Monday, December 10, 2012

Korea 2011 Day 2 Bhg 3

6) Day 2 - Lokasi 6 - World Cup Stadium

 Assalamualaikum,
 Ok kita sambung bahagian ke 3 pula. Maklum le lokasi banyak jadi terpaksa lah buat sebahagian dengan gambar lagi nak tunjuk. Nanti pergi rumah Full house rasanya kena buat 1 entry je kut. Sebab teruja tenguk rumah dia dengan naik feri lagi. Nami Island jangan cakap le memang posing sakan. Yang bestnya selepas balik dari korea, tv7 sedang tayangkan cerita Full House jadi bila tenguk movie tu seronoklah masing-masing, hah tempat tu aku dah posing hah tangga tu aku dah jejak. Kelakor je lepas tu call bertanya tenguk tak Full House. Kaki drama korea le katakan.hehehehe.

Selepas pergi muzium tentera kami pergi ke stadium World Cup pula. Kita tahu kan Korea pernah menganjurkan World Cup. Tahun bila em cari sendiri lah aku dah lupa. hahahaha dah sah le tak minat bola sebab tu tak ingat pun. Tahunya bila game bola ni nak tahu resultnya je sebab tak mahu sakit dada tenguk bola. hehehehehe alasan.
 
 Pemandangan dari luar stadium

Cenderahati yang disimpan sempena World Cup
Begitu luasnya stadium tersebut.
Posing depan model apa ya, emmm macam cerita Dragon ball je eh tu cerita jepun.

7) Lokasi ke 7 - Myeong Dong (tempat shopping yang femes)

  Selepas melawat stadium world cup, kita orang pun di bawa ke tempat membeli-belah yang femes di seoul. Ada beberapa tempat shopping yang femes di seoul seperti Dong daemun, Namdaemun. Myeong Dong ni juga salah satu tempat yang femes dan mesti singgah kalau dah sampai korea. Tempatnya macam kita pergi ke Bukit Bintang je. Terdapat deretan kedai yang pelbagai jenis. Kebanyakkannya kedai kasut, kedai baju, kedai mekap serta penjagaan diri. Yang aku suka kalau kedai bahan penjagaan diri dia begitu meriah dengan pom pom girl atau penjualnya. Yang best tu kadang dapat cenderahati kecil seperti kotak tisu atau sample barang yang kecil. Malahan model-modelnya selalunya pelakon korea yang hensem dan femes. Macam Kim Hyun Joong kat bawah ni. Aku tak ingat ni model jenama apa. Tapi teringat dulu opismate wan beli sebab harga di sini lebih murah dari di malaysia, banyak beza juga lah. Pencuci muka lah, krim lah, dan macam-macam jenis lagi. Tapi tidak di nafikan yang kulit pelakon- pelakon korea begitu licin dan mulus. Cantik kulit dia orang. Adakah kerana pemakanan disebabkan kimchi atau barang-barang penjagaan muka yang bagus.
Yeh Pelakon Kim Hyun Joong dalam cerita Boys Over Flowers

Pelakon Won Bin dalam Autumn in My heart

Lawa baju-bajunya

 Fesyen baju-baju korea pada masa ni banyak baju sejuk almaklumlah dah nak masuk winter tapi memang fesyen terkini semuanya. Malahan yang pergi shopping pun cantik-cantik baju-baju mereka. Ada tu hanya berstokin panjang warna hitam digayakan dengan blaus pendek yang comel. Orang korea ni rata-ratanya kecil dan kurus jadi baju-baju mereka kebanyakannya size yang comel lote lah. Aku dan akak takde lah nak beli apa pun cuma kak Jal beli beg kecil yang ada kelopak bunga. Nak beli banyak pulak tu untuk kawan-kawannya, aku cakap mahal kalau semuanya nak di beri. Lagi pun baru 1 tempat kita pergi belum lagi tempat shopping yang lain. Mana tahu ada lagi benda lain yang lebih murah dan cantik seperti brooch. Selepas tu balik semula ke Itawon untuk makan malam.       

8) Lokasi ke 8 - Namsan Tower


Perjalanan diteruskan ke Namsan tower. Jenuh juga nak naik bukit ni.Bas tak sampai di atas hanya berkumpul di satu kawasan untuk bas. Jadi kalau nak ke tower tu kena jalan kaki. Ada juga kereta kabel tapi aku tak pasti belah mana maklumlah dah gelap. Atau kereta kabel tu hanya untuk waktu siang je malam tak ada. Yang teruknya tu ketinggiannya tu mencanak macam 45 darjah. Nak lebih best naik bukit dengan cara mengundur tak ada le rasa mencanak sangat. Nasib baik malam dengan udara sejuk jadi tak ada lah berpeluh sangat tapi huh semput juga lah. Tapi bila dah sampai di atas melihat pemandangan bandar seoul emm memang cantik. Masa ni kamera aku dah nak kong. Ya lah kita orang belum sampai hotel lagi ni setelah sampai dari malaysia jadi belum sempat nak charge bateri lagi. Bateri pulak tu tak ada spare jadi menumpang bergambar pada yang masih boleh guna lagi.  Lokasi atas Namsan tower ni rasanya banyak terdapat dalam drama korea. Malahan drama malaysia pun ada juga buat pengambaran di situ. Rasanya drama kat Astro kut dimana pelakon Scha bekerja sebagai peramugari di Airasia, tu entah apa tajuknya. Sebab rupanya kat atas tu terdapat tempat untuk meletakkan kunci bersama orang yang tersayang. Macam-macam jenis kunci yang ada. Sampai penuh kawasan tersebut tapi aku nampak ada lagi kawasan yang masih kosong.

                                       Banyak sungguh kunci pasangan sedang bercinta terpateri di situ.


      Ayat-ayat cinta yang lovey dovey tangkap leleh. Memang jiwang karats sungguh ayatnya.hehehehe

  Selesai berjalan di Namsan tower semua pun dah kepenatan. Sampai di hotel check in, semua pun dah ngantuk dan kepenatan. Sampai bilik je aku terus je charge bateri kamera. Itu yang penting. Sepanjang di korea ni kamera memang kena guna sepenuhnya dari pagi sampai malam. Nasib baik kamera canon ni boleh sampai 1000 gambar jadi snap je lah. Bilik ok lah malahan boleh layan drama korea lagi tvnya walaupun tak ada sarikata emm faham-faham sendiri lah ceritanya main agak je. Bilik hotel dia kecil je malahan yang share 3 orang seperti kak noor, wan dan iejay memang sempit dgn beg baju lagi. Jadi kaknoor tumpang solat di bilik aku yang muat untuk seorang. Bawa juga makanan sikit mana lah tahu  tekak tak layan sangat makanan korea jadi maggi mee dan roti serta makanan dalam tin kena bawa juga untuk kecemasan.

 Kita sambung hari ke 3 pula ya.    


No comments:

Post a Comment