Wednesday, January 9, 2019

Aktiviti penutup 2018 dan selamat Datang 2019


 Assalamualaikum,

Tahun 2019 dah hampir 2 minggu berlalu aku baru nak up cerita. Tapi ni cerita tahun lepas ya.

Penutup Tahun 2018 sempat lagi buat aktiviti keluarga pada Cuti Krismas. Walaupun tak semua dapat balik tapi tetap meriah dengan makanan. Yang meriah tu bila buat BBQ. Apa lagi yang tak balik semuanya kecur melihat makanan yang di hidangkan melalui whasap keluarga. hahahahaha saje je menyakat keluarga yang tidak dapat join. Supaya lain kali bila buat aktiviti keluarga lagi, semua bersemangat nak balik kampung. Kalau tak memang kena seksa bila melihat menu-menu makanan yang selalunya legend -legend semuanya. hahahahaha

Walaupun hanya aktiviti kecil tetap ada itinari tau. Hah hari Ahad selain buat potluck buat juga tahlil kecil. Lepas tu baru buat BBQ dan buat sukaneka sikit.Walaupun tak sediakan hadiah namun semua pun seronok je terutama yang si kecik-kecik tu.

Jadi lepas zohor,  baru kami mulai bacaan Tahlil bila satu demi satu family sampai.  Lepas tu baru buat BBQ. Bila masing-masing bawa makanan emm memang kenyang lah. Apa lagi bila Azli keluarkan kambing perap dia emmm memang walah.




              Jambu lawan dengan asam boi tapi asam boinya tak di blender halus....seketul seketul. Sambal hijau tu layan dengan ubi rebus yang Kak Jal bawa.


       Tempat pembakar bidan terjun. Yang expert membakar ni Anak buah aku kat johor, kali ini tak dapat join tapi julie pun pandai juga sediakan tempat pembakar bidan terjun ni.


 Selain daripada tu ada juga kek untuk akak dan anak buah yang sambut birthday bulan 12.


          Budak-budak bila nampak kek semuanya suka. Amboiiiii cik putih bukan main lagi ya. Anak Azli yang bungsu tu aku suka sakat dia dan panggil dia cik putih sebab memang putih sungguh. Nanti kalau dia marah dia jeling mata je terus cari bapanya. Ni belum lagi lawan dengan anak Hafiz si Jelita. Pun comel je. Cucu-cucu saudara aku yang cinonit ni semua nama pun Tok Anjang dah lupa sebab nama hampir sama.


         Kek ada 2,  satu untuk birthday dan 1 untuk Ajid yang dapat keputusan cemerlang dalam PPT 3.


                     

          Mula-mula sekali bakar kambing. Aku yang tak suka kambing pun jadi suka sebab takde bau dan sedap pulak rasanya. Lembut dagingnya. Yang kelakor tu tukang bawa pun tak dapat rasa sebab sekali bakar habis sekali bakar habis.....hahahahaha laku sungguh. Lain kali kena request Azli  buat banyak kambing perapan , semua boleh rasa.




        Ni idea julie, cantik pulak berwarna warni sosej bakar ni. Ikan bakar ada juga Ijan yang bawa siap dengan sambal perapan untuk ikan bakar. Semerbak bau bila di bakar. Tapi tak leh lawan kambing lah.





        Kambing panggang, besar tapi bila dah masak lembut dagingnya. emmm aku pun bagai terasa-rasa kesedapan kambing bakar ni. hehehehe kena request buat BBQ lagi ni.


         Bakar kat anjung depan rumah je senang. hehehehehe lokasi yang sesuai sekali untuk lepak ramai-ramai. Ramai tukang bakar dan ramai pembantunya. Seronok bila berebut-rebut membakar macam ni. Bila makan berebut-rebut jadi seronok.  Kalau Jaki ada dia rajin bawa udang, ketam fresh dari johor.  Besar-besar pulak tu. Memang sedap le.


