Thursday, December 6, 2012

Korea 2011 Day 1 n Day 2 Bhg 1


Hari 1 -  9hb November 2012

   Assalamualaikum semua. Kita cerita pasal jenjalan lagi ya. Sebelum ni  dah cerita trip korea tahun 2008 kan dan kali ini nak citer pasal pi korea tahun 2011 lah pulak ya. Ini kali yang ke 2 aku pergi korea. Kalau dulu dengan wan dan opismate nya dan pergi musim winter dan  kali ini pula dengan akak dan geng UB di musim Autumn pula. Memang sangat teruja kali ni sebab pergi dengan geng Ulat buku dan juga geng kamceng aku iaitu Kak zaharah serta june. Kali ni yang buat teruja sebab lokasi tempat yang kami pilih banyak lokasi drama korea. Sudah semestinya yang pergi ni semua peminat cerita korea jadi bila tenguk jadual perjalanan pi tmpt shopping sampai 2 kali kami requestle tempat lain sebab maklum le duit won ni mahal , dapat jejak tempat shopping sekali je cukuplah  yang femes seperti Myeodong (Macam pi kat Bukit Bintang), Dongdaemun, Namdaemun (macam Nilai 3 tempat borong), Isadong (macam pi bangsar sebab tempat pelancong dan barangnya lagi mahal 2 kali ganda) dan dengan harga pakage yang lebeh murah daripada dahulu dan rata-rata geng ramai yang tak pernah sampai kecuali aku, wan dan nacha, sudah tentu mereka jadi tak sabar nak pergi. Kali ni chief de mission ialah iejay. Manakala aku pula ajak Kak Jal yang tiba-tiba jadi excited nak jalan. Apalagi sejak dah pencen ni ada masa terluang tenguk cerita korea kat tv jadi bila aku ajak dia jadi teruja nak pergi. Sebelum ni aku dan wan  pergi pada tahun 2008 dan dikala itu musim sejuk malahan dapat main salji pun walaupun cuba berski tapi skinya tak leh jalan-jalan juga, huhuhu sodih sangat tapi pada kali ini musim luruh dan nak masuk musim sejuk. Walaupun musim luruh tapi kena standby juga baju sejuk sebab yang tak tahan ni angin dia sejuk sampai ke tulang apabila waktu malam.

Hari 2 - 10hb November 2011 
Penerbangan bermula pada pukul 2 pagi dan sampai di Lapangan Terbang Incheon Korea pukul 6 pagi. Oleh kerana ada masa subuh lagi dan ada tempat di bilik air yang bersih maka kami bergilir-gilir solat. Setelah selesai membersihkan diri, buang air, solat maka perjalanan pun diteruskan. Sebelum sampai ke tempat bagasi kami kena naik shuttle train.

Kena melalui shuttle train dulu sebelum melepasi kastam.

 
Geng Ulat buku yang turut sama rombongan cik Kiah.

  Selepas semua prosedur di turuti, cop pasport dan seterusnya ambil beg dan tadaa kami sedia nak berjalan di seoul. Yezaaaaa. Semua dah seronok sangat nak jenjalan di seoul selama 8 hari 6 malam. Kami telah di tunggu oleh Nazmi iaitu Tourist guide kita orang yang merupakan anak pada opismate Eijay. Nazmi sebelum ni pernah menuntut di korea dan setelah bekerja di malaysia pun dia buat partime jadi agent pelancungan di korea. Bagus juga tu senang nak suruh dia tolong tanyakan dalam bahasa korea. Aku cuma tahu anyeong haseyo, gamsahamida, sarangheo hehehehe tu je lah. Hah lagi satu uppa Gongchan jejaka dalam cerita My Girl yang hensem.  hehehe sempat lagi tu teringatkan Lee Dong Wook. Iejay siap printkan bahasa hangguk korea yang mudah-mudah tapi bila dah berjalan, emmm takde masanya nak tenguk bahasa hangguk tu semua. Semuanya hempuk dalam beg. Lebih teruja nak berjalan  dari satu kawasan ke satu kawasan sambil posing. hehehe. Apa lagi geng semuanya kaki posing.  

  Dalam bas kami diberikan roti dan susu untuk sarapan. Hah macam kat atas ni susu banana. Sedap tau. Seminggu aku layan susu banana selain dari susu coklat tapi aku pilih susu banana sebab sedap, ini disebabkan tak boleh sarapan di hotel kerana meragui kehalalannya. Nak selamat makan roti bean kacang hitam dan susu banana buat sarapan. Jadi setiap pagi nazmi terpaksa supply sarapan roti dan susu. Emmm kalaulah kat malaysia ada jual, rasanya hari-hari aku nak minum susu pisang ni. Sedap tau. Tak caya.. hah kalau pi korea jangan lupa cari ya. Aku yang tak minat susu sekali rasa terus jatuh chentan... bukan kat mat korea tapi susu banana ni ler ya.

Akak aku depan patung berdepan dengan Rumah Presiden.

1) Lokasi 1 (Blue House)
    Dari airport kami terus menuju tempat pertama iaitu ke Rumah Presiden atau pun  Blue House. Depan palace tu ada satu tugu seperti gambar diatas. Depan tu pintu masuk ke palace Presiden Korea. Jadi kat area berhampiran sahaja yang kami ambil gambar. Lepas tu depan tugu tu ada satu bangunan yang menempatkan macam-macam mengenai sejarah korea. Masa aku pergi 2008 dulu kami cuma berkeliaran di sekeliling tugu tu je sambil berposing. Malahan aku dan wan sampai menyeberang ke jalan seberang nak ambil gambar berdekatan dengan pintu masuk Blue House. Tapi kali ini setelah puas posing di depan tugu tu kami semua pun masuk dalam bangunan tersebut. Aku lupa apa nama tempat tersebut.

Warga korea dengan baju tradisionalnya mempromosikan batu-batu berharga yang boleh dijadikan rantai dan sebagainya.

Ni sebenarnya merupakan studio dimana sesiapa pun boleh posing dengan presiden Korea walaupun hanya sekadar gambar sahaja. hahahaha jadilah ya. Entah bilo den dapek bergambo dgn Presiden Korea la weiiii

2) Lokasi Istana Gyeongbok

  Selepas tu kami dibawa ke Gyeongbok Palace. Seperti Blue House, Gyeongbok Palace juga tempat tour yang wajib pergi. 

Melepas lelah
Comel tempat paip air tapi sejuk.....burrrr

Pertukaran pengawal Istana.

Gambar diatas adalah rumah tradisional korea, best je melepak kat tepi macam tu kan. Lepas tu tempat paip air buat membasuh tangan. Kiranya asli sungguh bentuknya. Lepas tu pertukaran pengawal pintu Istana. Wah macam acara pertukaran guard di Istana Buckingham, UK je. Tapi tenguk lah pengawal dia sikit punya tinggi dan besar. Kak jal yang bergambar disebelahnya nampak rendah je. Dah lah muka sikit punya serius. Senjata yang di pegang pun ada yang mengerikan je. 

Kita sambung Bhg 2 ya




No comments:

Post a Comment