nurul aini nasir


RESEPI IKAN BILIS KENTANG TUMIS SUHUN

Bahan-bahan:
* 4 biji Kentang – dihiris nipis dan goreng
* 5-6 sudu besar Ikan bilis – dicuci bersih dan goreng
* 1 ikat Suhun – direndam bersama air
* 1/2 biji Bawang besar – dihiris
* 4 ulas Bawang putih – dikatok
* 1 biji Cili merah – dihiris
* 1 biji Cili hijau – dihiris
* 2 tangkai Daun kari
* 1 sudu besar SOS tiram
* 2 sudu besar Kicap Manis
* Serbuk perasa Knorr
* 1/2 sudu kecil Serbuk lada hitam
* 1/2 sudu kecil Serbuk kunyit
Cara-cara:
1. Goreng kentang sehingga masak dan juga ikan bilis
2. Gunakan minyak ikan bilis tadi, Tumiskan bawang putih dan bawang merah masak sehingga keperangan
3. Masukkan daun kari, cili merah dan cili hijau. Masak seketika
4. Masukkan sos tiram dan kicap manis . Gaul sebati
5. Masukkan suhun, serbuk perasa, serbuk lada hitam dan serbuk kunyit. Gaul rata...
6. Akhir sekali, masukkan kentang dan ikan bilis. Masak sehingga rata dan sedikit kering..
Siap untuk dihidang

Kredit: Nurul Ateekah



Ikan bilis goreng garing
Gula 1-2 sudu
Sos tiram 1-2 sudu
Kicap

Bahan tumbuk kasar :
Cili padi
Cili merah besar
Bawang besar

Bahan hiris nipis:
Cili padi
Bawang besar

Tumis bahan yang ditumbuk dengan minyak goreng ikan bilis...goreng sampai naik bau masukkan sos tiram, kicap dan gula..Goreng agak dah masak masukkan bahan yang hiris nipis..lepas tu tutup api...dah agak sejuk baru masukkan ikan bilis.. gaul² sebati..siap! Senang dan sedap



Assalamualaikum,

Hah kalau time sahur macam dah tak lalu nak makan hah buat lah lauk macam ni. Kompom beres nasi dalam pinggan. hehehe. Kadang tak yah le beriya masak macam-macam hah buat je sambal ikan bilis dengan kentang ni emm menambah-nambah apa lagi kalau ada pedas sikit. Jangan pedas sangat nanti sakit perut. 

Peberet aku yang ikan bilis dengan kentang. Kentang di goreng. Banyakkan bawang hiris siram dengan kicap.....perghhh Kena ada sikit cili api baru mantul gitu rasanya. hehehe

Ni aku ambil resepi dalam facebook. 

8 comments:

  1. semua sambal sedap campur bilis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya sis buat penambah selera dan penambah nasi. hehehe

      Delete
  2. Notie... rasa nak cungkil saja skrin laptop, geram nengok segala tayangan sambal!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amie lorrrr apa pekdahnya cungkil skrin laptop....buat le baru mantul rasanya. hehehehe

      Delete
  3. ehhhh semua sedap kecuali yg ada tempoyak tu sbb ktia tak kawan ngan dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh tak suka tempoyak tapi tu lah yang paling best rasanya

      Delete
  4. Semua sambal ini mampu meransang selera semasa sahur.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak beli sambal yang dah siap. Sonang. Kadang goreng telur mata lembu letak sambal atasnya. Baru ada selera nak sahur.

      Delete