                    Salad dan kentang tu tak tahu siapa yang bawa.  Anak Yazid tu dia pun tukang sibuk konon nak tolong habis dulang tu di ayak ke sana ke sini.


         Macam-macam gaya ada, si tukang bakar, si  tukang sibuk dan paling best si tukang makan. hehehehehe  dia yang sedap bila masak je pass kat sebelah. Yang ambil masuk kat dulang sambil tu ngap masuk mulut. hehehehehe Belum selesai bakar, perut dah kenyang. Tu yang spesel jadi tukang sibuk.     


                                               Kambing dah masak yeh yeh yeh.


   Meja kat dalam dikeluarkan untuk meja berkelah di anjung. sambil sembang sambil makan. ngap ngap ngap.




   Bila dah macam ni hilang semua protol adab semasa makan. Siapa yang segan dan malu memang lapar le. hehehehe



         Berger ni Wani bawa banyak....bakar banyak ingatkan tak habis.....budak-budak suka licin semuanya.


             Semua dah kenyang, jadi buat aktiviti sukaneka. Ala buat simple je pasang lagu dari dalam kereta buat acara berebut kerusi. Tenguk gaya budak-budak semuanya mencuit hati.


                           Lepas tu acara dewasa pulak. Akak-akak aku pun tak mahu kalah juga.

                                                  Entah siapa yang menang. Kak nong ke Jol.


 Besoknya pergi ke HS Farmstay kat Kesang Laut. Katanya ada  taman tema baru yang sesuai untuk mandi manda. Tenguk gambar macam best je jadi siapa yang nak join pun ikut lah.

Tempat tu tersorok sikit tapi ramai yang dah  tahu dan bila kami sampai kereta dah bersusun banyak,,,, apa lagi cuti sekolah kan. Tentu mak bapa nak bawa anak-anak mereka berjalan-jalan.

Masuk kena bayar ye. Aku lupa berapa harganya sebab Jol yang bayar masa masuk tu. Makanan pula tak bagi dibawa masuk tapi kita orang sorok-sorok bawa. Ada tempat jualan makanan tapi tahu ja lah mesti mahal dan tak banyak variety.

Apa pun seronok lagi mandi di Air panas Bemban, sebab kawasannya luas dan orang tua pun boleh mandi untuk kesihatan selain untuk budak-budak yang dah dibuat kawasan khas untuk budak-budak. Tempatnya makin cantik dah sekarang. Lama dah tak pergi ke air Panas Bemban tu.






 Adik ipar aku , Shiba yang selalunya sibuk menjaga maknya sakit terus je nak join sama. Maklumlah kat rumah je sibuk menjaga mak sendiri bila dengar kami nak  lepak kat taman tema hah apalagi Adik bawa semua anak-anaknya. Diaorang kalau bab mandi semuanya suka. 


  Hari Krismas semua nya dah balik ke tempat masing-masing. Macam wani satu family balik ke Taiping sebab mengajar di sana. Agenda aku dan akak-akak pula seperti biasa 3h2m dok Bakri membersihkan kawasan sekeliling rumah Mak. Kalau tak buat macam tu , sesekali balik entah nampak rumah entah tidak sebab semak  samun. Adik sesekali balik pun kadang dia rajin meracun rumput keliling rumah.

   Semuga Tahun 2019 kami adik beradik dapat buat aktiviti bersama keluarga sekerap yang boleh. Ini jelah caranya kami mengeratkan sillaturahim sesama keluarga. Disamping meriahkan rumah kat kampung dapat berjumpa adik beradik pun dah seronok. Semuga Tahun 2019 dipermudahkan urusan dan di permurahkan rezeki kami adik beradik serta sanak saudara. Aamin

4 comments:

  1. Replies
    1. Kasi bako siapa yang tenguk.... Sedap nyam nyam

      Delete
  2. Selamat tahun baru 2019..

    kambing bakar mmg fav..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. Sedap Rupa ya huhuhu terperangkap dgn ayat nanti darah tinggi naik

      Delete