Assalamualaikum semua,
Sebenornya ni time berjimba-jimba masa Hari Deepavali nun. Tapi dek kerana kepala masih lagi memikior kan tentang data yang masih belum pulih lagi ni jadi terlupa lah nak tepek. Alkisahnya masing-masing dah lama tak berjumpa jadi bila ada time free minggu tu dimana cuti Deepavali dengan Awal Muharam berdekatan ramai yang menyambung cuti termasuk lah aku. Sepatutnya Isnin dah cuti tapi sebab Hari Sabtunya Julie dah tenguk cpu komputer dan dia suruh pihak BPM check lagi jadi aku terpaksa lah datang kerja hari Isnin untuk contact technician BPM untuk check lagi cpu tu. Walaupun dia orang kata masih tak boleh buat tapi bila aku kata julie, anak buah aku kata boleh lagi recover data-data tersebut, marah orang technician BPM tu bila orang lain yang tegur dia. Jadi diaorang ambil semula cpu tersebut dengan tak puas hatinya.
Ok lah kisah Cpu tu tolak tepi dulu lah.Risau bila memikirkannya. Berbalik kisah berjimba-jimba dengan Geng UB pulak. Jadi bila dah confirm ramai yang nak join termasuk lah Mar yang dah lama aku tak jumpa, Wan pun set time bermain pukul 9 tapi aku yang lambat keluar rumah dah hampir 9.45 baru sampai. Sampai je depa dah start game. Jadi aku pun melepak je melihat depa bertungkus-lumus nak jatuhkan pin. Malahan wan dan Rin 2 kali buat jatuhan kebelakang. hehehehe Bukannya bola tu ke depan tetapi terbaling ke belakang pulak da. Aku pula Sesekali menolong kak su membuat balingan.
Kuih cara hasil tangan nacha
Sambil bermain nacha siap bawa kuih cara dia yang sedap tu sebab intinya banyak. Maklumle baru beli acuan jadi tu tunjuk skil masak lah tu. Rin pula bawa chesse tart yang emm sedap. Sambil main sambil posing lah. Mar bawa anak-anak dia yang dah besar-besar semuanya. Dulu-dulu kecil-kecil lagi la ni dah lama tak jumpa sekejap je dah besar. Maknya maintain je macam tu. Anim dan Mama Era pun ada malahan EE dan yusuf pun ada juga. Yusuf tu bukan main mesra bermain dengan yasmin anak nacha, macam dah kenal lama je bila tenguk mereka bergurau-senda.
Masuk game kedua aku pulak main. Mula-mula ok lah tapi lepas tu emm bola asyik masuk longkang. Masa main tu juga aku rasa macam urat kaki belah kiri macam terkucil. Tapi masa tu tak rasa sangat. Jadi takde lah kisah sangat. Rupanya ianya melarat sampai ke esokan harinya. Malahan makin teruk bila Hari Khamisnya aku dan adik beradik aku pergi I-city pula pergi ke Waterparknya yang baru.
Geng Ulat Buku yang hadir, anim pula entah ke mana.
Habis bermain bowling, kita orang pergi makan kat Jonny's pula. Orde 2 set yang untuk 2 orang makan untuk 8 orang makan tapi wan tak puas makan jadi meja kami orde lagi satu set untuk 2 orang makan. Sedap betul bila makan sambil bersembang. Yang join Rin, Anim, kak uda, wan dan aisha, Nacha serta yasmin, wabit dan aku. Lama juga makan sambil sembang panjang. Maklumlah nak berjumpa dan bersembang bukannya selalu jumpa.
Fuh berasap-asap
Pukul 2 lebeh selesai je makan kitaorang pun balik. Aku pula hantar wabit ke Putrajaya Central sebab wabit balik naik ERL. Jadi seharian bersama geng Ulat Buku cuti Deepavali memang seronok dapat berjumpa dan bergembira bersama-sama, bersembang dan bergurau-senda.
No comments:
Post a Comment