Assalamualaikum,
Setelah di bawa meninjau 2 pantai yang cantik....wawa bawa pulak kita ke Seongsan Ilchulbong, yang merupakan bekas gunung berapi dan sekarang dilabelkan sebagai Unesco heritage. Pemandangan dari atas cantik , nampak bentuk kawah dia tapi dari bawah tak nampak lah.
Ada tiket nak masuk dalam ni. Pakage dah masuk benda alah tu semua jadi ikut je lah wawa bawa kita ke mana.
Cuaca pagi ni terang benderang....walaupun sejuk tapi cuaca panas terik...jadi jalan tak rasa sangat lah
Mana-mana pi jeju asyik lah nampak patung batu tu. Samada kecil atau besar.
Anne belikan tiket untuk group A dan B. Jom masuk
Terdapat pejalan kaki yang khas dan dibuat pagar supaya orang tak melalui tempat yang tidak berkenaan. Agaknya bila tidak dibuat pagar macam tu orang akan bebas berjalan kat padang rumput tu. entah-entah bentang tikar terus piknik. hehehehe aku ni suka sangat buat angan-angan mat jenin.
Suka sangat sikit-sikit jom piknik......sambil lepak-lepak.....hahahahaha ko ingat ko kat malaysia ke....aduhaiiiiii
Cantik pulak awan kat langit.....bercorak-corak
Kalau ada yang rajin boleh naik sampai ke atas tu.....aku huhuhu terfikir juga nak mendaki tapi sebab step aku slow jadi fikir nanti menyusahkan orang pulak menunggu aku jadi aku skip nak mendaki.. sebenornya pun tak larat....hehehe kita keliling sekitarnya sahaja lah.
Pemandangan dari atas...
Agaknya baru lepas musim panas jadi rumput pun jadi kuning. Agaknya kalau menghijau mesti cantik kan.
Kat bawah tu nun tempatnya Ahjuma menyelam.... tapi lah ni mereka sedang sibuk memasak di rumah.....nanti pukul 1.30 petang dia orang free baru buat show turun ke laut. hahahahaha
Kalau rajin boleh je menuruni tangga ke bawah tu....tapi aku idokle ye. Jalan ke bawah tu boleh tenguk Jeju woman diver performance. Tapi dia ada masa-masa tertentu. Masa kita orang ni belum pukul 1.30 jadi tak berpeluang lah tenguk Ahjuma menyelam.
Nampak bot berpusing keliling laut tu agaknya tu yang bawa pelancong mengelilingi persekitaran agaknya.
Tangga menuju ke pintu bahgia....eh... Rupanya ada juga sesiapa yang nak naik bot keliling kawasan sekitar. Aku agak je sebab nak tanya wawa...entah di mana. Semua orang dah berpecah mencari haluan masing-masing.
Hah tu nampak dah ramai orang dalam bot tu. Bayaran berapa tak pasti pulak.
Mencanak juga ni tangga dia.....huhuhu nak menurun ok lagi tapi nak mendaki....huhuhu terus lutut habis pelincirnya....huwaaaaa
Lalang kat tepi tebing ni pun cantik je napa ek.....hehehehe
Jangan ada ulau melingkau dalam semak.....huhuhu
Ni dia cerita pasal Udo Island. Agaknya Udo Island tu depan tu nun... Aku ada terbaca Udo Island pun best. Boleh keliling pulau dalam 1 hari naik basikal. emmm bestnya. Nak pergi kat situ naik feri.
Kat sini lagi le......membiru air lautnya.... nyaman mata memandang.
Tapi batu-batu persekitaran nya begitu unik....
Oleh kerana kita orang tak mendaki ke atas....dah puas keliling kat bawahnya terus lah balik semula. Menunggu wawa dan yang lain kita orang lepak dulu kat kerusi yang disediakan.
Bila semua dah sampai....wawa bawa kami ke satu tempat yang jual sovenir murah.
Kat pulau Jeju ni banyak patung batu macam ni. kata wawa ianya seumpama penjaga pulau.
Hah tu dia macam-macam bentuk.....ni aku pandang je...yang kat dalam lagi mengoda.....hik hik hik
Tu dia macam-macam ponch warna warni. Masa ni dah rambang mata nak beli tapi sebab won nya sikit je beli yang murah lah. Tapi kata wawa ni tempat yang paling murah untuk sovenir.
Ni macam-macam coklat dan cookies. Memborong coklat kat sini. Kotak dia cantik
Masing-masing dah rambang mata membeli. Pilih punya pilih hah ko aku pun lupa diri jap.
Beli coklat ni yang best tu 4 kotak free 1. Hah Macam-macam perasa...jenuh memilih. Tenguk orang lain dah bayar aku pun jadi kelam - kabut memilih. Sekali bila bayar hah ko kopak duit aku. hahahahaha. Tapi dapat beg Jeju cantik sebab aku beli coklat banyak juga. huhuhuhu Dah beli baru fikir camno le nak bawa balik mesia nanti. huhuhuhu tapi syiok. Tak puas dalam ni tapi sebab kejar masa tu yang jadi kelam-kabut. Dek kerana rambang mata nak beli tu yang terhegeh-hegeh nak beli ke tak, nak beli ke tak. Ikut hati nak borong semuanya tapi won ciput jadi yang penting saje lah ya.
Ok dah lapor......jom pi makan
4. jeju-2018-hari-ke-2-bhg-2-woljeoung
3. jeju-2018-hari-ke-2-bhg-1-gimnyeong
2. jeju-2018-hari-pertama
1. yeh-jejak-kaki-di-jeju-akhirnya
Bersih dan cantik.Tak jemu mata memandang.
ReplyDeleteDijaga sebab tu bersih dan cantik.
DeleteCT rsa shopping area Seongsan Ilchulbong ni sangat menarik dan kemas je tempat beli barangnya. tapi kami xdan meronda shopping sebab panjat gunung tu. ya rabbi !!! longgar lutut sebab tak ready nak memanjat. memang tak fit pun. tapi dipujuk Kak Sal maka naik jugala.
ReplyDeleteTempat shopping tu murah Dan banyak pilihan. Beli banyak dapat beg cantik
Delete