Assalamualaikum,
Alhamdulillah dapat juga aku jejak kaki di Jeju. Alkisahnya terjebak nak ke Jeju ni bila tenguk Kdrama My Girl yang ada adegan heroin curi limau dan lepas tu jual limau dengan tuan punya kebun aka hero, aku terus excited nak pergi Jeju sebab nak panjat pokok limau. hahahahaha angan-angan tak sudah tapi akhirnya dapat juga tapi takdelah pergi panjat pokok tu ya sebab pokoknya rendah ja. Tak payah nak panjat-panjat bagai... nak panjat pun takde dahan aku nak panjat sebab semuanya penuh dengan buah limau yang sedang masak ranum ko.... mau tak giler tenguk limau masak merata-rata. Tanam tepi rumah pun dah melayut-layut ko....hish hish hish geramnya aku.
Ok kita start perjalanan kita ya.
Oleh kerana flight pukul 8 pagi 1hb November tu jadi kenalah datang awal ke KLIA 2 untuk check in. Kalau ikut kata aini kena ada pada pukul 3 pagi. Oh ya sebelum tu JMT buat group wasap untuk group kami. Apa-apa update dia maklumkan dalam tu. Sebelum tu juga dia ada maklumkan cuaca di Jeju pada tarikh yang kami akan datang selama 5 hari. Tenguk cuaca gloomy ja...dalam hati aku berdoa harap-harap bila aku di sana selama 5 hari cuaca terang benderang lah hendaknya ya. Alhamdulillah Allah mendengar doa aku....cuaca terang dan tiada tanda-tanda nak hujan sampai sudah.
Oleh kerana tiada orang nak hantar airport pagi subuh sapiee tu jadi hari Rabu tu ambillah cuti. Jadi pergi awal ke KLIA 2 naik ETS ja. Sebelum terjebak dengan orang yang balik kerja aku pun cepat-cepat pergi KLIA 2 dan sampai dalam pukul 5 lebih. Oleh kerana lama lagi jadi melangu je lah petang tu. Rupanya antara tempat pelepasan antarabangsa bila kita naik je escalator kiri dan kanan tu, kat atas tu banyak kerusi untuk sesiapa nak melepak. Tapi tu lah sejuk kerusinya. Jadi sepetang tu sementara nak masuk magrib lepak le dulu kat situ . Jadi bila masuk magrib carilah surau....sekali masuk. Ya Allah besar sungguh surau kat aras tu. emm kalau aku tahu lama dah aku lepak dalam tu. Boleh lepak sambil baring2 longgarkan tulang belakang yang ketat. hehehe. Bolehlah aku lunjurkan kaki. hahahahaha
Selesai semua urusan, aku pun cari sudut cantik punya untuk landingkan kepala sebab ngantuk sangat, semalam tidur lambat. Tengah lena tidur sekali dengar bunyi riuh rendah suara orang macam ramai yang masuk dalam surau tu. Rupanya jemaah umrah daripada Indonesia. Wah surau tu terus penuh. Ada 3 group aku tenguk berdasarkan kepada baju dia yang boria. hehehehe sebab sama warna. Masa aku buat umrah tahun 2017, seronok tenguk jemaah Indonesia sebab baju je boria semuanya. Ikut pakage yang mereka pergi, jadi lain syarikat lain kaler.
Aku pernah tanya salah seorang jemaah, berapa pasang yang mereka ada, sebab setiap kali jumpa sama je warna. Mereka dapat 2 pasang supaya boleh ditukarganti.
Seronoknya aku tenguk, rasa macam nak simpan duit lagi buat umrah. Hah tenguk lah semua dah bergelimpangan merehatkan diri sebelum penerbangan seterusnya. Oleh kerana dah tidur awal jadi bila mereka masuk, aku pun terus terjaga. Bersembang le dengan seorang jemaah dari Indonesia tu. Tanya dan bercerita macam-macam. Bagus lah kan bila tenguk orang Indonesia, muda-muda lagi dah buat umrah. Mereka memang menyimpan khas untuk haji dan umrah. Walau bagaimana susah pun mesti ada simpanan khas untuk itu.
Dah habis mendongeng, aku pun baring semula sebab mbak yang aku ngobrol tu pun nak rehat juga. Sekali entah pukul berapa macam dengar riuh rendah lagi, lepas tu senyap. Dalam pukul 2 pagi, aku dah tak boleh nak tidur lagi jadi terus lah bangun. Tenguk eh dah orang lain. Jemaah Umrah yang ramai tadi semua dah hilang...tu pun ada jemaah lelaki asyik dok jenguk-jenguk surau wanita sambil memanggil-manggil ahli groupnya, takut ada yang tercicir. Kita orang bengang lah sebab privacy surau wanita telah tercemar. hehehehe
Bila dah hampir pukul 3.30 terus lah ke tempat yang telah di janjikan. Dapat lah jumpa dengan Aini wakil JMT yang akan uruskan semuanya untuk check in. Rupanya adik sakinah yang bungsu.
