Wednesday, November 16, 2022

Kempen di sana sini - PRU 15

 

Assalamualaikum,

Meriah sungguh suasana sekeliling ketika ini sebab di mana-mana saja banyak poster dan bendera yang melambangkan parti yang bertanding. Cantik juga bila ada warna biru, light biru, merah, putih hah apa lagi warna yang ada. Dek penangan pilihanraya yang ke 15.

Kat area Putrajaya hah dekat roundabout terbesar tu masa aku balik dari Seremban hah ko terpampang gambor Datuk Dr Radhi Jidin. Sebelahnya baru nampak Ku Nan. Putrajaya aku tenguk ada 6 calun yang akan bertanding tapi di sepanjang jalan keliling Roundabout tu warna biru dengan light biru bergandingan bersama-sama. Pergh sakan ko. Kalau sekeliling semuanya pasang bendera mesti cantik putrajaya.

Bagusnya mereka yang pasang bendera sebab bertolenransi dengan calun lain yang dah ada malahan diletak berdekatan. Hah baru lah cantik. Berkempen secara berhemah gitu.Kadang cantik juga bila ada pelbagai warna bendera yang di pasang mengikut calun yang bertanding.

Dan hari ni kat cafe E7 pulak Datuk Dr Radhi Jidin belanja orang yang makan kat cafe E7. Masa aku  turun nak beli makanan untuk lunch takde lagi  sebab masa tu takut makanan habis kita orang turun cepat dalam pukul 12. Sekali bila dah pukul 1 katanya Dr Radhi Jidin belanja .... wah habis roti kat rak cafe licin. Amboiiiii Hj Jelani tokeh cafe apa lagi sengeh lebarle  sebab barang jualan dia laku. Makanan licin dan macam-macam lagi yang ada dalam peti sejuk semuanya licin. Kempen orang nak bertanding kan. Masa ni semuanya nak belanja. 




Ni semasa balik kerja semalam. Nampak biru je tapi selang seli light biru pun ada. Yang lain aku tak nampak.


Oh ada warna lain tapi tak banyak 


Ni area jalan bunga raya


Ni calun area pandan



Hah yang ni cantik sebab semua warna ada. Biru, merah  dan putih

Tapi yang aku tak tahan tu bila sampai simpang masuk jalan ke Taman Melur dan Taman saga, hah tu dia terpampang gambar Rafizi Ramli calun Pandan sebesar-besar iklan gambar dia. Bayangkan sebesar alam ko dari bawah sampai ke atas pokok.

Besok cuti moh le kita balik kampung pi mengundi. Aku mengundi di Segamat. Sebab dulu daftar di Segamat. Kiranya ni balik mengundi sambil mengimbau kenangan lalu serta berjumpa kawan- kawan yang masih ada di Segamat.

Semuga undian kita kali ni dapat memilih calun yang betul-betul berkhidmat untuk rakyat. Semuga Malaysia mendapat pemimpin yang betul berkhidmat demi negara dan rakyat Malaysia. Aamiin

Mari lah mari kita mengundi eh ternyanyi lah pulak




12 comments:

  1. Oh ingat mengundi di Ampang. Selamat mengundi kak. Enjoy la kempen begini,asal jangan gaduh-gaduh sudah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah dah tukar alamat tapi bila check masih di segamat. Tak pe lah boleh ziarah kawan lama

      Delete
    2. Baru lepas baca entry ziarah kawan lama. Rasa nak nangis jugak. Huhu

      Delete
    3. Alhamdulillah ada rezeki berjumpa mereka lagi. Sambil mengimbau kenangan lalu

      Delete
  2. Replies
    1. Dah selesai sis sedang menunggu sapa jadi PM ni.

      Delete
  3. Replies
    1. Dah selamat pun wak. Dah tahu dah sapa menang

      Delete
  4. selamat sudah kita pangkah.
    adakah hari ni tahu siapa PM kita ?
    ha haha ha lama naw kali ni krisis kerusi PM.
    aduhai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sudah tahu dah sapa PM ke 10 kita. Mudahan 5 tahun yang akan datang Allah sentiasa melindungi rakyat malaysia hendakNYA. Aamiin

      Delete
  5. bestlah...calon belanja makan...hehe..meriah PRU15..mcm2 parti & calon bebas ada...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rezeki tu dapat merasa belanja calun pilihanraya.

      Delete