Assalamualaikum,
1. Petik buah epal semasa pergi ke tempat Turkish Delight
Hah nampak tak buah epal diatas pokok. Manalah aku tak teruja bila Man suami wan panggil aku....kak ada buah epal kak. Aku dan kak Afza apa lagi le teruja.....mana pokoknya.
Pokok dia rendang tapi buahnya Ya Allah melayut-layut beb. Pakkal le dah malam. Kalau siang hari emmm memang aku panjat. hehehehe
Si rashid dan man tolong petikkan. Nak tarik buat posing pun tak boleh sebab dah malam jadi petik je beberapa biji. Rangup ko walaupun kecil. sedap.
Hasil tuaian aku. Walau pun kecil dan nampak muda tapi rangup ko buahnya. Aku simpan bawa balik Malaysia. Bagi kat kawan opis CC Mila sebiji.....dia kata rangup buahnya.
Ada sekali tu nampak kat ladang dia.....Ya Allah rasa nak suruh berhenti je bas nak posing petik epal. Tapi hanya pandang dari kejauhan je. Rasanya kena cari travel agent pi tempat time buah sedang masak dan boleh petik. Yang aku nampak 1. kat pakistan time Autumn ladang epal dia banyak. 2. Kat Australia ada ladang buah juga. emmm kena buat tabung gajah untuk akan datang pulak. Aamiin
2. Petik buah anggur dekat hotel
Nampak tak buah anggur yang Man petik tu. Kak Afza pulak tukang kutip dalam beg dia.
Kak afza kata dah man dah man tapi tangan dia dok menadah beg bagi buah yang di petik masuk. hehehehe
Ada hijau ada purple ada hitam.
Geram je tenguk anggur melayut macam tu. huhuhu pandang dari bawah je.
Man jadi tukang petik sebab pokoknya tinggi. Kita orang tak sampai. Jadi dia manjat batu tu dan boleh petik buah anggur. Sedap ko. Manis bersari buahnya.
Penuh beg makanan Kak Afza dengan anggur. hehehehe
Syok kan dapat petik anggur macam ni. Kelam kabut petik sebab dah nak naik bas.
3. Ni tepi jalan. Ada 1 buah pear je.
4. Ni di Bursa tak tahu buah apa tapi geram je tenguk. Tak jumpa Man nak tanya buah apa.
5. Buah pear. Ni kita orang jumpa pokok dia berhampiran dengan kedai leather. Tapi buah dia tak banyak
6. Buah Delima.... Kat Hotel Tripolis di Pamukale. Buah dia tepi kolam dekat hotel.
Nak tunjuk betapa rendangnya pokok Delima tersebut
Merah ko mak ngah. Rupanya ada duri bila aku petik.
Best kan. Seronok sungguh ni kalau depan rumah ada pokok Delima besar-besar macam ni.
Aku yang tenguk ni hish hish hish geram sungguh. Tanya kak afza boleh petik tak. Kata Kak afza Man dah bertanya dengan tuan hotel boleh petik. Masa tu aku tak tanya boleh petik berapa biji. Sekali bila dah syiok petik. Kak afza kata petik 3 biji je......lah aku dah terptik lebih sebiji sebab geram tenguknya.
Bila aku buat reels dalam facebook akak aku kak nong terus je komen bawk balik malaysia. hehehehehe
syok gi time ni..mcm2 buah2an ada..
ReplyDeleteyeee..... jadi seronok bila lalu kebun watermelon....sedap dan manis sekali buahnya.
DeleteSeronoknya...orang sana memang pemurah erk..tempat lain susah nak dapat keizinan tu...
ReplyDeleteAgaknya tak pernah pengunjung hotel minta izin nak petik buah. Kut entah-entah melambak je buah tu jatuh
DeleteYa Allah, meriahnya buah. seronok akak dapat pergi sana.
ReplyDeleteIya..... teruja bila tenguk pokok buahan berbuah tepi jalan
Deletewahhhh meriahnyaaaa segala jenis buah! baik pulak tu bagi izin utk dipetik makan ye kak? hehe
ReplyDeleteKenalah minta izin bukan tempat kita
DeleteBestnya dapat berkunjung time musim buah!
ReplyDeleteItu yang selalu saya teringin kalau pi obersea. Memetik buah yang tiada di malaysia. Best kan
DeleteMoment paling best ni petik buah-buahan yg tak di tanam di Malaysia.. :D
ReplyDeleteYa betul. Apa lagi dia tanam eh tepi-tepi jalan je emmm memang meroyan le kalau tenguk banyaknya. Macam kat malaysia tenguk pokok rambutan gitu
Delete