Masa ni baru kenal ahli group. Tapi masa duduk dalam kapalterbang bercampur-campur dengan group yang lain. Rata-ratanya perempuan semua. Mesti semua suka nak layan view Autumn di Jeju.
Aku dah berkenalan dengan Kak Aishah yang pergi bercuti berdua dengan anaknya. Bila tanya anaknya kerja mana.....alaaaaaa sama kementerian lah pulak. Kenal dengan big boss aku. Aduhaiiii keciknya dunia. Ramai juga warga KKM yang cuti bersama aku. huhuhuhu
Akhirnya pukul 4 petang waktu korea kami sampai. Waktu korea 1 jam awal dari malaysia.
wah siap ada banner tu menyambut kedatangan pelancong malaysia dari 1 nov sehingga 5 november.
Wawa kata dia tunggu di Angel in us Coffee. Jadi semua pun terus terjah kat sini tapi bayang dia tak nampak lagi. Nampak sebelah tu ada kedai macam 7 eleven terus lah masuk tenguk. Sempat lah rembat susu pisang yang menjadi pujaan hatiku.
Luas kan airport Jeju. Belah kiri pintu keluar. Banyak kenderaan menunggu orang-orang yang baru sampai di Jeju.
Oleh kerana dah suntuk masa, sempat lah cari tempat kat penjuru untuk solat jamak Ta'akhir. Takut sampai hotel dah magrib.
Anne dan wawa yang uruskan 3 group dan bergilir-gilir hantar kami semua ke hotel. Masa ni bercampur lah 3 group. Hotel ditempat yang sama.
Hah tenguk tu Anne....kuat dan laju ja buat kerja. Group kami yang last bila Anne dah hantar ke hotel. Itu pun ada yang dah sampai dulu. Kan bercampur 3 group tu yang siapa siap jalan dulu.
Suasana petang di Airport Jeju.
Sampai kat lobi masing-masing di beri kunci .Tudung biru tu lah Kak Aishah yang baru aku kenal tadi. Dia group C . Nanti bila berjalan lain van tapi masa breakfast dan dinner tetap jumpa di hotel.
Pemandangan luar berhadapan dengan Hotel. Hari pertama yang berlalu begitu sahaja. Habis dalam perjalanan ja. Jadi sampai kat hotel dah petang. Aku sebilik dengan Taj. Oleh kerana Taj dah masuk dulu, aku pun lupa nak ambil gambar dalam bilik. Ya lah jumpa kenalan baru takut kita redah je orang tak suka. Kena pelan-pelan kenal dan tenguk macamana peribadi kenalan sebilik aku. Kalau dengan geng UB yang aku dah kenal emmm hentam saja. Lagipun bila dah masuk bilik terus lupa nak ambil gambar. Lagi nampak katil yang begitu gebu untuk di tiduri. hahahaha selalunya part tu yang aku suka buat.
7.30 malam ambil makanan yang JMT sediakan. Makan nasi goreng kimchi. Berakhirlah hari pertama di Jeju.
Ramai gak yg ikut JMT..bestnya dpt gi ldg limau jeju..haha..citer My Girl..
ReplyDeleteRamai apa lagi Musim autumn bertali arus orang media datang sampai kan 5 tour guide penuh agenda. My girl tu best apa citer dia
DeleteOpss orang mesia
Deletediorang memang bagus. mesra2 semuanya hehehe.. trip CT hari tu Anne juga yang bawak hehehe.. hari tu kami hampir2 kena solat kat airport jugak sebab luggage keluar lambat gilaaa dekat satu jam. waktu solat pun dah nak abes. tapi syukur sempat ke hotel dlu. tataula kenapa dahla belt tu share dengan 7 kapal terbang. seksaa tunggu.. seronok kan.. share lagi nanti CT datang baca =)
ReplyDeleteHaah anne wawa zaty semua peramah. Ada 2 lagi lupa nama dia
Deletenak panjat pokok limau? ahahha...lawak! akak..pokok limau tu sama tinggi dengan kak Nottie jek
ReplyDeleteYa JM rendah je. Nak panjat pun dahan tak nampak. Tapi syiok tau kalau dapat manjat pokok buah. hahahaha
DeleteJMT??oo Jeju Muslim Tour..berapa RM all in akak..utk 5 hari 4 mlm tu....satu group berapa org?..8 org ke?
ReplyDeleteMula-mula harga Rm2999 tapi lepas tu dapat diskaun rm 200 dapatlah rm2799 untuk 5H4M. Satu group 11 orang
Deletekatil gebu untuk ditiduri? ahahah
ReplyDeletehehehe kalau dah ngantuk katil pun rasa gebu dan sedapnya bila landing.
Deleteye akak..carik jek mana2 tempat yg rasa bersih..solat jek..janji solat kan
ReplyDeleteHaah kan. Tapi sekarang mereka macam sediakan tempat untuk solat apa lagi bila tenguk orang malaysia menderu-deru pergi korea.
Delete