Ciptaan tuhan begitu indahnya dan betapa besarnya Kekuasaan NYA. Hanya insan biasa yang tidak sempurna namun punya hati dan perasaan. Hanya saje suka-suka di samping sentiasa bersyukur dengan kurniaan NYA.
Wednesday, December 12, 2012
Masuk paper Sinar Harian - 12.12.12
Assalamualaikum,
Tengahari semalam time rehat buka je facebook, keluar lah tag yang Izza letak. Wah gambar aku dan geng semasa Jualan Karnival Alaf di Shah Alam. Fuh femes sekejap masuk dalam paper tapi huh Sinar Harian. Kalau paper Utusan ke Berita Harian ke lagi klas ko jah. hahahaha perahsantan sungguh, masuk paper je dah rasa macam retis pulak. Mana taknya sekejap pi besday Remy lah, sekejap besday Fahrin lah, lepas tu pi terjah Baim Wong pulak tu. Lepas ni siapa pulak retis macho lagi hensem yang menjadi kegilaan ramai dan terlaris di pasaran. Kita tunggu ya..
Penulis Izza Ariffin ni sebenarnya lama dah kita orang kenal sejak dia menulis di kakinovel lagi. La ni kat Alaf pula dan dah keluarkan novel terbaru yang merupakan kesinambungan dari kisah Ryan tulisan Izza novel di kakinovel. Sebelum tu dia dah tepek kisah Ryan tu dalam blog. Dulu-dulu memang rajin membaca enovel la ni emm dah tak jumpa enovel yang kick yang boleh buat aku tidak keruan selagi tidak membacanya setiap hari seperti dulu-dulu seperti RADHA, Rumah kecil Tiang 1000, Enigma dan beberapa blog yang menjadi kemestian sebelum memulakan tugas. Kiranya pemangkin dalam berkerjalah. La ni blog cucuratap pun dah lama sepi lepas tu dia tutup dan yang lain pun dah kurang berkarya dalam blog seperti kaksu dan Anis Radha. Rasanya pemulaan Enovel dahulu ialah Radha, lepas tu terjumpa rumah kaksu, dan terjumpa rumah Hlovate. Dari situ kami berkenalan secara dalam talian tanpa mengenali siapa orangnya. Dan pesta buku menemukan kami dengan mereka-mereka yang pada mulanya hanya bertegur sapa didalam petak shoutbox dan komen dan akhirnya mewujudkan silaturahim yang berpanjangan disebabkan minat yang sama. Ajaibnya silaturahim yang terjalin itu. Akhirnya aku mengenali mereka didalam geng Ulat buku malahan boleh melancung bersama-sama dan silaturahim itu terus terjalin sehinggalah sekarang. Malahan dapat berkenalan dengan kawan di Singapura, di Brunei dan di Indonesia hanya melalui blog enovel sahaja. Macam kaknoor , nacha dan Iejay di atas tu aku kenal hanya semasa menghadiri launching buku di kakinovel, lepas tu pesta buku jika sama-sama nak membeli buku, dan seterusnya jika ada apa acara yang kami nak pergi. Tu belum lagi masuk kaksu, yah, nawwir, wan, lia, wabbit dan lain-lain lagi geng Ulat buku.Tak sangka aku dapat ramai kawan hanya melalui minat kami yang sama iaitu membaca novel ini kerana ada sebahagiannya yang merupakan juga penulis novel.
Berbalik gambar kami yang Izza tepek tu balik kerja je aku terus ke kedai, jenguk kut ada lagi akhbar Sinar Harian tersebut sekali tinggal 2 huh terus aku rembat satu. Apa lagi lah buat kenang-kenangan. Dulu masa pergi konvo kaksu, masuk juga lah gambar kami dalam majalah Nur, lepas tu masa pesta buku ada juga gambar masa penulis Indon launch buku dia. Tak jadi penulis tumpang kisah penulis pun jadilah. hahahaha
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
wah...tahniah, masuk paper... mesti tgh perasa femes ni ..hihi... aku dulu selalu gak masuk paper zon selatan, selalunya pasal kegiatan sekolah. ada satu ustaz tu rajin anto berita kitorang kat paper... sekarang tak de dah, sbb ustaz tu dah pindah.... kalau tidak boring gak sekolah lain tengok.. balik2 sekolah aku je masuk paper padahal kdg2 tu aktiviti biasa je... nak glamour punya pasal...
ReplyDeletelupa plak nak suggest kat ko.. apa kata ko laminate atau frame kan.... mesti gempak tunjuk kat anak2 buah ko
ReplyDeleteI know this if off topic but I'm looking into starting my own blog and was wondering what all is required to get setup? I'm assuming having a
ReplyDeleteblog like yours would cost a pretty penny?
I'm not very web smart so I'm not 100% sure. Any recommendations or advice would be greatly appreciated.
Thank you
Feel free to visit my web site; best cellulite treatment
I'm really enjoying the theme/design of your web site. Do you ever run into any internet browser compatibility issues? A number of my blog readers have complained about my blog not operating correctly in Explorer but looks great in Safari. Do you have any advice to help fix this problem?
ReplyDeletemy website: home cellulite treatment
wah minat menulis ye...mcm kak minat membaca n menulis tp xfemes sbg penulis...hilangkan gian menulis kat blog jer.
ReplyDeleteSis PAridah tak le pandai menulis cuma minat membaca dan berkawan dengan penulis dapatle tempias sebagai penulis... hehehehe
ReplyDelete