Kek birthday bulan Sept dan Okt
Assalamualaikum,
Hari Isnin minggu lepas kami buat jamuan kecil-kecilan, majlis perpisahan buat Encik Rusli yang dapat bertukar ke Jabatan Perangkaan Selangor. Dulu Encik Rusli memang bekerja di Shah Alam malahan telah membeli rumah di area situ. Bila naik pangkat kena pindah ke Putrajaya emm memang jauh lah. Dan menjadi masalah pada Encik Rusli ialah dia ada penyakit mudah terlelap semasa memandu. Walau bagaimanapun kerana tugas kena lah hadapi. Malahan pernah accident semasa memandu motor. Jadi permohonan pertukaran tersebut dah lama lah di pohon dan akhirnya asyik kata dapat tukar je akhirnya Allah makbulkan doa dia. Memang Encik Rusli gembira lah akhirnya dapat bertukar walaupun sayang nak tinggal kan kawan sekerja.
Matron bancuh cocktail.
Tu dia kalau letak ais emmm memang walah le. Aku dapat rasa secawan je sebab bila tenguk lagi eh dah habis padahal bahan-bahan dia Matron buat sampai 2 bekas sebab banyak.
Ayam bakar.....sos dia emm sedap
KIta orang buat jamuan lunch hour sebab Big boss sibuk. Jadi Chief kelab order makanan tengahari dengan katering Arafat. Sedap lauknya.
Daging masak lomak cili api
Sambal goreng
Yang ni memang tak tahan. Sambal budu dengan cili sebiji-biji. Licin kau walaupun aku tak makan pun. Ngeri tenguk cili api dia.
Yang ni hah tu dia minyak sebakul....sambal macam sambal penyet. Tapi kita orang buang sikit minyak atas nya tu.
Selain daripada menu diatas ada juga ulam-ulaman timun, bendi rebus, ulam raja. Layan dengan sambal penyet tu lah
Matron ada tapau bawa balik sambal ni. Dia kata dia campur dengan ikan goreng sedapppp. Tak pedas sangat. Macam sambal penyet gitu.
Team belakang order spageti.....nampak tak atasnya. Penuh dengan seafood. Tapi dalamnya hanya spageti. Bila orang yang mula ambil hah memang di korek atasnya lah sehingga orang yang akhir hanya dapat spageti je. Makan dengan ni lepas tu layan dengan masak lomak cili api dan sambal yang lain fuh berdesing telinga kepedasan. Tapi sodap.
Aktiviti sebelum acara bermula.
Antara yang hadir
Encik Rusli sedang berucap. Yang pakai baju putih.
Kat depan tu ada meeting yang dipengerusikan oleh pengarah. Jadi kami terpaksa pasang penghadang supaya orang luar tak nampak kami berjimba membuat jamuan.
Meraikan yang bertukar dengan birthday bulan Sept dan oktober.
Selamat berjaya Encik Rusli.
Sedap-sedap menunya. Alhamdulillah dapat juga berpindah. Bahaya tu lelap time memandu
ReplyDeleteTu yang boss baru luluskan permohonan. Boss dulu tak bagi kesian menunggu dapat kelulusan
DeleteUntung encik Rosli ada orang raikan perpisahan dia...apa-apapun semoga ukhuwah sentiasa terjalin
ReplyDeleteInsya Allah boss baru ni hargai staffnya. Sayang nak lepaskan staff yang rajin dan baik tapi keluarga lebih utama.
DeleteSelamat menjalankan tugas di tempat baharu, Encik Rosli.
ReplyDeleteHappy belated birthday untuk yang diraikan bulan September dan Oktober.
Seronok dia sebab dekat dengan rumah
DeleteSeronoknya Encik Rosli diraikan penuh meriah. Moga gembira bertugas di tempat baharu.
ReplyDeleteMesti lah suka dia
Delete