Assalamualaikum,
Hari ke 3 macam biasa, sarapan pagi aku melantak mushroom soup dengan layan kopi dia yang sedap. hahaha. Bila wawa sampai je terus kami memulakan perjalanan. Kali ini wawa bawa kami ke Pasar Dougmun. Kata wawa pasar tu dekat je dengan hotel. Dia adalah tunjuk arah kalau nak pergi tapi aku ni blurr sikit dan tak pandai ingat jalan, jadi takde lah meredah sendiri. Lagi pun bila balik je dah penat.
Wawa parking kat satu bangunan yang bersebelahan dengan pasar tersebut. Lepas tu jalan kaki entah mana dia bawa...kita orang ikut je. Nanti terlepas sesat haru pulak maklumlah tempat orang.
Tapi bila masuk je dalam pasar fuh macam-macam ado. Ada banyak kedai yang menjual pelbagai jualan. Ada pinggan mangkuk....hah yang ni macam peralatan tradisional masak. Tapi eh nampak tu ada kasut jerami.
Limau pun ada ....macam-macam jenis dan harga. Ada murah ada mahal bergantung kepada kualiti limau. Ni aku tenguk pun mata dah jadi kuning je. hehehehe
Sovenir pun ada macam-macam. Tak sempat nak berhenti membelek sebab wawa laju je bawa kita orang kat satu kedai.
Dalam kedai ni macam-macam ada yang harganya agak murah juga lah. Depan kedai ni periuk belanga macam-macam jenis dan size. Periuk ni emm masak ramen ni sedap. hehehe comel je kan. Aku tak tahan rembat satu yang kecil sebab comel sangat dan best je kalau masak ramen. Ada pulak camtu. Rasanya kalau masak dalam kuantiti yang kecil pun comel je.
Periuk tembikar ni pun banyak size ada. Kecik sedang besor.
Semua pun dah rambang mata membelek set sudu dan chopstick. Macam-macam jenis ada nak murah ke mahal. Aku beli set sudu 2 keping harga 2,000 won. Rembat 10. Lepas tu ada set sudu dengan chopstick pun harga sama. Ambik 2. Lepas tu mangkuk masak ramen tu harga 4,000 won. Sebenarnya sudu kat kedai ni murah. Sudu korea ni cantik dengan panjang serta tebal.
Entah apa 3 sekawan ni dok menanya
Ikan kering ni di susun cantik dah macam kelopak bunga je.
Ada macam-macam jenis coklat. Tak sempat nak membelek dah kena cepat. Rasanya lebih murah lah.
Begitu luasnya kedai yang ada...dengan macam-macam jualan.
Ahjumma dengan pelbagai jenis kimchi.
Kami di bawa ke Jungang shopping mall yang terletak di bawah jalanraya.
Turun ke bawah......bila masuk wah syurga membeli belah. Kat sini wawa janji waktu sekian-sekian shopping dan berjumpa kat satu tempat. Masing-masing merayau ikut suka.
Oleh kerana musim Autumn jadi banyak sale dan diskaun baik punya
Sekali jumpa kedai Nature Republic...terus terjebak dan lama di sini. Tenguk tu face mask dia beli 1 dapat 1, bukan sekeping ya tapi sebungkus ada 10 keping. 9,500 won tu dalam RM35.15 jadi sekeping dalam RM1.75. Kat malaysia mana nak dapat. Taj borong sampaikan terus nak habis kat rak. Aku beli 1 dapat 2 tapi bila dah balik malaysia kenapalah tak beli 2 boleh dapat 4 paket. huhuhu nyesal beli sikit. Dah lama tak manjakan muka. hehehehe. Lepas tu belek lipstik ada warna yang aku berkenan rembat lah 1.
Bila tenguk ni eh kaki pun pakai mask ye. Tak pernah pulak buat. Patutlah kaki orang korea cantik belaka. hehehehe
Setelah semua berkumpul wawa pun bawa kami ke lain pulak.
Lalu di kawasan luar di mana banyak ahjussi dan ahjuma menjual keluaran tanam-tanaman masing-masing.
Macam pergi pasar pagi kat kampung-kampung ja. Seronok pulak tenguk sambil menyembang sambil berjualan. Kalau aku jual limau tu agaknya banyak masuk dalam mulut dari orang beli. hehehehe
Sayur-sayuran mereka yang jarang aku nampak. Tu macam cendawan je.
Aku tenguk dengan penuh takjub sayur-sayuran mereka sambil ambil gambar....sekali kena jerkah ko dengan ahjumma ni. Dia cakap korea aku cakap melayu balik lah. hahahaha Entah apa dia marah....aku tenguk je bukannya mencuri.
Kali ni masuk gate 1 pulak.
Sekali mereka terjebak kat kedai ahjumma ni....kedai oden dan pancake versi korea.
Ramai sungguh lah peminat oden. Ko tenguk lah oden yang wawa pegang tu besar ko.
Ahjumma ni tak menang tangan melayan kami. Aku pulak suka tenguk dia buat pancake versi korea tu.
Taj makan bertambah-tambah. Entah berapa banyak cucuk oden dah habis. Makan panas-panas cecah dengan sambal. Dr Yasmin pun bukan main suka sangat. Masing-masing seronok makan oden.
Berasap--asap wap yang datang dari kuah dengan oden didalamnya. Macam masak yong taufu je.
Demostrasi letak pancake tu dalam bekas cawan minuman. aku beli 1 keping dan makan. emm ada rasa macam manis ada rasa kacang. emm sedap jugalah. Tapi sebab biasa makan lempeng cecah sambal emmm sedap lempeng kat malaysia je lah. hehehehe Tapi makan panas-panas ni sedap jugalah. Yang garing-garing tu sedap je. Kalau tenguk ni macam ada 2 versi biasa dan warna hijau.
Ahjumma ni suka lah dan senyum lebar sebab kedainya laku hasil serbuan group A dan Group B.
Selesai makan dan perut dah kenyang kami teruskan perjalanan. Jauh lagi tapi dah sepagi kat Pasar Dongmun. Bila tenguk dah masuk waktu zohor terus wawa bawa kami ke satu masjid. Tapi jangan expect bangunan masjid macam kat malaysia ya.
Hah dalam bangunan 3 tingkat ni lah tempat yang dikatakan masjid tu.
Dah selesai solat, mana yang dah siap terus turun kat bawah. Turun tangga eh tadi masuk tak nampak pun rak ni rupanya dah terlajak ke tingkat bawah. Tenguk dia punya bekas sabun masing-masing. Kemas dan tersusun.
Ok jom ke tempat lain pula
wooaaah da ade tempat proper nak solat senangla hati jalan2. kalola kimchi tu diyakini boleh makan geram nak bawa balik. paling berkenan radish kimchi tu =D
ReplyDeleteKimchi dia macam2 kalau lah halal memang nak Cuba rasa
DeleteEh..tak tau plak ada masjid tu. Sebab kat Jeju ni tak ramai orang Islam
ReplyDeleteTu lah masa wawa kata nak bawa ke masjid... terbayang lah masjid satu-satunya di Jeju sekali bila sampai eh dalam bangunan bertingkat ka. Rupanya dia jadikan tingkat atas sebagai tempat untuk solat. Syukur semuga satu masa nanti terdiri masjid yang proper di Jeju seperti di Itawon. Aamiin
Delete