Kredit : post master KKM
Assalamualaikum,
Semalam dengarnya kawasan Meru banjir berlaku. ada staff aku yang sangkut nak datang kerja sebab berada di tengah-tengah kawasan banjir. Rumah dia tak naik air tapi kawasan sekliling yang naik jadi tak dapat lepas ke putrajaya.
Semuga semuanya yang terkena musibah banjir ni di permudahkan urusannya.
KKM ada ada bagi tips dari segi keselamatan makanan semasa banjir. Almaklumlah kadang dah banjir makanan ada yang tidak sempurna dan ada yang di jangkiti bakteria. Hah lagi susah. Dah le kesejukan menghadapi banjir, lepas tu makanan pulak tercemar. Allahuakbar.
Jadi jaga diri semua time musim hujan ni. Musim hujan dan juga musim pilihanraya. Dah tahu nak musim banjir tak sabar-sabar juga nak berpilihanraya. Macam le kalau tangguh tu dunia porak poranda terutamanya Malaysia. Sekarang kita guna kuasa kita memilih pemimpin yang boleh mentadbir negara dengan jujur dan penuh intergriti demi kerana rakyat bukannya kerana kuasa dan penuhkan poket sendiri. Kadang muak le tenguk drama politik di sana sini. Dah le ekonomi Malaysia tidak menentu. Barangan pun semakin mahal dan sekarang ada trend nak naikkan barangan tertentu dengan kurangkan stok sehingga harga naik mencanak-canak sebab tiada stok. Bila dah naik eh ada lah pulak barangan tersebut. Hish hish geramnya.
Perkongsian yang bermanfaat
ReplyDeleteKena berjaga-jaga walau dimana kita berada.
DeleteHarap yang beria berkempen tu turun padang lah bila berlaku banjir. jangan tau cakap je
ReplyDeleteAla biasanya macam tu ler. Time bertanding berdegar-degar tapi bila tiba masa emmm bayang pun tak nampak muka
DeleteSedih sangat kalau memikirkan keadaan mangsa banjir. Mudah-mudahan musim tengkujuh kali ini semua sudah ambil langkah berjaga-jaga.
ReplyDeleteKesian kan mangsa-mangsa banjir. Semuga lebih ramai datang membantu
Delete