Thursday, November 3, 2022

Saringan Kesihatan Buat warga IPKKM


 Assalamualaikum,

Pagi ni kat auditorium ada aktiviti saringan percuma buat warga KKM. Apa lagi aku dan geng belakang pun pagi lagi dah naik tingkat 8. Tapi tu lah bila kata buat saringan je....hah hati aku jadi berdebar-debar.  Tapi bila matron siew ajak emm ok lah jom kita buat saringan percuma.


Changgih ko bila buat pendaftaran. Cuma guna kad pengenalan je dah boleh daftarkan diri.  Tapi ada lah staff yang tunjukkan camne nak guna. 

Jadi masukkan kad pengenalan dalam tempat dia. Ala macam kita pi cucuk duit tu kat atm hah tapi ni kita pi cucuk kad pengenalan. Hah salah cucuk dia tak boleh baca kad pengenalan kita. Hah camno nak daftar. Sebab ada depan aku mesin tu tak leh baca kad pengenalan dia. Mungkin sim kad pengenalan dia ada masalah. Jadi ketepi dulu , jadi aku pulak dapat no register awal dari Matron padahal kami beratur sama-sama cuma sebelah menyebelah je.  Ada 2 mesin di depan dan 2 mesin pendaftaran di belakang. 

Sister siti, iza dan anne dah sampai dulu jadi dapat nombor cepat. Tapi aku Matron siew dan Dd terlambat jadi bila sampai kat mesin pendaftaran tu di depan berderet orang beratur. Jadi kami ke belakang. Dapat lah aku nombr 2046.


Lepas tu pi meja pendaftaran selepas dapat nombor. Sebenarnya ada form yang kami perlu isi tapi kami dapat semasa menunggu nombor naik. Jadi jenuh le isi form.Form tu senang ikut je  flow dia.


Dah dapat nombor register moh le kita tunggu nombor naik. 



Sebelum nama di panggil



Masa ni baru berapa orang yang di panggil. Jadi belum ramai lagi.


Akhirnya nombor aku yang di panggil. Kat sini dia tanya history kesihatan kita. Lepas tu ukur ketinggian dan berat badan. huwaaaaa berat naik huhuhu 


Lepas tu check BP. Aku dah le berdebar-debar masa datang, lepas tu  kain balutan mesin tu tak boleh baca.  Akhirnya guna alternatif lain tapi huhuhu bp yang atas tinggi. Sistolik bacaan yang diatas tinggi dari 120 dan yang diastolik bacaan yang dibawah 80. Yang bawah ok tapi yang diatas huhuhu 


Selepas tu cucuk darah tenguk bacaan gula. Aduhaiiii patutnya pagi tu tak perlu sarapan baru buat test tapi dek terlupa dah siap sarapan dan dan minum air baru check darah. huhu memang le naik. Tapi risau juga ni sebab bacaan tinggi. Kena kurangkan gula ni. Patutnya ada juga check kolesterol tapi peralatan terhad. Yang mula-mula je dapat cehck tapi bila sampai kat aku dah habis. hish patutnya bawa le banyak sikit. 



Matron sedang check BP.

Selepas tu jumpa doktor pula. Oleh kerana aku dah ada setiap 6 bulan appoitment Doktor kat klinik kesihatan jadi tak perlu le rujuk ke klinik kesihatan.  Ikut je appoitment yang ada. 

Selesai terus data kesihatan yang kami buat tadi dimasukkan dalam Hrmis. Yeh dah selesai saringan kesihatan. Sekarang kena pantau BP dan gula serta berat badan. Huwaaaaaaa.


Selain daripada saringan kesihatan ,ada juga aktiviti CPR dan ada bahagian di luar kesihatan mental. Ada juga kesihatan wanita tapi aku tak pi. Dan ada juga check kesihatan dari segi perubatan Islam. Sebab Iza ada pi jumpa. Ada ustadz yang check dia. Sebab dia mudah tarik angin dari orang lain lepas tu sendiri yang tanggung angin tak sihat orang lain. Kata dia ada benda lain juga yang menumpang dalam diri dia. huhuhu seram pulak aku.

Ok begitu lah ujian saringan kesihatan yang kami hadiri pagi ni.

6 comments:

  1. Rare ni sekali dengan check cara Islamic. Jaga kesihatan kak notie oii..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah bila iza cerita eh ada ye. Kita orang mudah sangat dapat angin dari orang lain. Tapi kawan akak lagi terer siap boleh tarik angin melalui talipon...caya tak. Akak cuma yang berdekatan je. Kadang sampai termuntah-muntah selagi nagin orang lain akak tak keluarkan. Huh penat rasanya tapi nak buat camno dia automatik.

      Delete
  2. Cantik sangat tu bacaan yang bawah 80.
    Kena pantau kesihatan, termasuk saya yang mula senja ni.
    BP kita terus mencanak-canak naik sejak asyik ulang rawatan di klinik pergigian.
    Asal ada appointment saja, dari malam sudah tak sedap hati. Masuk bilik rawatan, terus rasa nak pengsan! Takutnya ..... mengalahkan perasaan takut mahu beranak pula.
    Anehnya apabila tidak ada rawatan gigi, stabil pulak BPnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama lah saya padahal dah tenang-tenang hati tapi bila nak check BP je zoom mencanak naik. Appoitment gigi selalu je tertangguh sebab BP naik...huhuhu Bahaya kalau BP tinggi bila cabut gigi. Takut lain jadinya. Doktor memang jaga bab ni.

      Delete
  3. Alhamdulillah saring kshtn selalu moga sht sjhtra tiada mslh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebetulan dia buat free hah pi le kalau nak ke klinik kena tunggu appoitment. Ni pun yang mudah je kalau nak test darah emm kena pi klinik juga

      Delete